Biskut Suji

Anda pernah tidak mempunyai pengalaman dengan biskut suji? Sekiranya belum, cuba tengok dan rasa sendiri kelainan rasa biskut ini.

Pasta tradisional diperbuat menggunakan suji, tepung kasar berwarna kuning pucat yang ditumbuk daripada gandum keras. Warna tepung ini adalah gelap dan lebih keemasan berbanding tepung gandum.

Keunikan sifat pada biskut ini ialah ia cair di dalam mulut anda! Ianya diperbuat daripada minyak sapi bukan mentega. Nama lainnya ialah biskut Arab. Bertahun lamanya biskut ini terkenal di Malaysia.

Ia boleh digunakan untuk membuat doh biskut dan gnocchi, mempunyai aroma yang tidak terlalu kuat. Jadi, bagaimana cara ingin membuat biskut suji di rumah? Mari sertai kami untuk tahu cara dan rasa biskut ini sendiri.

1. RESEPI BISKUT SUJI ARAB

Waktu memasak: 20 minit

Jumlah hidangan: 40 hingga 50 biji

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Pewarna makanan merah jambu atau merah
  • Pewarna makanan biru

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum di dalam mangkuk dan goreng ia di dalam kuali tanpa minyak pada api perlahan sehingga tepung ringan dan gebu. Ketepikan, Cara ini dipanggil sebagai sangai.
  2. Ayak sekali lagi tepung sangai anda untuk dapatkan hasil yang tidak berketul dan halus.
  3. Masukkan gula kastor anda ke dalam tepung sangai. Kemudian, masukkan minyak sapi ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga anda dapat membentuk doh yang lembut dan boleh dibentuk lembut.
  4. Bahagikan doh anda kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna makanan dengan sekata.
  5. Cubit sedikit doh di setiap bahagian dan bentuk bebola yang lebih kecil supaya ia muat di dalam cawan kertas.
  6. Bakar selama 15 ke 20 minit pada suhu 160°C. Sejukkan dan golekkan di atas gula kastor dan hidang di dalam cawan kertas.

2. RESEPI BISKUT SUJI MESRA KANAK-KANAK

Waktu memasak: 25 minit

Jumlah hidangan: 15g

Bahan-bahan:

  • 1 cawan semolina atau suji halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pelaga
  • 1/8 sudu teh serbuk penaik
  • 3/4 gula perang
  • 1/2 minyak sapi cair
  • 2 sudu besar susu direbus

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada 180°C selama 10 minit. Ayak tepung gandum, semolina/suji, serbuk penaik, serbuk buah pelaga bersama dan letak ditepi.
  2. Pukul gula perang bersama minyak sapi di dalam mangkuk mengadun sehingga gula cair.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah diayak ke dalam bahan basah. Uli doh dengan lembut menggunakan tangan sehingga konsistensi doh tidak lagi melekat.
  4. Ambil doh biskut dan mula membentuknya kepada bebola dan leperkannya dengan tapak tangan. Susun biskut anda di atas loyang biskut yang beralaskan kertas kulit.
  5. Bakar biskut anda di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 ke 20 minit (bergantung kepada saiz biskut dan ketuhar) pada 180°C sehingga bahagian bawahnya keperangan.
  6. Sejukkan sepenuhnya sebelum mula menghidang.

3. RESEPI BISKUT SUJI OREN

Waktu memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: untuk 6 orang

Bahan-bahan A:

  • 100g marjerin
  • 50g mentega
  • 100g gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 kuning telur
  • 2 sudu besar jus oren
  • Kulit oren yang disagat (1 biji)
  • 100g semolina

Bahan-bahan B:

  • 250g tepung serbaguna
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 50g kepingan badam yang dihancurkan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada 180°C.
  2. Pukul mentega, marjerin, gula dan esen vanila bersama sehingga ia bertukar ke warna pucat dan menjadi ringan. Tambah kuning telur dan kulit oren, pukul sekali lagi. Masukkan jus oren secara perlahan.
  3. Tambah semolina dan gunakan teknik melipat ke dalam bahan yang telah diayak. Kacau sehingga sebati, dan masukkan kepingan badam hancur (kalau adunan terlalu lembut, sejukkan di peti sejuk selama 15 ke 20 minit).
  4. Bentukkan doh anda kepada bebola bersaiz walnut dan susun kesemuanya pada loyang yang telah disediakan. Lenyekkan doh dengan perlahan menggunakan garfu yang dicelup ke dalam tepung untuk kelihatan lebih cantik.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 ke 20 minit atau sehingga doh keperangan. Biarkan biskut di atas loyang buat seketika sebelum memindahkannya ke atas rak besi untuk disejukkan.

Tips:

  • Jikalau anda kehabisan kacang badam, gantikan ia dengan kacang gajus.Minyak bunga matahari dan minyak zaitun juga sesuai digunakan untuk resepi sebegini.
  • Sangat penting untuk pastikan biskut suji anda masak di bahagian luar dan dalam untuk mengelak ia berkulat. dan tahan lebih lama.
  • Biskut suji adalah sejenis biskut yang sangat lembut, jadi jangan terus pindahkan ia ke atas rak ketika biskut ini masih panas. Ia akan merosakkan bentuk biskut ini. Cara terbaik adalah dengan membiarkan biskut ini sejuk sepenuhnya.

Biskut suji mempunyai permintaan yang tinggi di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Secara teknikalnya, kita simpan biskut ini untuk peristiwa yang penting. Raya tidak lengkap tanpa kuih suji ini dan orang-orang yang kita sayang.

Akan tetapi, itu semua tidak mengapa. Kita akan berjaya harungi masa-masa sukar ini. Anda semua sedang membantu negara. Sementara mengisi waktu ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda boleh lah makan pelbagai juadah termasuklah biskut suji ini.

Bukan resepi biskut suji sahaja kami sediakan, terdapat pelbagai resepi menarik lain yang harus anda cuba!

Sumber:

https://www.halalstreet.co.uk/shop/classic-malaysian-sugi-semolina-cookies-by-bakeril-ventures/

https://resepichenom.com/resepi/biskut-arab/show

https://gkfooddiary.com/semolina-cookies-recipe-toddlers-kids-suji-ghee-cookies/

https://www.kuali.com/recipe/cookies/orange-semolina-cookies/

https://themalaykitchen.wordpress.com/2013/07/31/biskut-suji-semolina-biscuits/

https://rojakdaily.com/lifestyle/article/9563/how-well-do-you-know-your-kuih-raya

Summary
Biskut Suji, Jangan Ketinggalan Untuk Mencubanya
Article Name
Biskut Suji, Jangan Ketinggalan Untuk Mencubanya
Description
Anda pernah tidak mempunyai pengalaman dengan biskut suji? Sekiranya belum, cuba tengok dan rasa sendiri kelainan rasa biskut ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: