Bio-Water Energizing Water

Ramai orang menganggap facial mist adalah tidak penting dalam skincare routine. Tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk memastikan kulit muka tidak terhidrasi. Sebab itu, anda perlu mempunyai Bio-Water Energizing Water.

Sama seperti essence, facial oils dan micella water, face mist adalah produk yang cukup diremehkan dalam dunia penjagaan kulit. Face mist penting melawan kekeringan, mencerahkan kulit kusam dan menyegarkan semula kulit yang tidak bermaya. Tambahan, ia berfungsi dengan setiap jenis kulit. Face mist boleh menyegarkan dan menghidrat kulit.

Bio-Water Energizing Water

Bio- Water Energizing Water atau Miracle Bio Water dari Bio Essence adalah sejenis toner dalam bentuk mist. Ia juga telah diuji secara dermatologi.

Terbukti ia memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif kerana bahan kandungannya bersifat hipoalergenik dan memiliki tahap pH yang seimbang.

Produk 2 dalam 1 ini boleh digunakan sebagai toner atau face mist untuk memberikan kesegaran kepada kulit supaya tidak kering dan sentiasa dehidrasi.

Bila anda menggunakannya secara konsisten, anda akan dapati perubahan ketara pada muka terutamanya liang pori mengecil dan jerawat susah tumbuh kerana ia bersifat anti-radang.

Kebaikan Bio-Water Energizing Water

  • Sesuai untuk kulit kering dan sensitif
  • Mempunyai sifat yang boleh menyejukkan (cooling), menenangkan (soothing) dan melembapkan (moisturizing)
  • Menggunakan Formula yang Unik iaitu Bio- Energy Complex untuk melancarkan peredaran darah dan sistem pengudaraan.
  • Meredakan kemerah-merahan dan jerawat.
  • Melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit kerana memiliki kandungan garam yang rendah.
  • Memperbaiki struktur kulit dan menganjalkan kulit muka
  • Meresap ke dalam lapisan kulit dengan cepat. Tidak melekit

Bahan kandungan dalam Bio-Water Energizing Water

Antara bahan kandungan yang terdapat di dalam Bio- Water Energizing Water

  • Niacinamide – Vitamin B3, mengurangkan keradangan dan kemerahan, non- comedogenic dan merawat jerawat
  • Betaine – menjaga kelembapan sel kulit dan mencegah penuaan
  • Hyaluronic Acid (HA) – menghidrat dan melembapkan kulit.
  • Glycerin – melembapkan kulit dan merawat kulit kering
  • Propanediol – bertindak sebagai pelarut, bersifat humectant dan membantu meresap dengan cepat.

Texture Bio-Water Energizing Water

Seperti facial mist yang lain, texture Bio- Water Energizing Water sangat ringan, tidak melekit dan tidak berbau. Muncung penyembur berfungsi dengan baik dan halus.

Sembur sedikit sahaja untuk sudah cukup untuk menghidrat dan menyegarkan kulit muka terutamanya ketika cuaca panas untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik.

Cara Menggunakan Bio- Water Energizing Water

Pegang botol pada jarak tidak kurang dari 20 cm dari kawasan yang disasarkan dan semburkan ke wajah / kulit / rambut dan tepuk perlahan-lahan. Tidak perlu keringkan dengan jari selepas meneganakan solekan.

Bio-Essence Bio-Spring Water adalah facial mist yang multipurpose. Sesuai untuk digunakan pada wajah, rambut dan tangan.Tiada kesan sampingan dan harga yang berpatutan, terutamanya ketika sale! Ia juga sesuai dibawa kemana-mana dan diletakkan dalam beg atau di tempat yang tidak terlalu panas mengikut suhu bilik.

Mudah untuk terus menyemburkannya pada muka yang sudah dimakeup. Makeup juga tahan lebih lama dan mempunyai glowing effect. Anda boleh dapatkan ia di sini dengan klik pada butang di atas selamat mencuba!

Summary
Bio-Water Energizing Water Facial Mist Yang Menyegarkan!
Article Name
Bio-Water Energizing Water Facial Mist Yang Menyegarkan!
Description
Ramai orang menganggap facial mist adalah tidak penting dalam skincare routine. Tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk memastikan kulit muka tidak terhidrasi. Sebab itu, anda perlu mempunyai Bio-Water Energizing Water.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: