Sebut sahaja jenama Bio Essence, pasti anda sudah membayangkan salah satu produknya iaitu Bio Serum yang mudah didapati di mana-mana drugstore.

Produk dari Singapura yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2002 ini mempunyai pelbagai rangkaian produk yang fokusnya menyelesaikan masalah penuaan dan awet muda.

Serum adalah salah satu produk yang mempunyai kepekatan tinggi dan fokusnya lebih tertumpu berbanding produk lain kerana ia mengandungi bahan aktif yang mampu merawat masalah jeragat, garis-garis halus, kekurangan air, parut degil dan jerawat.

Oleh itu, sebelum anda membuat pilihan yang tepat untuk memilih rangkaian produk Bio Essence, pastikan anda pilih Bio Serum yang sesuai dengan kulit anda.

Bio Gold Golden Skin Elixir

BIO SERUM

Bio Gold Golden Skin Elixir berasaskan minyak argan Maghribi ini kaya dengan Vitamin E melembabkan dan menyuburkan kulit.

Ditambah pula dengan Emas 24K yang dirumuskan menggunakan Bio Energy Complex dapat melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

Sodium Hyaluronate juga ditambahkan untuk meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit.

Lapisan berasaskan minyak dengan 24K serpihan Bio Gold yang terkandung dalam minyak argan memberikan 100% perlindungan dan antioksidan pada kulit terhadap sinar UV.

Selain itu, Ia juga membantu mengenbalikan keseimbangan dan  kelembapan kulit, menjadikan kulit lembut dan halus sepanjang hari.

Juga menguatkan penghalang kulit sebanyak 31% untuk perlindungan optimum dan membantu mengekalkan kelembapan.

Lapisan serum bawah pula diperkaya dengan Advanced Dark Spot Correcting Serum. Vitamin C dalam formulasi merawat bintik-bintik degil dan mengurangkan pigmentasi untuk kulit yang lebih ringan dan sekata.

Ia menjanjikan 1 tona warna kulit lebih cerah dan mencerahkan kulit dalam 7 hari.

Cara penggunaan mudah sangat. Goncangkan botol dengan baik untuk mencampurkan kedua-dua lapisan dengan sekata.

Tuangkan jumlah yang mencukupi pada satu wajah dan urut dengan gerakan bulat sehingga ia menyerap dengan baik

Bio Gold Golden Ratio Double Serum

BIO SERUM

Jika anda masih tercari-cari serum yang membantu memperbaiki keanjalan kulit, menjadikan kulit berseri dan melambatkan penuaan, Bio Gold Golden Ratio Double Serum adalah pilihan yang terbaik.

Serum ini mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan berasaskan air dan minyak. Bila dipakai cepat meresap ke dalam kulit malah ia melembapkan kulit dan menjadikan kulit lembut dan halus.

Digunakan selepas toner,sapukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk kawasan muka dan leher. Ratakan dengan lembut sehingga ia meresap dengan baik.

Bio White Advanced Whitening Serum

BIO SERUM

Bio White Advanced Whitening Serum menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol seperti ekstrak Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex yang berkesan dalam menghilangkan bitnik-bintik gelap dan jeragat pada kulit.

Selain itu, ia sesuai untuk semua kulit terutamanya kulit kering dan kusam kerana menghidrat kulit dengan baik.

Malah, produk ini membantu menghalang pembentukan melanin yang boleh menyebabkan jeragat muncul.

Jadi, sekiranya kulit anda telah mula mempunyai tanda awal penuaan, pilihlah serum ini dan rawat dari awal.

Kandungan yang terdapat dalam serum ini adalah Glycerin dan Niacinamide yang membantu membaiki kulit tanpa menyebabkan kulit menjadi iritasi atau sensitif.

Bio Water Vitamin B5 Gel (30ml)

BIO SERUM

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kering dan sensitif kerana Mineral Oil Free, Fragrance Free dan Alcohol Free.

Serum ini berasaskan gel-based dan mempunyai kandungan 5% vitamin B5 yang membantu melembapkan kulit secara optimum.

Terbukti berkesan kepada kulit kering dan masalah kulit menggelupas kerana telah diuji secara klinikal oleh dermatologi.

Malah, kandungan Bio Water Vitamin B5 Gel ini juga mengandungi Sodium Hyaluronate (Hyaluronic Acid) yang membantu menganjalkan kulit, melembut dan melembapkan kulit kering.

Selain itu, serum ini boleh memperbaiki lapisan kulit yang rosak dan mengekalkan keseimbangan lapisan kulit.

Cara penggunaannya hanya gunakan 2 kali sehari selepas memakai toner, tuangkan ke atas kapas atau tapak tangan. Kemudian, ratakan dan urut secara bulatan pada muka.

Bio Bounce Collagen Essence

BIO SERUM

Bio Bounce Collagen Essence sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kusam dan tona tidak sekata.

Ia diformulasikan khas untuk meningkatkan kemampuan kulit untuk menyerap nutrien optimum dari rawatan kulit seterusnya.

Dengan kandungan yang kaya dengan kolagen, ia juga membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Teksturnya yang ringan membantu serum menyerap dengan cepat ke dalam kulit, menambah nutrien dan menambahbaik kolagen kulit yang hilang untuk mengekalkan keanjalan kulit.

Jangan risau kerana ia tidak melekit dan mencerahka kulit anda. Selamat tinggal kulit kusam!

Cara menggunakan serum ini hanya picit 1-2 pam serum dan urut lembut pada wajah anda dan ikuti dengan pelembap dan sunscreen.

Bahan Bahan seperti Allantoin dan Arbutin juga membantu menghidrat dan melembapkan kulit tanpa rasa melekit.

Bio Snail Repair Serum Ex

Jika anda pernah menggunakan produk kecantikan berasaskan lendir siput, anda mesti tahu perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kulit.

Sama juga dengan Bio Snail Repair Serum EX yang diformulasikan dari 95% Ekstrak Siput diikuti dengan Bio-Energy Complex membantu memperbaiki lapisan kulit dan menjadikan kulit lebih halus, lembut dan berseri.

Juga mengandungi bahan kandungan seperti White Fungus yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih awet muda.

Bilakah waktu sesuai menggunakan serum?

Menurut ahli dermatologi, Dr. Adam Geyer, serum boleh digunakan sebanyak 2 kali sehari selepas menggunakan toner pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum tidur.

Penjagaan pada waktu siang, pastikan anda melindungi kulit dengan sunscreen supaya menjadikan serum yang mengandungi bahan aktif dapat memperbaiki sel kulit dengan baik dan tidak terjejas oleh sinaran UV.

Manakala, penggunaan pada waktu malam pula, pastikan anda akhiri penggunaan serum tersebut dengan menggunakan pelembap muka yang secukupnya. Bangun pagi anda akan dapati kulit lebih lembut dan anjal.

Summary
Bio Serum dan Variasinya
Article Name
Bio Serum dan Variasinya
Description
Sebut sahaja jenama Bio Essence, pasti anda sudah membayangkan salah satu produknya iaitu Bio Serum yang mudah didapati di Watsons atau Guardian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: