Now Reading
Bilberi (Bilberry)

Bilberi (Bilberry)

bilberi

Pengenalan

Bilberi adalah sejenis tumbuhan. Buah dan daunnya yang segar atau dikeringkan boleh digunakan untuk membuat ubat.

Ia digunakan secara oral untuk merawat peredaran lemah yang boleh menyebabkan kaki membengkak. Sesetengah individu mengambil bilberi untuk merawat Kencing Manis, tekanan darah tinggi, gout, jangkitan saluran kencing (UTI – Urinary Tract Infection), dan banyak lagi keadaan lain. Walau bagaimanapun, tiada penyelidikan saintifik yang sah untuk menyokong penggunaan tersebut..

Bukan itu sahaja, kadangkala ia juga digunakan untuk merawat keadaan mata seperti gangguan retina, katarak, kekeliruan, dan glaukoma. Terdapat beberapa bukti bahawa bilberi boleh membantu masalah gangguan retina. Tetapi tiada bukti saintifik yang sah yang menjukkan keberkesanan bilberi untuk merawat keadaan mata yang lain.

Malah, ia juga pernah digunakan untuk merawat masalah rabun malam. Semasa Perang Dunia II, juruterbang British di Angkatan Udara Diraja memakan jem bilberi untuk memperbaiki penglihatan mereka di waktu malam, namun penyelidikan selepas itu menunjukkan ianya mungkin tidak membantu.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk kesakitan mulut ringan dan sakit tekak.

Bilberi mengandungi bahan kimia yang digelar tanin yang boleh membantu merawat cirit-birit serta kerengsaan mulut dan tekak dengan cara mengurangkan pembengkakan (keradangan). Terdapat beberapa bukti bahawa bahan kimia yang ada dalam daun bilberi dapat membantu menurunkan kadar gula darah dan kolesterol. Segelintir penyelidik berpendapat bahawa bahan kimia yang dipanggil flavonoid dalam daun bilberi juga boleh meningkatkan peredaran pada penghidap kencing manis dan mengelakkan masalah peredaran dari merosakkan retina mata.

Kegunaan Bilberi

  • Peredaran tidak lancar yang boleh menyebabkan kaki membengkak (kekurangan vena kronik). Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak secara oral dapat memperbaiki simptom pembengkakan, kesakitan, lebam bagi individu yang mengalami masalah peredaran yang disebut kekurangan vena kronik (CVI).

  • Keupayaan untuk melihat dalam pencahayaan yang rendah. Kebanyakan bukti menunjukkan bahawa Bilberi tidak berkesan untuk memperbaiki penglihatan di waktu malam.

  • Kencing manis. Kajian awal menunjukkan bahawa bilberi dapat menurunkan kadar gula darah.

  • Masalah penglihatan bagi individu yang menghidap kencing manis (retinopati diabetik). Memakan buah bilberi yang mengandungi sejumlah besar bahan kimia tertentu, yang disebut sebagai anthocyanoside, seolah-olah boleh memperbaiki masalah retina yang berkaitan dengan kencing manis.

  • Kekejangan haid (senggugut). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan bilberi sebanyak dua kali setiap hari, pada 3 hari sebelum permulaan haid sehingga 8 hari berturut-turut untuk sekurang-kurangnya dua kitaran menstruasi dapat mengurangkan rasa sakit, mual, muntah dan sakit kepala pada wanita dengan senggugut.

  • Kesakitan otot yang disebabkan oleh senaman. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa minum jus bilberi mungkin membuat kesakitan otot menjadi lebih teruk pada atlet selepas menjalani maraton.

  • Gangguan mata yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan (glaukoma). Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 60 mg suplemen, yang digelar anthocyanin sebanyak dua kali sehari selama sekurang-kurangnya 12 bulan boleh meningkatkan penglihatan pada individu yang mengalami glaukoma.

  • Masalah penglihatan bagi individu dengan tekanan darah tinggi (retinopati hipertensi). Memakan buah bilberi yang mengandungi sejumlah besar bahan kimia tertentu, yang disebut sebagai anthocyanoside, seolah-olah boleh memperbaiki masalah retina yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi.

  • Pengumpulan simptom yang meningkatkan risiko kencing manis, penyakit jantung, dan strok (sindrom metabolik). Sesetengah bukti menunjukkan bahawa memakan sebanyak 400 gram bilberi segar setiap hari tidak mempengaruhi berat badan, gula darah, atau kolesterol pada individu yang mengalami sindrom metabolik.

  • Rabun dekat. Sesetengah kajian awal mencadangkan bahawa memakan Bilberi yang ditapai seolah-olah meningkatkan fokus dan keupayaan untuk melihat objek yang jauh.

  • Sejenis penyakit usus radang (kolitis ulseratif). Sesetengah kajian awal menunjukkan bahawa memakan sebanyak 160 gram Bilberi setiap hari selama 6 minggu boleh menyembuhkan segelintir individu yang menghidap kolitis ulseratif.

  • Obesiti. Penyelidikan awal mencadangkan bahawa memakan sebanyak 100 gram bilberi beku, setiap hari selama sebulan boleh mengurangkan berat badan dan ukur lilit pinggang pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanannya untuk kegunaan berikut:·

  • Ketegangan mata (asthenopia).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Pradiabetes.
  • Gangguan usus besar dalam jangka panjang yang menyebabkan kesakitan perut (sindrom usus radang).
  • Arthritis (osteoarthritis).
  • Katarak.
  • Kesakitan dada (angina).
  • Sindrom keletihan kronik.
  • Gout.
  • Pengerasan arteri (aterosklerosis).
  • Masalah kulit.
  • Masalah saluran kencing.
  • Ubat varikos.
  • Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Bilberi

Kesan sampingan biasa termasuk:

Walau bagaimanapun, artikel ini tidak mengandungi semua kesan sampingan yang mungkin berlaku dari pengambilan suplemen ini. Rujuklah dengan doktor anda untuk sebarnag maklumat tambahan mengenai kesan sampingannya.

Interaksi Bilberi

Ubat kencing manis (ubat antidiabetes) berinteraksi dengan BILBERI

Daun bilberi boleh menurunkan gula darah dan ubat kencing manis juga digunakan untuk menurunkan gula darah. Mengambil daun bilberi bersama ubat kencing manis boleh menyebabkan gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau paras gula darah anda dengan teliti. Terdapat kemungkinan bahawa dos ubat kencing manis anda perlu diubah. Segelintir ubat yang digunakan untuk kencing manis termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone ( Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

Ubat yang melambatkan pembekuan darah (ubat antikoagulan / antiplatelet) berinteraksi dengan BILBERI

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa bilberi mungkin melambatkan pembekuan darah. Pengambilan bilberi bersama ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan dapat meningkatkan kemungkinan lebam dan pendarahan. Sesetengah ubat yang memperlahankan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam), ibuprofen (Advil , Motrin), naproxen (Anaprox, Naprosyn), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Dos Bilberi

Tiada maklumat saintifik yang mencukupi yang memberikan panduan terhadap dos bilberi. Dos biasa untuk beri yang masak dan kering adalah sebanyak 20-60 gram setiap hari.

Sumber juga mencatatkan bahawa sesetengah pengguna meminum teh bilberi yang dihasilkan daripada 5-10 gram (1-2 sudu teh) Bilberi hancur.

Jumlah pengambilan yang berbeza turut ditemui dalam penyelidikan. Kesimpulannya, dos Bilberi yang sesuai untuk anda mungkin bergantung pada faktor seperti umur, jantina, dan sejarah perubatan anda. Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan nasihat peribadi yang jelas.

Sumber:

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-bilberry-88315

https://en.wikipedia.org/wiki/Bilberry

https://www.healthline.com/nutrition/bilberry-benefits

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-202/bilberry

error: Content is protected !!