pengesahan simptom coronavirus
Pengesahan simptom Coronavirus daripada doktor pastinya membuatkan anda cenderung berfikir sama ada anda mempunyai simptom Coronavirus atau tidak.

Pengesahan simptom Coronavirus daripada doktor pastinya membuatkan anda cenderung berfikir sama ada anda mempunyai simptom Coronavirus atau tidak.

Sebelum anda membuat sebarang andaian,bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dahulu. Simptom-simptom yang anda alami tersebut tidak semestinya dikaitkan dengan Coronavirus. Malah, terdapat pelbagai penyakit lain yang boleh menjadi puncanya.

Simptom COVID-19, iaitu penyakit pernafasan yang disebabkan oleh novel Coronavirus boleh disamakan dengan simptom demam biasa, selesema dan alahan. Jadi, adalah amat penting untuk anda memberi perhatian kepada keadaan anda terlebih dahulu sebelum terus pergi ke hospital.

Oleh yang demikian, pakar perubatan tidak mengesyorkan anda terus ke hospital sekiranya anda menyangka anda mempunyai penyakit COVID-19. Pergi ke hospital boleh menyebabkan sama ada anda menyebarkan virus tersebut sekiranya anda benar-benar mempunyainya, atau dijangkiti virus jika anda tidak mempunyainya.

Jadi, untuk mengetahui simptom anda dengan lebih lanjut, kami mengemukakan pendapat pakar perubatan mengenai apa yang perlu diperhatikan, bila perlu menghubungi doktor dan bilakah simptom anda memerlukan lawatan hospital.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor tentang simptom Coronavirus?

Pertama sekali, mari lihat simptom utama COVID-19. setakat ini hanya tiga simptom utama dikenalpasti: demam, batuk kering dan sesak nafas. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia-China menyatakan bahawa simptom-simptom berikut perlu diambil perhatian:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Sesak nafas
  • Keletihan
  • Seram sejuk
  • Penghasilan sputum
  • Sakit tekak
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Loya, muntah dan cirit-birit (jarang berlaku)

Namun begitu, simptom COVID-19 yang berbeza daripada alahan serta demam biasa adalah sesak nafas dan demam panas.

Sekiranya anda menunjukkan satu atau lebih daripada simptom-simptom yang disenaraikan tetapi keadaan anda masih boleh diuruskan, anda perlu mengkuarantinkan diri sendiri dan hubungi doktor anda melalui telefon. Pada tahap ini, setiap pakar penjagaan kesihatan perlu mengetahui panduan keselamatan COVID-19. Berdasarkan simptom yang anda jelaskan, mereka boleh merancang apa yang perlu dilakukan pada peringkat seterusnya. Sekiranya mereka mengesyorkan untuk meneruskan pengasingan diri, ia mungkin mengambil tempoh selama 14 hari.

Adalah penting bagi seseorang untuk menghubungi pakar kesihatan utama mereka bagi sebarang panduan tentang sama ada mereka perlu menjalani ujian COVID-19 atau tidak. COVID-19 sangat berjangkit dan dengan cara memunculkan diri di fasiliti kesihatan tanpa menghubungi pihak kesihatan terlebih dahulu, anda boleh meletakkan individu lain dalam risiko tinggi.

Jika anda tidak mempunyai pakar penjagaan kesihatan sendiri, hubungilah talian Kementerian Kesihatan Malaysia atau pusat kesihatan yang berdekatan.

Bilakah saya perlu ke hospital bagi simptom Coronavirus?

Buat masa sekarang, anda hanya layak menjalani ujian COVID-19 sekiranya anda mempunyai pelbagai simptom berhubungan dengan penyakit itu, pernah melancong ke kawasan yang mempunyai banyak kes atau pernah berhubung rapat dengan seseorang yang didiagnosis dengan COVID-19.

Sekiranya anda menghubungi pakar penjagaan kesihatan dan mereka mengesyorkan anda untuk melawat fasiliti kesihatan bagi memeriksa keadaan anda atau pergi ke hospital, anda perlu mengikuti nasihat mereka secepat mungkin terutamanya jika anda seorang dewasa yang lebih tua atau mengalami keadaan autoimun (immunuosuppresant).

Terdapat kemungkinan bahawa individu yang mengalami kesakitan yang ringan akibat COVID-19 boleh disembuhkan di rumah sahaja. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan bantuan apabila anda berasa kes anda adalah satu kecemasan. Pihak pakar mengesyorkan anda mencari bantuan perubatan segera sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Sesak nafas
  • Kesakitan dan tekanan berterusan pada dada
  • Kekeliruan atau ketidakupayaan untuk merangsang
  • Muka atau lidah kebiruan
  • Simptom-simptom serius yang lain

SUMBER

https://www.healthline.com/health-news/when-should-you-get-a-covid-19-test-what-about-an-antibody-test

https://www.webmd.com/lung/coronavirus-testing#1

https://portal.ct.gov/Coronavirus/Covid-19-Knowledge-Base/COVID-19-Testing

Summary
Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor Bagi Mengesahkan Simptom Coronavirus?
Article Name
Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor Bagi Mengesahkan Simptom Coronavirus?
Description
Pengesahan simptom Coronavirus daripada doktor pastinya membuatkan anda cenderung berfikir sama ada anda mempunyai simptom Coronavirus atau tidak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: