bijirin
Bijirin adalah bijian kering yang kecil, keras dan boleh dimakan dan tumbuh pada tumbuhan seperti rumput.

Bijirin adalah bijian kering yang kecil, keras dan boleh dimakan dan merupakan makanan utama bagi kebanyakan negara dan memberikan lebih tenaga bersumberkan makanan berbanding kumpulan makanan lain.

Ia memainkan peranan penting dalam sejarah manusia dan pertanian. Ia menjadi salah satu kemajuan utama yang mencetuskan perkembangan tamadun.

Selain dimakan oleh manusia dan juga digunakan sebagai makanan kepada haiwan ternakan. Bijirin boleh diproses menjadi pelbagai produk makanan yang berbeza.

Hari ini, hasil bijirin yang paling banyak dan sering dimakan adalah jagung, beras dan gandum. Selain itu yang dimakan dalam jumlah kecil termasuk barli, oat, millet, rye dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga makanan yang digelar bijirin pseudo (pseudo cereal) yang secara teknikalnya, bukanlah bijirin, namun disediakan dan dimakan seperti bijirin. Ini termasuklah quinoa dan buckwheat.

Makanan yang diperbuat daripada bijirin termasuk roto, pasta, bijirin sarapan, muesli, oatmeal, tortilla dan makanan ringan seperti pastri dan biskut.

Produk berasaskan kumpulan makanan ini juga digunakan untuk menghasilkan bahan yang ditambah ke dalam makanan yang diproses.

Sebagai contoh, sirap jagung tinggi fruktosa, merupakan pemanis terkenal di negara barat, yang dihasilkan daripada jagung.

Adalah penting untuk membezakan antara bijirin penuh dan diperhalus (refined).

Bijirin penuh mengandungi 3 bahagian utama:

  • Bran: Mempunyai lapisan luar yang keras. Ia mengandungi serat, mineral dan antioksidan.

  • Germa: Bahagian dalam yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, antioksidan dan pelbagai phytonutrients. Germa adalah embrio bagi tumbuhan tersebut, iaitu bahagian yang menumbuhkan tumbuhan baru.

  • Endosperma: Ini adalah bahagian terbesar. Ia mengandung karbohidrat dan protein.

Sebaliknya, bijirin diperhalus (refined grain) telah dikeluarkan bahagian bran dan germa, meninggalkan endosperma sahaja.

Sesetengahnya (seperti oat) dimakan secara menyeluruh, manakala bijirin lain secara umumnya diperhalus.

Kebanyakannya sering diambil setelah ia dilumatkan sehingga menjadi tepung halus dan diproses ke dalam bentuk yang lain. Ini termasuklah gandum.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai?

Memakan bijirin penuh memberi kelebihan kesihatan yang baik kepada anda.

Individu yang memakannya sebagai sebahagian daripada diet sihat mempunyai risiko rendah untuk mengembangkan sesetengah penyakit kronik.

Ia menyediakan banyak nutrien yang penting untuk kesihatan dan pengurusan tubuh badan.

Nutrien

Bijirin adalah sumber penting bagi kebanyakan nutrien termasuklah serat, beberapa vitamin B (thiamin, riboflavin, niasin dan asid folik), dan mineral (zat besi, magnesium dan selenium).

Serat boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko sakit jantung, obesiti dan kencing manis jenis 2. Serat adalah penting untuk sistem pencernaan yang baik.

Ia membantu mengurangkan sembelit dan divertikulosis. Makanan yang mengandungi serat seperti bijirin penuh boleh membuatkan anda berasa kenyang dengan kalori yang rendah.

Vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin memainkan peranan penting dalam metabolisme, ia membantu badan melepaskan tenaga daripada protein, lemak, dan karbohidrat.

Vitamin B juga penting bagi sistem saraf yang sihat. Kebanyakan bijirin diperhalus diperkaya dengan vitamin B.

Asid folik, iaitu sejenis vitamin B, membantu badan membentuk sel darah merah.

Zat besi (iron) berfungsi untuk membawa oksigen dalam darah. Kebanyakan gadis remaja dan wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi.

Mereka perlu makan makanan tinggi heme-iron (daging) atau makanan lain yang mengandungi zat besi bersama vitamin C, yang boleh meningkatkan penyerapan non-heme iron.

Bijirin penuh dan diperhalus merupakan produk yang kaya dengan non-heme iron.

Bijirin penuh adalah sumber magnesium dan selenium. Magnesium adalah sejenis mineral yang digunakan dalam membina tulang dan melepaskan tenaga daripada otot. Selenium melindungi sel daripada oksidasi.

Selain itu, ia juga penting untuk sistem imun yang sihat.

Apakah yang terdapat dalam kumpulan makanan ini?

Ia diperbuat daripada gandum, oat, beras, rye, barli, millet, quinoa, dan jagung.

Bijirin yang berbeza boleh dimasak dan dimakan secara menyeluruh, dilumatkan menjadi tepung untuk membuat variasi makanan seperti roti, pasta dan mee, atau dijadikan bijirin sarapan.

Ia boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan utama seperti:

– Roti

Gandum penuh, bijirin penuh, rye, pita, lavash, naan, focaccia, roti rangup, damper

Bijirin sarapan

Ia boleh dimakan segera (ready-to-eat), oat tinggi serat (bijirin penuh), bubur, muesli, biskut gandum penuh

– Bijirin kecil

Beras, barli, jagung, polenta, buckwheat, spelt, millet, sorghum, triticale, rye, quinoa, semolina

– Produk-produk lain

Pasta, mee, muffin Inggeris, crumpet, biskut beras, couscous, bulgur, bertih jagung, tepung.

Bahaya pengambilan berlebihan

Bijirin diperhalus adalah kurang sihat

Ia sama seperti bijirin penuh. Cuma, semua kebaikannya telah dikeluarkan. Tiada apa yang tinggal kecuali endosperma yang tinggi karbohidrat dan tinggi kalori bersama kuantiti kanji yang banyak dan sedikit protein.

Serat dan nutrien lain telah disingkirkan dan boleh dilabelkan sebagai kalori ‘kosong’.

Disebabkan karbohidrat telah diasingkan daripada serat dan mungkin dilumatkan menjadi tepung, ia menjadi mudah untuk diakses oleh enzim badan.

Oleh sebab itu, ia diproses dengan cepat dan boleh melonjakkan paras gula dalam darah apabila dimakan.

– Sesetengahnya mengandungi gluten yang boleh mencetuskan masalah kepada kebanyakan individu.

Gluten adalah sejenis protein yang boleh dijumpai seperti gandum, rye, terigu dan barli. Ramai individu mengalami intoleransi terhadap gluten.

Ini termasuklah individu yang mempunyai penyakit seliak, iaitu sejenis penyakit autoimun, serta individu yang mempunyai kehipersensitifan gluten. 

Walaupun gluten mengundang masalah pada kebanyakan individu, ia tidak bermakna membawa kesan yang buruk kerana terdapat banyak makanan bijirin penuh yang bebas gluten.

Termasuklah beras, jagung, oat dan quinoa.

Sumber:

Summary
Bijirin dalam kumpulan makanan
Article Name
Bijirin dalam kumpulan makanan
Description
Bijirin adalah bijian kering yang kecil, keras dan boleh dimakan dan merupakan makanan utama bagi kebanyakan negara dan memberikan lebih tenaga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: