Now Reading
Bidara Beach Village, Percutian Keluarga 5 Bintang 2021

Bidara Beach Village, Percutian Keluarga 5 Bintang 2021

bidara beach village

Bidara Beach Village, percutian keluarga 5 bintang. Rumah rehat yang sangat sempurna dan menepati kriteria percutian keluarga yang anda impikan.

Tentang Bidara Beach Village

Bangunan ini mempunyai 4 unit homestay dan 11 unit chalet dengan konsep keluarga. Seramai 100-110 orang hanya dibenarkan untuk menginap dalam 1 masa bagi kesemua unit. Hal ini bagi memastikan pengurusan untuk anda terjamin.

Rumah rehat ini juga sesuai untuk pelbagai acara seperti acara berkumpulan dan kekeluargaan. Suasana yang nyaman, hembusan bayu segar dari pantai yang mengasyikkan sangat relevan dan sesuai untuk menghabiskan percutian keluarga anda di rumah rehat ini.

Cara untuk sampai ke destinasi

Rumah rehat ini dibangunkan pada bulan November 2015. Lokasinya yang sangat cantik dan sempurna terletak di sepanjang tepian pantai tanjung bidara, masjid tanah, melaka.

Anda boleh sampai ke sini dengan kenderaan anda sendiri atau pengangkutan awam. Mudah bukan?

Antara daya tarikan yang paling popular dan berdekatan adalah:

Pantai yang cantik berdekatan

Pantai tanjung bidara

Anda hanya perlu 3 minit untuk menghirup udara segar dengan berjalan kaki dari Bidara Beach Village

Tempat terbaik untuk merehatkan minda anda dan tempat  melihat  matahari terbenam. Keluarga anda pasti akan berasa gembira apabila berada di sini.

Persekitaran pantai yang sunyi pada siang hari dan menjadi lebih sibuk tika waktu malam tiba kerana terdapat banyak gerai mamak di sepanjang tepian pantai.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini sangat terhad iaitu aktiviti bersantai dan berenang. Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai cenderahati untuk membeli barangan kenangan di sini.

Pantai Tanjung Bidara Tempat Peranginan Menarik Di Melaka - Tempat Menarik

Pantai Klebang

Jarak hanya 16 km untuk sampai ke pantai Klebang, pantai popular di media sosial kerana kecantikan bukit pasir mereka.

Tempat yang bagus untuk dikunjungi untuk mengambil gambar. Malangnya, para pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti berenang .

Di sepanjang pantai, terdapat gerai dan trak makanan untuk pengunjung makan. Dan juga, kesedapan ‘coconut shake’ di sini unik dan hebat.

Pemandangan yang sangat cantik terutama ketika matahari terbenam. Pada malam hari pula,  taman lampu dibuka. Sangat sesuai bagi kaki fotografi, hanya RM 5 cas dikenakan untuk masuk.

Pantai Klebang Melaka offers beach picnics and other attractions | The Star

Pantai Pengkalan Balak

Jarak hanya 4 km untuk sampai ke pantai Pengkalan Balak.

Tempat yang sesuai untuk percutian keluarga pada hujung minggu jauh dari kesibukan kota. Tempat terbaik untuk keluarga anda berehat dan berendam di air laut. Anda pasti tidak kekok jika jalan bersendirian kerana masyarakat tempatan sangat peramah.  

Untuk makanan, sarapan di sini agak murah. Harga roti canai sekeping berharga rm0.50.  Makan malam agak mahal tetapi berbaloi kerana makanan laut di sini sangat segar.

Pantai Pengkalan Balak | Portal Rasmi MPAG

Artifak

  • Muzium kapal selam

Jarak hanya 15 km  untuk sampai ke muzium kapal selam

Muzium ini unik dan menarik kerana pengunjung dibenarkan memasuki kapal selam sebenar untuk merasakan pengalaman anak kapal selam. Pengalaman yang baik untuk pengunjung kali pertama. Tetapi tidak banyak yang dipamerkan. 30 minit sudah cukup untuk tarikan ini.

Anak-anak anda pasti teruja dengan  kapal selam dan dua jet pejuang yang dipamerkan.

MUZIUM KAPAL SELAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA - Laman Web MKN

Spa

  • Jendela Spa

14 km dari arah makam hang tuah. Anda boleh memanjakan diri dengan mendapatkan rawatan dan urutan di Jendela Spa.

Anda boleh membuat pilihan pelbagai pakej yang menarik berserta harga yang berpatutan. Kakitangan di sini sangat peramah dan persekitaran yang bagus.

Pakej popular di sini iaitu flowers showers . Ia adalah untuk menaikkan aura dan seri muka. Sangat best. Rugi kalau anda tidak cuba..

Premium Photo | Spa arrangement with towel, soap and salt

Tempat bersejarah

  • Makam hang tuah

Jarak hanya 11 km untuk sampai ke makam hang tuah.

Makam ini terletak di tepi jalan raya. Anda harus meletakkan kereta anda di tepi jalan. Untuk kenal pasti lokasi makam, anda harus mencari simbol x di atas jalan .

Pintu gerbang ini agak tersorok sedikit dan dikelilingi oleh pokok-pokok . Cara masuk sangat senang, cuma buka kunci pintu masuk. Di sini, anda akan melihat  sendiri hasil dan bukti peninggalan sejarah hang tuah di kawasan persekitaran makam.

Bidara Beach Village

Perjalanan di sini mudah untuk di akses ke sana-sini kerana servis perkhidmatan teksi & ulang-alik disediakan .

Antara jenis-jenis penginapan di Bidara Beach Village yang disediakan.

Sebelum anda membuat tempahan, pastikan anda semak kekosongan penginapan pada masa yang anda inginkan di laman sesawang yang diberikan.

Bidara Beach Village

Rumah rehat

Harga : RM 350 / Ahad -Khamis,  RM 450 / hari cuti.

  • Untuk beragama Islam sahaja
  • Kapasiti 10 orang dewasa dan 5 kanak-kanak
  • Deposit :  RM100/unit
  • Percuma : wi-fi

Chalet hibiscus

Harga :  RM 250 / Ahad -Khamis, RM 299 / hari cuti.

  • Kapasiti 6 orang dewasa dan 4 kanak-kanak

Chalet tingkat pertama ( pemandangan laut )

Harga : RM 170 / Ahad -Khamis, RM 210 / hari cuti.

  • 2 unit / 2 katil queen

Chalet tingkat pertama

Harga : RM 150 / Ahad -Khamis, RM 170 / hari cuti.

  • Tingkat 1 pintu masuk
  • 1 unit/ 2 katil queen

Chalet tingkat bawah

Harga : RM 160 / Ahad -Khamis, RM 190 / hari cuti.

  • Tingkat bawah
  • 2 katil queen

Servis perkhidmatan lain:

Karaoke RM 150.00

See Also
Muzium Diraja

  • 2 jam pertama + 50/jam

PA sistem RM 50.00

Tempat BBQ disediakan

  • Termasuk arang, meja dan kerusi
  • RM 100.00 /sehari
  • RM 150.00 / 2 hari

Gazebo /1 dewan makan terbuka

  • RM 200.00/ sehari
  • RM 300.00 / 2 hari

 sewa basikal

  • Rm5.00/jam

Extra tilam rm10.00 / tilam

FOC pelampung disediakan

Pakej katering

Boleh diuruskan jika melebihi 20 orang.  Harga tidak termasuk sewa dewan makan.

Info panduan pelawat

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci, anda boleh hubungi secara langsung di bawah:

  • Alamat:

Bidara Beach Village,

Jalan Kampung Pasir Gembur,

Kg Tanjung Bidara,

Masjid Tanah 78300 Melaka

  • No Telefon : 013-6311501 (Pn. Azua) Atau 013-2402543 (Pn. Zana)
  • Laman sesawang : bidarabeachvillage.com

kesimpulannya, destinasi Bidara Beach Village adalah tempat penginapan yang sesuai untuk

percutian keluarga anda. Yang pasti, anda sekeluarga pasti merasai layanan yang diberikan

seperti layanan hotel 5 bintang. Oleh itu, anda harus jadikan Bidara Beach Village pilihan 

utama untuk keluarga anda.

Sumber:

https://www.tripadvisor.com/attractionsnear-g306997-d558006-tanjung_bidara_beach_resort-melaka_central_melaka_district_melaka_state.html

https://bidarabeachvillage.com/contact-us/

error: Content is protected !!