betahistine
Betahistine, turut dijual di bawah jenama Serc, adalah sejenis ubat anti-vertigo.

Pengenalan

Betahistine, turut dijual di bawah jenama Serc, adalah sejenis ubat anti-vertigo. Kebiasaannya, ia dipreskripsi untuk gangguan kestabilan atau untuk melegakan simptom vertigo seperti yang dikaitkan dengan penyakit Meniere. Ia didaftarkan buat pertama kali di Eropah pada tahun 1970 sebagai rawatan penyakit Meniere.

Kegunaan Betahistine

Digunakan untuk merawat dan menghindari keadaan-keadaan berikut:

  • Penyakit Meniere
  • Pening kepala
  • Vertigo
  • Tinnitus
  • Gangguan kestabilan

Selain itu, ubat ini boleh juga digunakan untuk penyakit-penyakit yang tidak disenaraikan di atas.

Langkah Berjaga-Jaga Dan Amaran Bagi Penggunaan Betahistine

Sesetengah ubat tidak sesuai bagi individu dengan keadaan tertentu, dan kadangkala sesuatu ubat hanya boleh digunakan jika penjagaan rapi diperlukan. Atas sebab-sebab tersebut, sebelum mengambil Betahistine beritahu doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai alahan terhadapnya, atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alahan dan masalah lain. Berundinglah dengan ahli farmasi untuk maklumat lanjut jika:

  • Jika anda pernah mempunyai reaksi alahan terhadap ubat
  • Jika anda pernah mempunyai ulser perut
  • Jika anda hamil atau menyusu bayi
  • Jika anda menghidap asma

Kesan Sampingan Betahistine

Kesan sampingan biasa berkaitan dengan penggunaan Betahistine termasuklah:

  • Loya
  • Sakit kepala
  • Dyspepsia

Kesan sampingan yang jarang pula termasuk:

  • Cirit-birit
  • Kembung perut
  • Keletihan
  • Muntah
  • Pening kepala
  • Malaise
  • Kesakitan gastrik
  • Asma
  • Kehipersensitifan
  • Sawan

Kontraindikasi Betahistine

Betahistine adalah kontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai pheochromocytoma.

Ia juga merupakan kontraindikasi bagi kes kehipersensitifan terhadap bahan aktif di dalamnya.

Interaksi Betahistine

Betahistine mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan berikut:

  • Antihistamine (seperti diphenhydramine, cetrizine, chlorpheniramine)
  • Beta-2 agonist (seperti salbutamol, salmeterok, fenoterol, formoterol)
  • Monoamine Oxidase inhibitor (MAOI seperti moclobemide, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranylcypromine)

Jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan di atas, berundinglah dengan doktor anda. Bergantung pada keadaan anda, doktor mungkin akan menasihatkan anda:

  • Berhenti mengambil salah satu ubat-ubatan tersebut
  • Mengubah satu ubat kepada yang lain
  • Mengubah cara pengambilan satu atau kedua-dua ubat
  • Tidak mengubah apa-apa

Interaksi anda dua ubat tidak bermaksud anda perlu menghentikan salah satu secara sekaligus. Berundinglah dengan doktor anda tentang cara untuk menguruskan interaksi ubat-ubatan.

Ubat-ubatan lain yang tidak disenaraikan di atas mungkin juga berinteraksi dengan Betahistine. Beritahu doktor anda mengenai semua ubat-ubatan atau produk herba yang anda ambil, Selain itu, nyatakan juga pada doktor sekiranya anda mengambil kafein, alkohol, nikotin daripada rokok atau dadah jalanan kerana kesemuanya boleh menjejaskan tindak balas ubat.

Dos Betahistine

Ubat ini boleh diambil secara oral, kebiasaannya sebanyak 2 hingga 3 kali sehari bersama makan atau seperti nasihat doktor.

Dos yang ditentukan bergantung pada keadaan kesihatan dan tindak balas anda terhadap rawatan. Gunakannya secara berkala untuk kesan yang optimum. Namun begitu, pastikan anda mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari.

Sekiranya anda terlepas dos, ambil dos yang terlepas secepat mungkin. Namun sekiranya menghampiri dos yang seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ikuti dos seperti jadual biasa. Jangan gandakan dos untuk mengganti dos yang terlepas.

SUMBER

https://www.drugsbanks.com/betaserc-betahistine/

https://chealth.canoe.com/drug/getdrug/serc

https://en.wikipedia.org/wiki/Betahistine

https://www.tabletwise.com/singapore/betaserc-tablet?#contraindications

Summary
Betahistine
Article Name
Betahistine
Description
Betahistine, turut dijual di bawah jenama Serc, adalah sejenis ubat anti-vertigo.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: