Sunat
Bersunat atau berkhatan adalah perkara biasa yang dipraktikkan oleh masyarakat Islam, dan ia juga dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat Jewish dan Afrika; yang mana bersunat ini dilakukan pada kanak-kanak lelaki.

Bersunat atau berkhatan adalah perkara biasa yang dipraktikkan oleh masyarakat Islam serta kebanyakan komuniti Yahudi dan Afrika; yang mana bersunat ini dilakukan pada golongan kanak-kanak lelaki.

 

Kelebihan Bersunat

Selain keperluan agama, terdapat banyak kelebihan dalam perubatan dan kesihatan sekiranya bersunat dilakukan pada usia yang muda. Antara kebaikannya adalah:

  • Mengurangkan jangkitan pada saluran kencing.
  • Mengurangkan risiko terkena penyakit kelamin bagi golongan lelaki.
  • Melindungi daripada kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangan wanita.
  • Mencegah ‘balanitis’ (keradangan pada kelenjar) dan ‘balanoposthitis’ (keradangan pada kelenjar dan kulit hujung zakar).
  • Mencegah ‘phimosis’ (ketidakupayaan untuk menarik balik kulit hujung zakar) dan ‘paraphimosis) (ketidakupayaan untuk mengembalikan kulit hujung zakar ke kedudukan asalnya).
  • Bersunat membuatkan hujung zakar lebih mudah dibersihkan.

 

Proses Bersunat

Bersunat biasanya dilakukan pada hari yang sama kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital. Ini bermaksud anak anda akan melakukan proses bersunat pada hari dia dimasukkan ke wad dan tidak perlu bermalam.

Anak anda tidak dapat makan atau minum sebelum bersunat – anda akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini dalam surat yang diberikan.

Selepas dimasukkan ke hospital, anak anda akan diperiksa oleh doktor yang melakukan prosedur bersunat. Doktor akan memberi penjelasan tentang prosedur tersebut dengan lebih lanjut, membincangkan sebarang persoalan dan menjawab persoalan yang anda ada.

Selain, doktor juga akan meminta anda menandatangani borang persetujuan bagi menandakan bahawa anda membenarkan prosedur itu dilakukan.

Pakar bius juga akan melawat anak anda sebelum prosedur bermula. Anak anda biasanya akan dibius agar dia tidur sepanjang prosedur berjalan dan tidak merasai sebarang kesakitan atau ketidakselesaan.

Bersunat merupakan satu prosedur yang sangat mudah. Bahagian kulit hujung zakar pada kepala zakar akan dibuang menggunakan ‘scalpel’ atau gunting bagi tujuan pembedahan.

Sebarang pendarahan akan dihentikan menggunakan pemanas (kauterise). Lebihan hujung kulit akan dijahit bersama benang yang mudah larut. Ia juga akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk zakar betul-betul sembuh sepenuhnya.

Prosedur berkhatan adalah agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:

 

  • Kaedah sunat tradisional juga dikenali sebagai ‘dorsal slit’

Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar. Kaedah ini adalah lebih perlahan dan berhadapan dengan risiko risiko kecil untuk mendapat kecederaan pada meatus uretra.

 

  • Kaedah ‘laser’

Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, yang mana kulit lebihan ditarik ke hadapan dan disepit dengan menggunakan penyepit atau ‘forceps’. Kulit tersebut kemudiannya dipotong menggunakan laser. Cara ini juga dikatakan dapat mengurangkan pendarahan yang berlaku.

 

  • Kaedah sepitan atau ‘clamp’

Kaedah ini telah digunakan oleh nenek moyang kita di Malaysia tetapi kini, peralatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, ‘Taraclamp’, ‘Smartclamp’, ‘Sunathrone’ dan ‘Ismail Clamp’ telah digunakan. Kaedah ini dipercayai mampu mengurangkan kesakitan, pendarahan, risiko terkena jangkitan dan juga mempunyai prosedur yang lebih cepat.

Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa yang terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ianya wajib bagi lelaki beragama Islam apabila mereka telah baligh, iaitu dalam lingkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan perkhidmatan berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincanglah dengan doktor anda dahulu sekiranya anda ingin melakukan khatan pada anak anda yang masih bayi.

 

Sekiranya prosedur berkhatan tidak dilakukan di hospital, amat penting untuk anda pastikan bahawa penyedia prosedur berkhatan tersebut mempunyai:

  • Kemahiran dalam melakukan pembedahan asas. Komponen utama bagi pembedahan yang lancar adalah mempunyai latihan yang betul.
  • Mempunyai alatan pembedahan dan sumber yang diperlukan dan boleh digunakan serta merta. Ia termasuklah bahan kelengkapan yang selamat, betul, selalu digunakan dan juga boleh digunakan sekiranya keadaan menjadi buruk.
  • Masa yang mencukupi. Pembedahan yang dibuat secara tergesa-gesa mempunyai perkaitan dengan terjadinya kejadian yang tidak diingini. Kebanyakan prosedur bersunat mengambil masa selama 20-30 minit. Menggunakan masa yang secukupnya untuk pembedahan yang lancar boleh menjadi masalah sekiranya terdapat tekanan untuk menyelesaikan prosedur yang banyak, tetapi penyedia prosedur berkhatan itu haruslah sentiasa mementingkan keselamatan pesakit dahulu. Ini adalah sangat penting sekiranya berlaku masalah untuk menghentikan pendarahan yang berlaku semasa prosedur berkhatan dibuat.
  • Teknil steril yang betul dan dapat mencegah jangkitan. Sesiapa sahaja yang menyentuh pesakit sewaktu dalam prosedur ataupun menyentuh peralatan pembedahan, apa-apa bahan ataupun sisa daripada proses pemeriksaan haruslah mempunyai latihan dan kemahiran bagi mencegah jangkitan. Mereka juga perlu ada latihan spesifik berkaitan dengan bersunat ini. Latihan spesifik tersebut termasuklah prosedur yang perlu dilakukan sebelum, sewaktu dan selepas bersunat.

 

Penjagaan Selepas Bersunat

Selepas bersunat, zakar akan dibalut bagi melindungi luka. Ia boleh ditanggalkan sebelum pulang ke rumah atau boleh juga dibiarkan begitu. Jika dibiarkan, balutan itu akan tertanggal dengan sendirinya dalam tempoh waktu 24 jam.

Anak anda juga akan dibenarkan pulang ke rumah setelah kencing, yang mungkin akan rasa tidak selesa pada awalnya.

Selain itu, zakar juga akan berasa kebas dan sakit selama beberapa hari selepas bersunat. Ubat akan diberikan bagi menyembuhkan luka.

Anak anda juga memerlukan ubat tahan sakit selama sekurang-kurangnya 3 hari. Ubat yang boleh diambil adalah seperti ‘paracetemol’ atau ‘ibuprofen’ mengikut arahan yang diberikan pada paket ubat itu.

Seterusnya, anak anda sudah boleh mandi sehari selepas bersunat. Mereka juga perlu mengelak daripada berbasik atau duduk di atas permainan lain sehingga bengkak sudah mula surut.

Ia juga adalah lebih selesa untuk memakai baju yang longgar atau tidak berpakaian pada bahagian bawah beberapa hari selepas pembedahan dibuat. Kencing ketika mandi juga dikatakan lebih selesa.

Anak anda juga boleh bersekolah seperti biasa atau pergi ke taska seminggu selepas bersunat. Pastikan anda memberitahu pihak yang berkenaan mengenai keadaan anak anda yang baru bersunat.

Dalam kebanyakan kes, rawatan susulan tidak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan berhubung dengan doktor atau hospital sekiranya:

  • Zakar anak anda berdarah.
  • Zakar anak anda masih membengkak selepas 2 minggu bersunat.
  • Masih rasa sakit ketika kencing selepas beberapa hari bersunat.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/circumcision/about/pac-20393550

https://www.webmd.com/sexual-conditions/guide/circumcision#1

https://kidshealth.org/en/parents/circumcision.html

https://www.healthline.com/health/circumcision

Summary
Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bersunat
Article Name
Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bersunat
Description
Bersunat atau berkhatan adalah perkara biasa yang dipraktikkan oleh masyarakat Islam, dan ia juga dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat Jewish dan Afrika; yang mana bersunat ini dilakukan pada kanak-kanak lelaki.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: