Peluh dan bau badan
Peluh Dan Bau Badan merupakan perkara biasa apabila anda bersenam atau sekiranya anda berada dalam keadaan suhu yang terlalu panas.

Peluh dan bau badan merupakan perkara biasa apabila anda bersenam atau sekiranya anda berada dalam keadaan suhu yang terlalu panas. Ia juga terjadi apabila anda berasa gementar, cemas atau tertekan.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan yang luar biasa dalam peluh anda, sama ada peluh berlebihan (hyperhidrosis), sedikit atau tiada peluh langsung(anhidrosis), ia boleh menjadi suatu kebimbangan kesihatan. Perubahan dalam Bau Badan juga mungkin memberi isyarat anda mengalami masalah kesihatan.

Selalunya, perubahan gaya hidup dan rawatan di rumah boleh membantu masalah Berpeluh dan Bau Badan yang tidak normal. Sekiranya perubahan yang anda alami pada peluh dan bau badan tidak dapat diselesaikan walaupun anda telah mencuba pelbagai cara, anda perlu berhati-hati kerana ia boleh menjadi petanda kepada masalah penyakit lain yang serius.

Simptom Berpeluh Dan Bau Badan

Perubahan tiba-tiba dalam Bau Badan biasanya berlaku di kawasan tertentu badan. Kawasan umum tersebut termasuklah:

  • Ketiak
  • Kaki
  • Mulut Dan Tekak
  • Pusat

Anda juga akan mendapati bau kurang enak yang datang secara tiba-tiba daripada najis, air kencing, tahi telinga, atau cecair yang keluar dari alat kelamin. Bau berbeza-beza mengikut lokasinya. Ia boleh berbau busuk, masam, tengik, atau manis.

Simptom lain yang anda alami bergantung pada punca Bau Badan anda. Jika perubahan bau disebabkan oleh jangkitan, bau juga boleh disertai dengan:

  • Kemerahan
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Terdapat perubahan warna lelehan atau cecair yang dikeluarkan

Punca Berpeluh Dan Bau Badan

Bau Badan adalah disebabkan oleh bakteria yang menghasilkan peluh dan sebahagian besarnya dikaitkan dengan fungsi kelenjar apokrin. Kebanyakan Bau Badan berasal daripada bahagian yang mempunyai kelenjar tersebut.

Kelenjar-kelenjar ini terdapat di payudara, kawasan kelamin, kelopak mata, ketiak, dan telinga. Di dalam payudara, ia berfungsi mengeluarkan titisan lemak ke dalam susu ibu. Di telinga, ia membantu membentuk tahi telinga. Manakala, kelenjar apokrin pada kulit dan kelopak mata adalah kelenjar yang menghasilkan peluh.

Selain itu, kebanyakan kelenjar apokrin dalam kulit juga terletak di pangkal paha, ketiak dan sekitar puting. Jika ia berada di dalam kulit, kelenjar apokrin akan menghasilkan bau dan dikategorikan sebagai kelenjar bau.

Kelenjar apokrin bertanggungjawab untuk mengawal Bau Badan dengan menghasilkan peluh yang mempunyai kandungan protein tinggi yang dapat menghapuskan bakteria dengan mudah.

Diagnosis Berpeluh dan Bau Badan

Untuk mendiagnosis masalah Berpeluh Dan Bau Badan, doktor mungkin akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan melakukan pemeriksaan terhdap anda. Doktor akan menguji darah atau air kencing anda. Ujian ini boleh menunjukkan jika masalah anda disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti sebarang jangkitan, Kencing Manis atau Tiroid yang terlalu aktif (Hyperthyroidism).

Rawatan Berpeluh Dan Bau Badan

Sekiranya anda prihatin terhadap peluh dan Bau Badan anda, penyelesaiannya adalah mudah iaitu menggunakan antiperspirant dan deodorant yang boleh didapati di farmasi.

  • Antiperspirant. Antiperspirant mengandungi sebatian berasaskan aluminium yang secara langsung boleh menghalang liang peluh serta mengurangkan jumlah peluh yang keluar daripada kulit anda.
  • Deodoran. Deodoran boleh menghilangkan bau tetapi tidak menghalang peluh. Ia biasanya berasaskan alkohol dan berfungsi untuk menjadikan kulit anda berasid sehingga ia kurang menarik bakteria untuk tinggal di keawasan tersebut. Deodoran selalunya mengandungi pewangi yang bertujuan untuk menutupi Bau Badan.

Sumber:

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/preventing-body-odor

https://www.medicalnewstoday.com/articles/173478

https://www.healthline.com/health/sudden-change-in-body-odor

https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17865-sweating-and-body-odor

Summary
Peluh Dan Bau Badan (Sweating and Body Odor) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Peluh Dan Bau Badan (Sweating and Body Odor) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Peluh dan bau badan merupakan perkara biasa apabila anda bersenam atau sekiranya anda berada dalam keadaan suhu yang terlalu panas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: