Berpantang di Era Moden
Berpantang sememangnya sudah menjadi satu tradisi bagi kaum wanita selepas melahirkan anak.

Berpantang sememangnya sudah menjadi satu tradisi bagi kaum wanita selepas melahirkan anak. Ia mungkin tidak begitu sinonim dengan masyarakat Barat, namun berpantang pastinya mempunyai kebaikan tersendiri hinggakan ia masih lagi diteruskan walau dalam perkembangan era moden sekarang.

Walaupun sekarang sudah ada ibu-ibu yang tidak berpantang secara tradisional dengan sepenuhnya, tetapi terdapat beberapa hal yang masih dikekalkan seperti berpantang dengan makanan dan sebagainya.

Sekarang, jom kita pelajari tentang berpantang dengan lebih lanjut seperti di bawah.

Adakah berpantang masih relevan sekarang?

Setiap wanita mungkin mempunyai pendapatnya sendiri. Bagi mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal adat resam, adat ini mungkin menjadi satu hal yang “wajib” dilakukan setelah bersalin. Namun, jika individu memilih untuk tidak berpantang secara tradisional, sekarang sudah ada banyak pakej berpantang yang boleh dipilih mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Ia mungkin berbeza kerana faktor masa, lokasi, harga dan lain-lain terutamanya jika ibu tersebut adalah seorang ibu yang bekerjaya yang perlu masuk ke pejabat dengan segera. Biasanya, golongan ibu sebegini tidak berpantang secara keseluruhan mengikut tempoh biasa yang ditetapkan dan memilih untuk melakukan hal-hal yang penting sahaja.

Orang terdahulu mementingkan kaedah berurut kerana dikatakan boleh membantu dengan peredaran si ibu selepas bersalin manakala amalan mandi herba dan bertangas pula boleh membantu memanaskan badan dan mengeluarkan peluh. Selain itu, amalan bengkung dilihat dapat membantu merampingkan pinggang walaupun sekarang anda sudah boleh membeli alat moden yang dipanggil sebagai ‘korset’ di kedai-kedai tertentu.

Namun, apa salahnya jika tradisi ini dikekalkan sedikit walaupun tidak semuanya sekali? Ia bukan sahaja menjadi satu adat yang boleh diamalkan secara turun temurun malah ia juga membantu meningkatkan kesihatan si ibu.

Dengan kemudahan pakej berpantang yang disediakan di mana anda boleh dijaga dengan baik dan selesa di rumah sendiri, ia tentunya tidak menjadi satu masalah lagi. Jadi, jom ketahui beberapa pakej yang terkenal di sekitar Lembah Klang.

1. Inai Confinement

  • Pakej berpantang dengan bajet serendah RM180
  • Menawarkan pakej berpantang lengkap (penjagaan ibu dan bayi, memasak serta mengemas rumah dan lain-lain)
  • Tambahan servis lain secara percuma mengikut terma seperti penutup pantang, bengkuk, set bersalin lengkap
  • Ada juga menyediakan servis urutan lain seperti pakej ‘mom-to-be’ serta urutan biasa

2. Lavender Confinement Care

  • Merangkumi servis berpantang secara tradisional seperti cara berpantang tradisional biasa
  • Mempunyai pakej ‘stay in’ selama 7, 14, 21, 28 dan 44 hari mengikut pilihan pelanggan
  • Merangkumi penjagaan ibu dan bayi serta servis lain seperti memasak untuk ibu pantang dan mencuci baju ibu dan bayi
  • Meliputi seluruh kawasan di Semenanjung

3. KakakAdek Confinement Therapist

  • Merangkumi servis berpantang secara tradisional seperti bertungku, bengkung, param, pilis dan tapel, tangas, urutan Melayu Tradisional dan mandian herba yang menyegarkan
  • Mempunyai pelbagai pakej selama 3, 5, 7, 10 dan 14 hari mahupun pakej ‘ala carte’ iaitu bagi penjagaan bayi serta servis makanan berpantang
  • Boleh mendapatkan konsultasi percuma daripada pakar sepanjang sesi berpantang berlangsung

4. Mamacare.my

  • Mempunyai pakej asas dari tempoh 3, 7 dan 14 hari dengan segala cara berpantang secara tradisional seperti bertungku, param, pilis, tapel, bengkung, tuam badan dan mandian herba
  • Mempunyai pakej-pakej khas iaitu Bronze selama 3 hari (RM699), Silver selama 5 hari (RM1,169), Gold selama 7 hari (RM1,699), Platinum selama 14 hari (RM3,999), Pearl selama 21 hari (RM4,799), Diamond selama 30 hari (RM6,099) dan Crown selama 44 hari (RM8,599)
  • Menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi

JADI,

Walaupun setiap pendapat boleh jadi berbeza, namun pilihan berpantang ini masih lagi relevan walaupun dalam era moden sekarang. Cuma, apa yang membezakannya dengan tradisi terdahulu adalah mungkin ia tidaklah berlangsung secara penuh mengikut tempoh hari yang ditetapkan serta dengan bantuan perkhidmatan servis pakej berpantang yang ada, ini secara tidak langsung memudahkan si ibu dan keluarga untuk menguruskan diri sendiri dan kehadiran ahli keluarga baru.

Walaupun terdapat pakej yang agak mahal di luar sana, pastikan anda mencari pakej mengikut kesesuaian anda. Jika anda mampu untuk mendapatkan pakej berpantang sebegini, pastikan pakej tersebut berbaloi dengan wang yang anda bayar.

SUMBER

https://www.webmd.com/sex/birth-control/features/modern-rhythm

https://www.healthline.com/health/healthy-sex/abstinence

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/sexual-health/expert-answers/sex/faq-20058523

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326518

Summary
Berpantang di Era Moden
Article Name
Berpantang di Era Moden
Description
Berpantang sememangnya sudah menjadi satu tradisi bagi kaum wanita selepas melahirkan anak. Namun, adakah ia masih relevan dalam zaman moden sekarang?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: