berodual
Berodual adalah sejenis ubat yang mengandungi dua bahan aktif: ipratropium bromide dan fenoterol.

Pengenalan

Berodual adalah sejenis ubat yang mengandungi dua bahan aktif: ipratropium bromide dan fenoterol. Ia terdiri daripada sekumpulan ubat yang digelar bronchodilator. Ia digunakan untuk merawat atau mengelakkan bronchospasm (pengetatan saluran udara ke dalam paru-paru) dalam penyakit asma dan pulmonari obstruktif kronik.

Kegunaan Berodual

Berodual adalah sejenis bronchodilator untuk menghalang dan merawat simptom saluran pernafasan obstruktif kronik dengan saluran udara terhad seperti asma dan bronkitis kronik dengan atau tanpa emfisema. Terapi antiradang concomitant perlu dipertimbangkan bagi pesakit yang mempunyai penyakit asma dan pulmonari obstruktif kronik (COPD – chronic obstructive pulmonary disease)

Langkah Berjaga-Jaga Dan Amaran Penggunaan Berodual

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor sekiranya:

  • Anda hamil atau menyusu bayi. Ini kerana sewaktu anda hamil atau menyusu bayi, anda perlu mengambil ubat dengan nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang tersedia di farmasi tanpa preskripsi seperti herba dan ubat-ubatan sampingan lain.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan-bahan aktif atau inaktif dalam Berodual atau ubat-ubatan lain.
  • Anda menghidap penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain,

Adakah ia selamat digunakan semasa hamil atau menyusu bayi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang keselamatan penggunaan sewaktu hamil dan menyusu bayi. Berundinglah dengan doktor anda untuk mengetahui risiko yang berkemungkinan sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan Berodual

Ubat ini mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:

  1. Sakit kepala
  2. Pening kepala
  3. Kenaikan tekanan darah (hipertensi)
  4. Mulut kering
  5. Getaran
  6. Paras kalium rendah dalam badan
  7. Tekanan tinggi pada mata (glaukoma)
  8. Denyutan nadi yang laju (tachycardia)
  9. Batuk
  10. Loya
  11. Muntah
  12. Sakit otot
  13. Kesukaran membuang air kecil
  14. Alahan dan lain-lain

Beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan tersebut.

Kontraindikasi Berodual

Berodual merupakan kontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai kehipersensitifan terhadap fenoterol hydrobromide atau bahan seperti atropine.

Ia juga satu kontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai Kardiomiopati Obstruktif Hipertrofik dan tachyarrhythmia.

Interaksi Berodual

Jangan gabungkan ubat ini dengan ubat-ubatan berikut.

Ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan penyakit jantung, iaitu beta-blockers, seperti:

  • Bisoprolol
  • Metoprolol
  • Propano;o;
  • Atenolol
  • Carvedilol

Ubat asma:

  • Theophylline

Ubat-ubatan yang boleh mengurangkan kalium seperti:

  • Hydrochlorothiazide
  • Furosemide
  • Torasemide

Hubungi doktor anda untuk memberitahu tentang semua ubat-ubatan dan produk herba yang anda ambil.

Dos Berodual

Dos Berodual (metered aerosol)

Dewasa dan kanak-kanak >12 tahun: dos yang disyorkan sebanyak 1 mL (20 titik) untuk kelegaan segera.

Dalam kes yang serius, dos yang disyorkan adalah 2.5 mL (50 titik) sehingga 4 mL (80 titik)

Kanak-kanak 6-12 tahun: dos yang disyorkan sebanyak 0.5-1 mL (10-20 titik) untuk kelegaan segera.

Dalam kes yang serius, dos yang disyorkan adalah 2 mL (40 titik) sehingga 3 mL (60 titik).

Berodual (metered aerosol) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Larutan inhalation – 20 mL

Bagi kes kecemasan atau terlebih dos, hubungi khidmat kecemasan tempatan atau pergi ke pusat rawatan kecemasan terdekat.

Sekiranya anda terlepas dos, ambilnya secepat mungkin. Walau bagaimanapun, sekiranya menghampiri tempoh dos seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil mengikut jadual seperti biasa. Jangan ambil dalam dos berganda.

SUMBER

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/berodual/

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/berodual?type=full

https://pharmacybook.net/berodual/

Summary
Berodual
Article Name
Berodual
Description
Berodual adalah sejenis ubat bronchodilator yang mengandungi dua bahan aktif: ipratropium bromide dan fenoterol.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: