beriadah

Jom kita senaraikan apa aktiviti beriadah yang boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak tanpa mengeluarkan sesen pun dari poket anda. Banyak faedahnya!

Anda semestinya bosan duduk seharian di rumah pada hujung minggu? Anak-anak juga bising kerana tiada apa yang boleh dilakukan? Kesibukan dan kesuntukan masa kerana seharian bekerja dari Isnin hingga Jumaat tentunya meminta badan ‘direhatkan’ seketika. Namun, tatkala anda ingin ‘berehat’, anak inginkan perhatian. Ada yang mahu beriadah bersama.

  Mengemas tempat atau bilik tidur

Bersihkan “sarang” anda. Hindarkan dari segala kotoran sama ada dibantal, cadar atau apa sahaja yang berkaitan tempat tidur. Kajian menunjukkan tidur lebih selesa, nyenyak dan berkualiti sekiranya bilik anda lebih kemas dan bersih.

Lapkan tingkap, sapu lantai atau menyedut habuk dan debu menggunakan penyedut hampagas. Ajar anak lakukan perkara yang sama. Percayalah, mereka akan terlebih ‘excited’ bila diberikan kebenaran untuk bermain dengan ‘vacuum cleaner’ sambil beriadah.

Ajak anak kemas bilik tidur bersama-sama

Mengemas dapur rumah

Pastikan dapur anda bersih dan jauh dari sebarang serangga terutamanya semut! Semut akan mengundang lebih banyak lagi kehidupan lain seperti cicak yang akan mengotorkan lagi persekitaran rumah. Ingat, najis cicak tidak akan terhad di dapur sahaja!.

Anak-anak pantang jika diberikan peluang mencuci pinggan. Lagaknya bagai orang dewasa. Riak muka mereka pasti menggeletek hati kita.

Sematkan rasa tanggungjawab pada anak dengan mengajar mengemas dapur

Cuci kenderaan anda

Bak kata pepatah, “Sambil menyelam, minum air”. Mencuci kenderaan sama ada kereta, motorsikal mahupun basikal kesayangan mampu mengisi kekosongan aktiviti dirumah. Anak-anak akan mengambil kesempatan untuk bermain air di hadapan rumah. Dengan adanya “portable swimming pool” yang mampu milik dari Tesco atau Giant, anak-anak pasti tidak mahu keluar.

Percayalah, mencuci sendiri kenderaan anda lebih baik dari menghantar ke pusat cuci kenderaan. Mencuci sendiri adalah lebih bersih, kerana dilakukan dengan penuh “kasih sayang”! Badan juga semakin sihat kerana aktiviti fizikal dilakukan dengan sepenuh hati.

Kereta bersih, anak pun gembira dapat main air

Berkebun

Jika tinggal di apartment atau rumah pangsa, sukar untuk merealisasikan aktiviti beriadah seperti berkebun. Namun itu bukan alasan. Bukankah boleh tanam di dalam pasu? Sekiranya anda tinggal di kawasan apartment anda boleh berkebun dengan menggunakan pasu- pasu kecil atau pun teknik hidroponik.

Sekiranya anda mempunyai tanah di halaman rumah yang tidak digunakan, maka gunakanlah ia sebagai salah satu aktiviti anda. Gemburkan tanah, kemudian tanamlah pokok yang anda suka. Persekitaran rumah akan lebih sejuk dan redup sekiranya banyak pokok yang ditanam dan diselenggara dengan baik. Asalkan bukan lalang!

Aksi anak yang bermain dengan tanah tentu membuat hati kita tenang. Biar baju kotor asalkan kita melihat mereka gembira.

Sama-sama berkebun jika ada tanah

Tonton TV bersama-sama

Tinggalkan komputer riba atau ‘laptop’. Jauhi iPad dan iPhone atau apa-apa gajet. Nikmatilah aktiviti beriadah dirumah anda sepenuh hati. Rasai nikmatnya duduk di rumah berbanding pusat membeli belah. Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Ajak semua anak-anak duduk bersama di sofa di hadapan TV. Baring bersama-sama mereka, peluk dan cium mereka. Pilih saluran kegemaran dan ketawa bersama-sama. Jika mempunyai langganan Astro, tengok sama-sama rancangan kartun kegemaran anak. Ingat, jangan biarkan anak tonton TV secara bersendirian.

Jika sebelum ini, asyik sibuk dengan kerja, sibuk dengan aktiviti luar seperti konvoi, majlis-majlis amal dan sebagainya, sesekali cuba latih diri anda untuk menikmati masa berkeluarga. Ini akan membuatkan anda lebih berfikir untuk kebaikan dan pembangunan diri sendiri untuk anda!

Kesimpulannya, terlalu banyak perkara yang boleh anda lakukan dirumah. Cuma cara kita menikmati kehidupan seharian mempengaruhi pemikiran kita. Oleh itu, lakukanlah apa-apa aktiviti fizikal dirumah sudah cukup untuk menyihatkan tubuh badan!

'Join' sekali anak tengok TV

Cipta Buku Skrap

Buku skrap merupakan cara untuk menyusun dan mempersembahkan sejarah peribadi dan keluarga. Mencipta buku skrap sebagai aktiviti keluarga merupakan cara yang hebat untuk membantu kanak-kanak mempelajari tentang ahli keluarga mereka. Dengan foto keluarga dari moyang mereka hinggalah ke sepupu mereka, sebuah buku skrap boleh digunakan untuk mengekalkan setiap butiran kecil sesebuah keluarga.

Sebagai tambahan kepada mencipta buku skrap yang berkaitan dengan sejarah keluarga, anda juga boleh menghasilkan satu yang mengekalkan saat-saat semasa. Cipta sebuah buku yang mempunyai gambar acara keluarga yang berbeza seperti hari lahir, makan malam ulang tahun, dan parti lepasan ijazah supaya anda mempunyai ingatan itu dengan anda selamanya.

Buku Skrap

Berlatih origami

Apa yang anda perlukan ialah sedikit kertas carik dan sedikit masa. Mulakan dengan benda-benda yang ringkas, seperti burung dan katak, dan kemudian anda boleh mencuba benda yang lebih sukar seperti iris origami. Membuat ciptaa menyeronokkan daripada kertas merupakan cara terbaik untuk menarik dan mengejutkan kanak-kanak, dan sebuah seni origami yang dihasilkan dengan baik daripada kertas yang menarik mampu menjadi hiasan yang cantik.

berlatih origami

Membaca buku bersama

Tabiat membaca semakin jarang dilakukan dalam gaya hidup zaman moden yang semakin sibuk. Berhubung semula dengan ahli keluarga anda dengan bergilir-gilir membaca secara lisan daripada sebuah buku yang menarik atau dengarkan sebuah buku audio bersama.

Luangkan masa untuk membincangkan apa yang berlaku dan kongsikan pendapat anda.

images of children reading - Yahoo! Search Results | Family literacy night,  Kids reading books, Family reading

Memang seronok untuk keluar dengan rakan-rakan dan ahli keluarga sekali-sekala, tetapi tiada tempat yang lain seperti rumah. Dan ia merupakan ruangan peribadi anda di mana anda boleh menenangkan diri, dan merancang masa yang menyeronokkan.

Pilih sahaja beberapa aktiviti di rumah di atas dan cubalah aktiviti ini dari hari ini. Kongsikan senarai ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda, dan hasilkan pelan untuk tengah hari atau petang staycation menakjubkan yang membawa keseronokan kepada anda.

Sumber:

https://www.caridestinasi.com/aktiviti-menarik-di-rumah-yang-boleh-dibuat-hari-ini/

https://siraplimau.com/5-aktiviti-menarik-bersama-anak-cuti-hujung-minggu/

https://aktivitigallery.blogspot.com/2020/07/contoh-aktiviti-riadah-di-taman.html

Tagged: