berhenti merokok
Ketagihan tembakau boleh menyebabkan anda lemah apabila cuba untuk berhenti merokok. Gunakan tips dibawah untuk mengurangkan dan menahan ketagihan anda.

 

Apabila anda cuba untuk berhenti merokok, tubuh badan akan mula merasa tidak berdaya seperti selalu. Ini berlaku kerana badan sudah terbiasa akan adanya penggunaan tembakau, jadi ia mula memberikan reaksi negatif sekiranya ketagihan itu tidak dipenuhi. Justeru itu, berikut adalah beberapa tips yang boleh dibuat bagi menahan dan mengurangkan rasa ketagihan anda terhadap tembakau.

Dengan pengambilan bahan tembakau secara berterusan, ia mampu membuatkan individu berasa lebih terdorong untuk merokok dan juga meningkatkan lagi tahap ketagihannya terhadap bahan ini. Namun begitu, ketagihan ini tidak perlulah dipenuhi kerana ia merupakan ketagihan yang negatif.

Menahan diri daripada perasaan menginginkan tembakau atau berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah, namun harus diingatkan bahawa perasaan ini akan pergi begitu sahaja setelah lima hingga sepuluh minit sekiranya ia tidak dilayan. Jadi, janganlah pergi merokok atau mengunyah tembakau begitu sahaja kerana setiap kali anda melawan keinginan negatif ini, anda sebenarnya telah melakukan langkat yang positif ke arah meningkatkan tahap kesihatan anda.

Berikut merupakan sepuluh (10) langkah yang dapat membantu anda dalam menahan diri sekiranya keinginan untuk mengambil tembakau itu hadir.

 

Cuba terapi gantian nikotin

Bertanyalah pada doktor berkenaan terapi penggantian nikotin ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai buat anda. Pilihan yang ada termasuklah:

• Preskrispsi nikotin dalam bentuk semburan hidung atau inhaler

• Pelekat nikotin, gula-gula getah dan lozenges yang mudah dibeli di kaunter

• Preskripsi ubat berhenti merokok bukan-nikotin seperti bupropion (Zyban) dan varenicline (Chantix)

Terapi gantian nikotin seperti gula-gula getah nikotin, lozenges, semburan hidung atau inhaler adalah bersifat sementara dan mampu membantu untuk mengatasi ketagihan yang kuat terhadap tembakau.

Selain itu, terapi seperti kombinasi pelekat nikotin atau penggunaan salah satu ubat bukan nikotin dikatakan mampu memberi kesan baik terhadap pemberhentian ketagihan tembakau ini.

Pada masa kini juga rokok elektronik telah mendapat perhatian orang ramai sebagai alternatif baharu bagi menggantikan penggunaan rokok secara tradisional. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan rokok elektronik sebagai alat untuk berhenti merokok dan keselamatan jangka panjang bagi mereka yang menggunakannya.

 

Elak dari pencetus ketagihan

Dorongan ke arah ketagihan tembakau mungkin akan menjadi lebih kuat jika anda berada dalam situasi di mana anda merokok atau mengunyah tembakau secara kerap, contohnya jika anda menghadiri majlis rai atau berada di mamak, mahupun semasa anda merasa tertekan atau sedang menghirup kopi. Maka kenal pasti situasi yang menjadi pencetus kepada anda dan buat rancangan untuk menggelak ia sepenuhnya atau menghiraukannya tanpa perlu mengambil tembakau.

Tetapkan diri anda untuk menjauhkan diri daripada merokok dengan melakukan aktiviti baharu. Jika dahulunya anda selalu merokok sambil bercakap melalui telefon, gunakan cara seperti menyimpan pen dan kertas berdekatan anda dan melakar diatas kertas daripada merokok.

 

Berhenti seketika

Sekiranya keinginan untuk mengambil tembakau itu timbul, tahan diri anda selama sepuluh minit dan lakukan perkara lain yang boleh membuatkan anda lupa terhadap niat asal anda dalam jangka masa tersebut. Sebagai contoh, anda boleh pergi ke zon bebas merokok bagi menghalang keinginan awal itu dan berhenti merokok.

 

Mengunyah

Dengan mengunyah sesuatu di dalam mulut anda seperti gula-gula getah, gula-gula keras mahupun makanan seperti lobak mentah, saderi, kacang dan biji bunga matahari, anda secara tidak langsung akan lupa akan keinginan anda untuk mengambil tembakau secara efektif atau merokok.

 

Katakan tidak walaupun pada satu batang rokok

Anda mungkin tergoda mengambil satu batang rokok untuk memuaskan rasa ketagihan tembakau dan terus merokok. Tetapi jangan tertipu dengan helah tersebut, dimana anda sangka anda boleh berhenti selepas merasa satu batang rokok. Biasanya dari satu batang rokok, anda akan mengambil lagi dan lagi – akhirnya anda tetap akan terus mengambil tembakau.

 

Melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal mampu mengalihkan perhatian daripada ketagihan tembakau. Melakukan aktiviti ringan seperti berlari, naik turun tangga, berjalan atau berjoging boleh mengurangkan keinginan anda untuk merokok tanpa anda sedari.

Anda juga boleh cuba membuat senaman mudah seperti squats, deep knee bends, pushups, lari setempat atau naik turun tangga sekiranya anda selalu berada di rumah mahupun di pejabat. Jika anda kurang menggemari aktiviti sebegitu, aktiviti lain seperti beribadah, menjahit, membuat kerja kayu atau membuat jurnal juga boleh membantu. Kerja-kerja harian seperti memvakum atau menyapu sampah juga boleh mengurangkan ketagihan anda dengan betul.

 

Amalkan teknik untuk merehatkan diri (relaxation)

Memandangkan rokok diambil kerana boleh mengurangkan tekanan, cubalah kurangkan tekanan yang ada itu dengan cara yang lebih positif dan sihat seperti bernafas dengan panjang, merehatkan otot, melakukan yoga, membuat visualisasi, berurut atau mendengar lagu-lagu yang menenangkan.

 

Dapatkan bantuan lain

Dapatkan bantuan ahli keluarga, rakan atau kumpulan sokongan dalam usaha anda menentang rasa ketagihan tembakau. Selalulah berbual meluahkan perasaan, berkongsi kegembiraan mahupun kesedihan bagi membantu anda mengelakkan diri daripada ketagihan terhadap tembakau.

 

Dapatkan sokongan secara dalam talian

Pada zaman ini, banyak program dan blog yang wujud bagi membantu individu melawan rasa ketagihan ini. Kebanyakan program dan vlog ini diwujudkan sendiri oleh mereka yang sudah berjaya berhenti merokok dan ingin membantu insan yang lain berbuat yang sama. Dengan menyertai program atau membaca blog, anda juga boleh belajar berdasarkan pengalaman orang lain.

 

Ingatkan diri akan kebaikan berhenti merokok

Luahkan perasaan yang dirasai dalam usaha untuk berhenti merokok serta menolak keinginan mengambil tembakau melalui penulisan mahupun kata-kata yang diucap dengan semangat.

Carilah sebab-sebab yang membuatkan anda tidak mahu merasa ketagihan tembakau ini lagi seperti:

• Ingin merasa lebih baik terhadap diri sendiri

• Ingin menjadi semakin sihat

• Ingin menyimpan wang

• Ingin mengelakkan orang tersayang daripada menjadi perokok pasif

Ingatlah bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya anda berjaya untuk mengelak akan ketagihan tembakau itu, anda sebenarnya berada satu langkah lebih dekat untuk menjadi pengguna bebas tembakau sepenuhnya.

SUMBER

https://www.webmd.com/smoking-cessation/default.htm

https://www.healthline.com/health/quit-smoking

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/quit-smoking/basics/quitsmoking-basics/hlv-20049487

https://www.medicalnewstoday.com/articles/241302

Summary
Berhenti merokok: 10 cara untuk menahan ketagihan tembakau
Article Name
Berhenti merokok: 10 cara untuk menahan ketagihan tembakau
Description
Ketagihan tembakau boleh menyebabkan anda lemah apabila cuba untuk berhenti merokok. Gunakan tips dibawah untuk mengurangkan dan menahan ketagihan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: