depresi selebriti korea

Dunia K-POP digemparkan dengan pemergian salah seorang bintang K-POP yang ternama apabila bekas ahli kumpulan f(x), Sulli dijumpai mati di kediamannya semalam. Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, dikatakan membunuh diri kerana penyakit depresi yang dialaminya setelah sekian lama. Sulli yang juga merupakan seorang pelakon dikatakan mengalami tekanan perasaan yang teruk kerana dibuli oleh masyarakat di media sosial.

Sebenarnya, isu ini sudah hangat diperkatakan di negara itu kerana sudah ramai individu yang bertindak menamatkan nyawa mereka kerana sudah tidak larat untuk menghadapi kehidupan ini. Namun begitu, tiada tindakan lanjut yang dilakukan masyarakat bagi membantu mengurangkan kes tersebut hingga sekarang. Pada tahun 2017, anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun juga bertindak membunuh diri di kediamannya dengan menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya. Ramai lagi artis KPOP yang menerima nasib yang sama kerana tekanan yang dialami dan tidak dihiraukan oleh orang lain.

Masalah depresi ini selalunya berlaku sekiranya individiu mempunyai masalah dengan kesihatan mentalnya. Namun begitu, isu ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kerana mereka tidak menyedari betapa besarnya isu ini yang juga boleh membawa maut.

Selain itu, penyakit depresi merupakan antara salah satu masalah mental yang paling banyak direkodkan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Ia juga telah banyak membunuh mangsanya secara senyap-senyap dan tiada penawar yang mampu mengubatinya secara kekal.

Kebanyakan kes penyakit depresi dicatatkan di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun, namun Malaysia juga tidak terkecuali berada dalam senarai tersebut walaupun mempunyai statistik yang lebih rendah berbanding kedua-dua negara itu.

Kes bunuh diri di negara ini dikatakan semakin meningkat setiap tahun dan makin membimbangkan. Ia juga boleh melibatkan individu remaja seawal umur 13 tahun yang sudah mula merancang untuk membunuh diri kerana tertekan dengan pelajaran  ataupun kerana masalah keluarga yang dialami. Memandangkan penyakit depresi ini tidak mengenal usia, jantina atau latar belakang, ia boleh sahaja dialami oleh mana-mana individu.

Ada juga kes di mana individu bertindak mengelar pergelangan tangan mereka sendiri di tandas dan ada juga yang bertindak terjun daripada bangunan selepas meninggalkan nota kerana tidak tahan dibelenggu dengan masalah hutang. Kes-kes sebegini mendapat perhatian ramai pihak kerana tekanan perasaan ini telah wujud dalam diri mangsa tetapi tidak dihiraukan dan dibantu dengan sepatutnya oleh pihak lain.

Semuanya menjadi terlambat apabila individu-individu yang mengalami penyakit depresi ini bertindak membunuh diri supaya suara mereka dapat didengari melalui situasi yang mereka cipta ini. Nota-nota terakhir pada media sosial juga sering dibuat bagi memberikan petunjuk awal pada masyarakat dengan harapan supaya golongan ini dapat dibantu namun tiada siapa yang mengendahkannya kerana ia tidak berkaitan dengan hidup mereka.

Oleh itu, sekiranya anda atau orang yang terdekat dengan anda mengalami simptom-simptom yang boleh mendorong kepada penyakit depresi, segeralah bertindak agar anda atau individu lain dapat dirawat dengan cepat dan efisien. Walaupun tiada ubat yang dapat merawat penyakit depresi ini secara kekal, namun ia dapat dikurangkan dan dihalang dengan lebih baik sekiranya penyakit ini dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

Mangsa-mangsa ini hanya mahu didengari dan dibantu sahaja. Mendapatkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada orang sekeliling mampu membantu mereka daripada membuat keputusan yang drastik itu dan keluar dari penyakit depresi. Walaupun kita melihat orang itu tersenyum dan baik-baik sahaja dari segi luaran, namun tiada siapa yang tahu apa yang dialami di sebalik senyuman itu. Cubalah memahami perasaan mereka dan bantulah setakat mana yang anda mampu. Anda mungkin tidak mengerti namun bantuan sekecil itu mampu memberikan perubahan yang positif kepada golongan ini.

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan preskripsi bagi ubat-ubat yang sepatutnya atau mendapat rawatan kaunseling daripada pakar lebih awal agar ia boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.dan merawat penyakit depresi.

Berikut merupakan beberapa talian hotline yang boleh dihubungi sekiranya anda atau orang terdekat mengalami masalah depresi dan memerlukan bantuan.

Talian NUR

Contact – 15999 / taliannur@kpwkm.gov.my

BEFRIENDERS

Contact – 0379568144 / 0379568145 / sam@befrienders.org.my

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Janganlah mula menyesal apabila perkara tersebut terjadi pada orang di sekeliling anda kerana anda berpeluang untuk membantunya dengan lebih awal lagi. Lakukan perkara yang betul dan bantu golongan ini dengan sebaiknya.

SUMBER

http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20171220000893

https://www.vice.com/en_in/article/mbmkw3/opinion-kpop-toxic-fandom-death-depression

https://www.asiaone.com/entertainment/sulli-and-other-korean-stars-who-we-tragically-lost-depression

https://mothership.sg/2019/10/korean-celebrity-suicides

Summary
Berapa ramai selebriti Korea yang sudah menjadi mangsa kepada penyakit depresi?
Article Name
Berapa ramai selebriti Korea yang sudah menjadi mangsa kepada penyakit depresi?
Description
Dunia K-POP digemparkan dengan pemergian salah seorang bintang K-POP yang ternama apabila bekas ahli kumpulan f(x), Sulli dijumpai mati di kediamannya semalam. Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, dikatakan membunuh diri kerana penyakit depresi yang dialaminya setelah sekian lama. Sulli yang juga merupakan seorang pelakon dikatakan mengalami tekanan perasaan yang teruk kerana dibuli oleh masyarakat di media sosial.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: