kalori ayam goreng

Kalori ayam goreng adalah berbeza mengikut setiap bahagiannya walaupun datang dari ayam yang sama. Tahukah anda berapa sebenarnya kalori seketul paha ayam goreng?

Seketul paha ayam goreng (drumstick) bersamaan dengan 87 gram mengandungi 250 kalori.

Ayam goreng sama seperti dengan hidangan bergoreng lain yang tinggi kalorinya. Ayam goreng yang ‘crunchy’ diikuti dengan isinya yang manis dan lembut, tiada siapa yang mampu menolak daripada memakannya.

Sebelum digoreng, ayam goreng akan disaluti dengan tepung gandum, telur dan sedikit garam terlebih dahulu.

Ia juga sesuai dengan mana-mana hidangan tidak kiralah ketika berkelah, BBQ atau menjadi menu utama restoran makanan segera seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan lain-lain.

Dari segi kesihatan pula, ayam dikategorikan sebagai daging putih dan dianggap lebih sihat berbanding dengan daging merah.

Kalori Makanan

Bercakap tentang jumlah kalori bagi setiap bahagian ayam sebelum itu nak tanya, anda tahu tak apa itu kalori?

Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak.

Anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak kalori yang terdapat dalam setiap bahagian ayam yang anda makan.

Kalori & Bahagian Ayam Goreng

Ayam terdiri daripada dengan beberapa bahagian iaitu:

  • Dada
  • Paha
  • Drumstick
  • Kepak

Berikut adalah jumlah kalori setiap ayam goreng yang dimasak tanpa lemak dan perasa. Cara masakan dan perasa juga boleh mengubah jumlah kalori, lemak, natrium dan gula.

Jika anda sedang mengamalkan pemakanan serta diet yang sihat, jadikan ini sebagai rujukan dengan mengambil ayam goreng mengikut kuantiti yang betul untuk mendapatkan keseimbangan dalam diet harian.

1. Kalori dada ayam goreng

Bahagian dada ayam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori jika dibandingkan dengan bahagian ayam yang lain.

Oleh itu, bahagian dada ini sangat popular jika anda ingin menurunkan berat badan dan ahli sukan yang sedang membina otot.

Satu dada ayam tanpa kulit, tanpa tulang, dimasak (172 gram) mempunyai nutrisi seperti berikut.

  • Protein: 53.4 gram
  • Kalori: 284
  • Karbohidrat: 0 gram
  • Lemak: 6.2 gram

Satu hidangan 3.5 unit bersamaan dengan berat (100 gram) dada ayam adalah 165 kalori, 31 gram protein, dan 3.6 gram lemak.

Ini bermaksud 80% kalori dada ayam mempunyai protein dan 20% adalah lemak.

2. Kalori Paha Ayam Goreng (bahagian thigh)

Paha ayam atau dikenali sebagai thigh mempunyai isi yang empuk dan lazat berbanding dada ayam kerana kandungan lemaknya lebih tinggi.

  • Kalori: 109
  • Protein: 13.5 gram
  • Karbohidrat: 0 gram
  • Lemak: 5.7 gram

Satu hidangan 3.5 unit bersamaan dengan berat (100 gram) paha ayam adalah 209 kalori, 26 gram protein, dan 10.9 gram lemak.

Oleh itu, sebanyak 53% kalori adalah datang dari protein, manakala 47% adalah lemak.

Paha ayam lebih murah berbanding dada ayam menjadikannya popular dalam kalangan sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak.

3. Kalori Kepak Ayam Goreng

Bahagian kepak mempunyai lebih banyak kulit dan tulang daripada daging atau otot.

Oleh itu, kalori bagi 100g kepak ayam mentah datangnya daripada lemak. Kepak juga termasuk dalam kategori bahagian ayam yang sihat.

  • Kalori: 42.6
  • Protein: 6.4 gram
  • Karbohidrat: 0 gram
  • Lemak: 1,7 gram

4. Kalori Paha Ayam (bahagian drumstick)

Paha ayam terbahagi kepada dua bahagian iaitu paha bahagian atas dan paha bahagian bawah.

Satu paha ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi:

  • Kalori: 76
  • Protein: 12.4 gram
  • Karbohidrat: 0 gram
  • Lemak: 2.5 gram

Satu hidangan paha ayam (100 gram), mengandungi 172 kalori, 28.3 gram protein dan 5.7 gram lemak. Ini menunjukkan hampir 70% merupakan protein dan 30% datangnya dari lemak. Jadi anda tidak perlulah risau ya!

Kalori Potongan Ayam Goreng Bahagian-Bahagian Lain

Walaupun bahagian ayam jenis dada, paha dan kepak yang paling digemari, ada juga beberapa bahagian ayam yang lain.

Berikut adalah kalori yang terdapat dalam beberapa bahagian ayam yang lain.

  • Dada ayam (bahagian yang kecil) – 263 kalori bagi setiap 100 gram.
  • Tongkeng/bontot ayam – 137 kalori bagi setiap 100 gram.
  • Bahagian isi gelap – 125 kalori bagi setiap 100 gram.
  • Bahagian isi putih – 114 kalori bagi setiap 100 gram

Kalori Kulit Ayam Goreng

Kulit ayam datang daripada lemak. Namun begitu, menurut Harvard School of Public Health, majoriti lemak yang terdapat dalam ayam merupakan lemak tidak tepu yang sihat.

Tetapi, jika anda makan ayam goreng sekali dengan kulit, jumlah kalori akan bertambah.

Satu dada ayam masak tanpa tulang dan kulit (196 gram) mengandungi kalori sebanyak 386 gram, 58.4 gram protein dan 15.2 gram lemak

Dalam dada ayam dengan kulit, 50% kalori datangnya dari protein, sementara 50% datang dari lemak. Selain itu, memakan ayam dengan kulit juga boleh menambah kalori sebanyak 100 gram.

Begitu juga apabila memakan kepak dengan kulit (34 gram) mempunyai 99 kalori, berbanding 42 kalori pada kepak tanpa kulit (21 gram).

Oleh itu, 60% kalori pada kepak ayam dengan kulit datang dari lemak, berbanding 36% pada kepak ayam tanpa kulit.

Justeru itu, jika anda ingin mengira kalori dan lemak, anda perlulah mengetahui jumlah kalori ayam goreng apabila dimakan sekali dengan kulit atau tanpa kulit.

Cara Menyediakan Ayam Dengan Cara Yang Sihat

Walaupun daging ayam adalah rendah kalori dan lemak berbanding daging yang lain, namun setiap cara masakan anda akan menentukan berapa kalori yang ditambah pada zat ayam.

Jika anda sudah mula memasaknya dengan menggunakan minyak untuk menggoreng atau menambahkan perasa, adunan tepung dan sebagainya, maka kalori akan menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.

Oleh itu, memanggang atau merebus adalah salah satu cara yang terbaik untuk menyediakan ayam yang baik mengikut pakar nutrisi.

Sebenarnya tidak salah jika anda merupakan penggemar tegar ayam goreng asalkan tahu setiap kalori pada setiap bahagian. Yang mana rendah kalori atau yang mana tinggi kalori.

Dengan cara ini, kita akan dapat mengawal pengambilan ayam goreng dan seimbangkan pemakanan dengan nutrisi yang lain.

Sumber

https://www.verywellfit.com/what-is-a-calorie-3432508

https://www.healthline.com/nutrition/calories-in-chicken

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326767#skin-on-and-bone-in-breast

https://slism.com/calorie/200088/

https://food.ndtv.com/food-drinks/chicken-nutrition-is-chicken-good-or-bad-for-you-and-how-much-you-should-consume-2066216

Tagged: