Benzonatate
Benzonatate digunakan untuk melegakan masalah batuk akibat selesema atau demam.

Pengenalan

Benzonatate digunakan untuk melegakan masalah batuk akibat selesema atau demam. Namun begitu, ia tidak boleh digunakan untuk batuk kronik yang terjadi ketika merokok, serangan asma, atau emfisema atau ketika terdapat banyak lendir atau kahak yang luar biasa dengan batuk itu.

Malah, ubat ini juga hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor anda jadi anda tidak boleh sewenang-wenangnya mendapatkannya di farmasi berdekatan.

Kegunaan Benzonatate

Ubat ini digunakan untuk merawat batuk yang terjadi disebabkan oleh selesema biasa dan masalah pernafasan lain seperti keradangan paru-paru, bronkitis, emfisema, asma. Ia berfungsi dengan mengurangkan refleks pada paru-paru yang menyebabkan keinginan untuk batuk.

Selain itu, ubat Benzonatate mula berfungsi kira-kira 15 hingga 20 minit selepas anda mengambilnya. Kesannya boleh berlangsung selama 3 hingga 8 jam. Malah, Benzonatate juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada terapi kombinasi. Ini bermakna, anda mungkin perlu mengambilnya dengan ubatan lain.

Kesan sampingan Benzonatate

Kapsul oral Benzonatate boleh menyebabkan rasa mengantuk serta kesan sampingan yang lain.

Kesan sampingan yang biasa

Kesan sampingan kapsul oral Benzonatate yang lebih biasa termasuk:

Sekiranya kesan yang berlaku adalah ringan, ia mungkin hilang dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu. Tetapi, jika tandanya adalah lebih teruk atau tidak hilang, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Kesan sampingan yang serius

Hubungi doktor sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius. Kesan sampingan yang serius dan simptomnya boleh merangkumi perkara berikut:

  1. Reaksi alergi, yang mana gejala boleh merangkumi:
  1. Kekeliruan
  2. Halusinasi
  3. Kebas di dada
  4. Rasa terbakar di mata

Interaksi Benzonatate

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat Benzonatate. Pastikan anda menyimpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, hentikan, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil produk lain yang boleh menyebabkan rasa mengantuk seperti ubat sakit opioid atau ubat batuk (seperti codeine, hidrokodon), alkohol, ganja (kanabis), ubat untuk tidur atau kegelisahan (seperti alprazolam, lorazepam, zolpidem), ubat mengendurkan otot (seperti carisoprodol, cyclobenzaprine), atau antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine).

Periksa label pada semua ubat anda (seperti alergi atau batuk dan selesema) kerana ia mungkin mengandungi bahan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Tanya ahli farmasi anda mengenai penggunaan produk tersebut dengan selamat.

Kontraindikasi Benzonatate

Sebelum mengambil Benzonatate, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya atau pada agen anestetik tertentu (procaine, tetracaine) ataupun jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan yang tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda.

Ubat ini boleh membuatkan anda pening atau mengantuk. Alkohol atau ganja (kanabis) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan mesin, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Serta, hadkan juga minuman beralkohol. Bercakap dengan doktor anda jika anda menggunakan ganja (kanabis).

Benzonatate dan kehamilan

Semasa kehamilan, ubat ini hanya boleh digunakan jika ada keperluan dengan jelas. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Malah, ianya tidak diketahui adakah ubat ini boleh masuk ke dalam susu ibu. Rujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi.

Dos Benzonatate

  1. Dos dewasa (berumur 18 tahun ke atas)
  • Ambil 100 hingga 200 mg Benzonatate tiga kali sehari untuk masalah batuk anda. Dos maksimum ialah 600 mg sehari.
  1. Dos kanak-kanak (berumur 11 hingga 17 tahun)
  • Ambil 100-200 mg tiga kali sehari yang diperlukan untuk batuk anda. Dos maksimum ialah 600 mg sehari.
  1. Dos kanak-kanak (berumur 0 hingga 10 tahun)
  • Ubat ini belum dipelajari dan tidak boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-14257/benzonatate-oral/details

https://www.healthline.com/health/benzonatate-oral-capsule#about

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/benzonatate-oral-route/precautions/drg-20062223?p=1

https://www.drugs.com/drug-interactions/benzonatate.html

Summary
Benzonatate
Article Name
Benzonatate
Description
Benzonatate digunakan untuk melegakan masalah batuk akibat selesema atau demam. Namun, ia tidak boleh digunakan untuk batuk kronik yang terjadi ketika merokok, serangan asma, atau emfisema atau ketika terdapat banyak lendir atau kahak yang luar biasa dengan batuk itu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: