Benci Bunyi Mengunyah

Pengenalan penyakit

Individu yang mudah merasa jengkel dan menyampah apabila dengar bunyi bising seperti bunyi tapak kasut, sedut minuman, orang berbisik, termasuklah bunyi orang mengunyah boleh disifatkan mengalami gangguan psikiatri. 

Masalah gangguan otak ini dipanggil misophonia. Misophonia merupakan masalah di mana pesakit akan mengalami gangguan psikiatri apabila mendengar sesetengah bunyi yang mampu mencetuskan gangguan emosi atau psikologi diri.

Emosi sering tidak terkawal atau tidak seimbang tatkala mendengar bunyi-bunyi bising yang kuat atau kecil akan membuatkan anda berasa jengkel, menyampah, benci atau marah secara tiba-tiba, menunjukan anda mempunyai masalah psikologi.

Tahap Penyakit

1.Tahap Sederhana

  • Mudah panik
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa terdorong untuk melarikan diri
  • Rasa jijik

2. Tahap teruk

  • Rasa marah yang membuak-buak
  • Rasa benci
  • Panik
  • Takut
  • Mengalami tekanan emosi

Rawatan Penyakit

  1. Untuk merawat gangguan misophonia ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menjalani terapi bunyi dan juga kaunseling.
  2. Selain itu, anda juga perlu ubah gaya hidup yang lebih baik seperti lakukan senaman secara harian, dapatkan waktu tidur yang mencukupi dan berkualiti serta kawal tekanan dengan bijak.
  3. Anda juga boleh memakai ear buds atau headset untuk elak dari dengar bunyi-bunyi yang mengganggu emosi dan psikologi mental.Apa-apa pun, langkah yang terbaik ialah dengan mendapatkan bantuan dan rawatan dari pihak hospital dan jalani pemeriksaan awal untuk mengawal gangguan misophonia yang dihadapi.
  4. Apa-apa pun, langkah yang terbaik ialah dengan mendapatkan bantuan dan rawatan dari pihak hospital dan jalani pemeriksaan awal untuk mengawal gangguan misophonia yang dihadapi.

Sumber:

https://www.soundrelief.com/treatments-for-misophonia/

Summary
Description
Masalah gangguan otak ini dipanggil misophonia. Misophonia merupakan masalah di mana pesakit akan mengalami gangguan psikiatri apabila mendengar sesetengah bunyi yang mampu mencetuskan gangguan emosi atau psikologi diri.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: