Bebola daging
Bebola daging bersama mi udon sebagai satu ‘twist’ yang seronok pada hidangan klasik ini.

Spageti dan bebola daging dalam satu pinggan? Ini mungkin satu kombinasi yang biasa sahaja. Namun, cuba fikirkan tentang bebola daging bersama mi udon sebagai satu ‘twist’ yang seronok pada hidangan klasik ini. Gabungkan semuanya di atas pinggan dengan bawang merah yang dipotong nipis, biji bijan dan hirisan lobak merah dan ia boleh dinikmati oleh ramai orang sebagai hidangan makan malam yang menyelerakan.

  • Masa persediaan – 10 minit
  • Masa memasak – 27 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Mangkuk
  • Periuk

Bahan-bahan:

  • Bebola daging
  • Semburan minyak
  • 450g ayam cincang
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 genggam daun bawang dicincang
  • 1 biji telur besar
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar halia diparut
  • 2 sudu teh sos cili sriracha
  • 1 sudu kicap (pilih yang kurang berlemak)
  • 1/2 sudu teh garam kosher
  • 1/2 sudu teh lada hitam segar

Bahan bagi penyediaan sos:

  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu besar halia diparut
  • 1/2 cawan sos hoisin
  • 1/2 cawan cuka beras
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos sriracha

Bahan bagi penyediaan mi udon:

  • 220g mi udon
  • 1 lobak merah, dikupas
  • 1 biji daun bawang, dihiris menyenget dan nipis 
  • Benih bijan, untuk hiasan

Cara penyediaan:

Bagi bebola daging:

  1. Panaskan oven hingga suhu 191°C. Lembarkan kertas pembakar dengan kertas kerajang aluminium dan semburkan dengan semburan tidak melekat.
  1. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, campurkan ayam, serbuk roti, daun bawang, telur, bawang putih, halia, sos sriracha, kicap, garam dan lada bersama.
  1. Bentuk campuran ke dalam bebola bersaiz 2 inci dan letakkan di atas kertas pembakar.
  1. Bakar sehingga bebola masak sepenuhnya, iaitu sekitar 17 hingga 20 minit.

Bagi menyediakan sos:

  1. Semasa bebola dimasak, panaskan minyak bijan dalam periuk saiz sederhana ke suhu api sederhana rendah. Masukkan bawang putih dan halia, masak sehingga harum iaitu kira-kira 1 minit.
  1. Masukkan sos hoisin, cuka beras, madu, kicap dan sriracha. Biarkan campuran mereneh. Kacau sehingga campuran sedikit pekat iaitu kira-kira 5 minit. Kekalkan kepanasan yang suam dengan api yang rendah.
  1. Apabila bebola selesai masak, tambahkannya ke dalam periuk dan kacau sehingga semuanya disalut dengan baik dalam sos.

Bagi menyediakan mi udon:

  1.  Didihkan periuk besar berisi air garam. Masukkan mi dan masak mengikut arahan pembungkusan.Kemudian, tapiskan mi dengan baik.
  1. Untuk menghidangkannya, letakkan mi di atas pinggan dan letakkan sos seria bebola daging di atasnya. Hiaskan pinggan dengan daun bawang, biji bijan dan lobak merah tadi.

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Bebola daging Asia bersama mi udon
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: