Jika kita didapati luar biasa sedang berlaku dalam badan bayi seperti suhu badan tinggi, ia mungkin salah satu tanda iaitu demam. Kalau suhu badan mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi ia dianggap bahaya.

Walau bagaimanpun, bagi bayi yang mempunyai sedikit suhu badan tinggi ia mungkin dijangkiti serius. Tahap demam juga bergantung keadaan bayi itu.

Kita tidak boleh mengambil remeh tentang penyakit ringan kerana ia boleh menyebabkan suhu badan yang tinggi. Ia selalu akan hilang dalam masa yang singkat.

Terdapat beberapa ubat-ubatan di kaunter boleh membantu rendahkan suhu badan, tetapi keadaan yang lain tidak perlu bantuan ubat pun boleh sembuh. Demam juga memainkan peranan penting dalam membantu badan untuk melawan beberapa jangkitan.

3 Jenis Tahap Demam

Ini adalah 3 jenis tahap demam berikut:

  1. Demam ringan: Kenaikan suhu badan sedikit sehingga 37.5 degree
  2. Deman Biasa: Kenaikan suhu badan sehingga 38-38.5 degree
  3. Deman Tinggi: Kenaikan suhu badan sehingga 39 degree atau lebih

Ciri-ciri Bayi Yang Demam

  • Bayi menangis tanpa sebab
  • Bayi berasa letih
  • Suhu badan bayi panas
  • Bayi berasa mengantuk
  • Kurang selera makan

Punca-punca Menyebab Bayi Demam

  • Virus
  • Jangkitan bakteria
  • Strok haba
  • Selaran matahari yang melampau
  • Keadaan artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
  • Tumor malignan
  • Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
  • Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.

Apa yang patut ibu bapa buat ?

  • Beri bayi paracetamol ataupun ibuprofen. Untuk memberi dos ubat yang tepat, ibu bapa haruslah menggunakan jarum seakan suntikan.
  • Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, beri dia minum lebih banyak susu untuk mengekalkan hidrasi di badan bayi. Sebaliknya, bayi yang lebihi 6 bulan ke atas, sepatutnya memberi banyak air.
  • Meletakkan Cool Fever di atas dahi atau ketiak bayi untuk menurunkan suhu badan bayi.
  • Elakkan persekitaran tidak terlalu panas dan memastikan pakai pakaian yang tidak terlalu tebal.
  • Menasihat anak banyak rehat.
  • Mengelap badan gunakan tuala lembap

Apa Yang Ibu Bapa Tidak Patut Buat ?

  • Ubat- ubat seperti ibuprofen, aspirin dan ubat deman lain tidak boleh sesuka hati beri kepada bayi yang demam melainkan jika ia dibenarkan oleh doktor.
  • Elakkan rendam bayi yang demam di dalam air sejuk.
  • Jangan terlebih beri ubat demam
  • Jangan biarkan bayi yang demam kelaparan kerana bayi perlu tenaga untuk melawan jangkitan

Jika dapati bayi menjangkiti demam, ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor segera demi keselamatan anak sendiri.

Sumber:

Treating your baby’s fever

https://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/

Summary
Bayi Demam Apa Yang Diperlu Buat Oleh Ibu Bapa?
Article Name
Bayi Demam Apa Yang Diperlu Buat Oleh Ibu Bapa?
Description
Jika kita didapati luar biasa sedang berlaku dalam badan bayi seperti suhu badan tinggi, ia mungkin salah satu tanda iaitu demam. Kalau suhu badan mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi ia dianggap bahaya. Walau bagaimanpun, bagi bayi yang mempunyai sedikit suhu badan tinggi ia mungkin dijangkiti serius. Tahap demam juga bergantung keadaan bayi itu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: