bawang putih
Bawang putih adalah sejenis tumbuhan yang acap kali dijadikan sebagai bahan makanan dan perasa yang sering disertakan dalam masakan.

Pengenalan

Bawang putih adalah sejenis tumbuhan yang acap kali dijadikan sebagai bahan makanan dan perasa yang sering disertakan dalam masakan. Dikenali dengan nama: Ail, Ajo, Allii Sativi Bulbus, Allium, Allium sativum, Camphor of the poor, Da Suan, Lasun, Lasuna, Nectar of the Gods, Poor Man’s Treacle, Rason, Rust Treacle, atau Stinking Rose.

Ia adalah bahan makanan dan perasa yang biasa digunakan dalam masakan. Sebenarnya, apabila digunakan sebagai produk makanan, bawang putih tidak memberikan manfaat kesihatan atau kesan sampingan. Tetapi, jika ia digunakan sebagai perubatan, ia dapat memberikan kesan yang diingini dan juga kesan sampingan yang tidak diingini pada tubuh.

Produk yang dijual sebagai suplemen kesihatan boleh mengandungi pelbagai jenis allicin, iaitu bahan aktif. Allicin adalah tidak stabil dan mungkin dikurangkan di dalam produk difermentasi dalam tempoh yang lama untuk mengurangkan bau. Bawang putih yang tidak berbau mungkin mengandungi sedikit atau tiada langsung allicin. Semakin kurang jumlah allicin, keberkesanan produk juga semakin kurang berhasil.

Selain itu, pengambilan secara oral (melalui mulut) telah digunakan dalam ubat alternatif sebagai alat bantuan yang mungkin berkesan untuk merawat tekanan darah tinggi, penyakit arteri koronari (arteri yang mengeras), kanser perut, kanser usus besar atau kanser rektum dan untuk mencegah gigitan kutu.

Bawang putih yang disapu pada kulit juga mungkin berkesan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit seperti kurap, kegatalan, atau kaki makan air.

Seterusnya, ia juga telah digunakan untuk mengubati masalah kolesterol tinggi, ulser perut yang disebabkan oleh H. pylori, kanser, atau masalah peredaran darah pada kaki. Walau bagaimanapun, terdapat penyelidikan yang menunjukkan bawang putih mungkin tidak berkesan dalam merawat keadaan tersebut.

Kegunaan lain yang tidak dibuktikan dengan penyelidikan termasuklah mencegah selesema, dan membantu masalah kesukaran membuang air kecil yang disebabkan oleh pembesaran prostat.

Walau bagaimanapun, ianya adalah masih tidak pasti sama ada ia berkesan untuk merawat sebarang keadaan perubatan atau tidak. Malah, penggunaan ubat daripada produk ini masih belum dipersetujui oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah).

Ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor anda.

Walaupun ia sering dijual sebagai suplemen herba tetapi masih tiada piawaian pembuatan yang ditetapkan untuk kebanyakan sebatian herba. Selain itu, terdapat beberapa suplemen yang dipasarkan didapati dicemari dengan logam toksik atau ubat lain. Suplemen herba / kesihatan harus dibeli daripada  sumber yang boleh dipercayai untuk mengurangkan risiko pencemaran.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan produk ini.

Kegunaan Bawang Putih

Pada masa ini, bawang putih banyak digunakan untuk beberapa keadaan yang berkaitan dengan sistem darah dan jantung, termasuk arteriosklerosis (pengerasan arteri), kolesterol tinggi, serangan jantung, penyakit jantung koronari, dan hipertensi.

Ia juga turut digunakan oleh segelintir individu untuk mencegah kanser paru-paru, kanser prostat, kanser payudara, kanser perut, kanser rektum, dan kanser usus besar.

Tetapi, hanya sebahagian daripada penggunaan ini yang telah disokong oleh penyelidikan yang sah. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food and Chemical Toxicology memberi amaran bahawa pemanasan jangka pendek boleh mengurangkan kesan anti-keradangan ekstrak mentah. Ini mungkin menjadi masalah bagi sesetengah individu yang tidak menggemari atau tidak boleh menerima rasa dan / atau bau bawang putih mentah.

Kesan Sampingan Bawang Putih

  • Apabila diminum: Ia adalah SELAMAT bagi kebanyakan individu apabila diminum dalam dos yang betul. Ia telah digunakan dengan selamat dalam penyelidikan sehingga 7 tahun. Bagaimanapun, apabila diminum, ia dapat menyebabkan bau mulut, sensasi terbakar dalam mulut atau di perut, pedih ulu hati, angin, mual, muntah, bau badan, dan cirit-birit. Kesan sampingan ini selalunya lebih teruk bagi bawang putih mentah. Bawang putih juga mungkin boleh meningkatkan risiko pendarahan. Terdapat beberapa laporan kes pendarahan selepas pembedahan pada individu yang telah mengambilnya. Asma juga telah dilaporkan pada individu yang bekerja melibatkan bawang putih, dan juga kemungkinan reaksi alergi lain.

  • Apabila disapu pada kulit: Produk yang mengandungi bawang putih MUNGKIN SELAMAT apabila disapu pada kulit. Gel, pes, dan ubat kumur yang mengandungi bawang putih telah digunakan selama 3 bulan. Namun, apabila disapu pada kulit, ia dapat menyebabkan berlakunya kerosakan kulit yang sama dengan luka terbakar.

Bawang putih mentah MUNGKIN TIDAK SELAMAT apabila disapu pada kulit. Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk apabila disapukan pada kulit.

  • Kehamilan dan penyusuan susu ibu: Bawang putih adalah SELAMAT digunakan semasa kehamilan apabila diambil dalam jumlah yang biasa terdapat dalam makanan. Ia MUNGKIN TIDAK SELAMAT jika digunakan dalam jumlah perubatan semasa kehamilan dan ketika menyusu. Tetapi masih tiada maklumat yang mencukupi yang boleh dipercayai tentang keselamatan penggunaannya pada kulit jika anda hamil atau menyusu. Sebaiknya, kekal di sisi yang selamat dan elakkan penggunaan produk yang mengandungi bawang putih.

  • Kanak-kanak: Bawang putih MUNGKIN SELAMAT apabila diambil oleh kanak-kanak sebagai ubat jangka pendek.

Walau bagaimanapun, bawang putih TIDAK SELAMAT apabila diminum dalam dos yang besar. Terdapat beberapa sumber yang menunjukkan bahawa dos yang tinggi boleh membahayakan atau mengancam nyawa kanak-kanak. Punca amaran ini adalah masih tidak diketahui. Namun begitu, tiada kes atau laporan mengenai kejadian buruk yang serius atau kematian dalam kalangan kanak-kanak yang berkaitan dengan pengambilan melalui oral. Apabila digunakan pada kulit, bawang putih boleh menyebabkan kerosakan pada kulit yang sama dengan kesan luka terbakar.

  • Gangguan pendarahan: Bawang putih, terutamanya mentah, boleh meningkatkan risiko berlakunya pendarahan.

  • Kencing manis: Bawang putih dapat menurunkan bacaan gula darah. Secara teori, pengambilannya mungkin menyebabkan paras gula darah menjadi terlalu rendah pada individu yang menghidap kencing manis.

  • Masalah perut atau pencernaan: Bawang putih boleh merengsakan saluran gastrointestinal (GI). Gunakan ia dengan berhati-hati jika anda mengalami masalah perut atau pencernaan.

  • Tekanan darah rendah: Bawang putih dapat menurunkan bacaan tekanan darah. Secara teori, pengambilannya dapat menjadikan tekanan darah terlalu rendah pada individu dengan masalah tekanan darah rendah.

  • Pembedahan: Bawang putih dapat memanjangkan tempoh pendarahan dan mengganggu tekanan darah. Ia juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Jadi, berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang telah dijadualkan.

Interaksi Bawang Putih

Isoniazid (Nydrazid, INH)

Bawang putih boleh mengurangkan jumlah isoniazid (Nydrazid, INH) yang diserap oleh badan. Keadaan ini mungkin mengurangkan keberkesanan fungsi isoniazid (Nydrazid, INH). Jadi, elakkan pengambilan jika anda mengambil isoniazid (Nydrazid, INH).

Ubat yang digunakan untuk HIV / AIDS (Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTIs))

Tubuh menguraikan ubat-ubatan yang digunakan untuk HIV / AIDS untuk disingkirkan. Bawang putih dapat meningkatkan masa tubuh memecah sesetengah ubat HIV / AIDS. Pengambilan bersama beberapa ubat yang digunakan untuk HIV / AIDS dapat menurunkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut. Antara ubat-ubatan yang digunakan untuk HIV / AIDS termasuk nevirapine (Viramune), delavirdine (Rescriptor), dan efavirenz (Sustiva).

Saquinavir (Fortovase, Invirase)

Tubuh memecahkan saquinavir (Fortovase, Invirase) untuk disingkirkan. Bawang putih boleh meningkatkan tempoh badan memecahkan saquinavir. Pengambilan bersama dengan saquinavir (Fortovase, Invirase) boleh mengurangkan keberkesanan saquinavir (Fortovase, Invirase).

Pil perancang kehamilan (kontraseptif)

Beberapa pil perancang kehamilan mengandungi estrogen. Tubuh menguraikan estrogen dalam pil perancang kehamilan untuk disingkirkan. Bawang putih boleh meningkatkan tempoh pemecahan estrogen. Mengambil bawang putih bersama pil perancang kehamilan boleh mengurangkan keberkesanan pil tersebut. Sekiranya anda mengambil pil perancang kehamilan bersama, gunakan kaedah perancang kehamilan yang lain seperti kondom. Segelintir pil kawalan kehamilan termasuk etinil estradiol dan levonorgestrel (Triphasil), etinil estradiol dan norethindrone (Ortho-Novum 1/35 , Ortho-Novum 7/7/7), dan lain-lain.

Cyclosporine (Neoral, Sandimmune)

Tubuh memecahkan siklosporin (Neoral, Sandimmune) untuk disingkirkan. Bawang putih boleh meningkatkan betapa cepat tempoh badan memecahkan siklosporin (Neoral, Sandimmune). Mengambil bersama dengan siklosporin (Neoral, Sandimmune) boleh mengurangkan keberkesanan siklosporin. Jangan ambil jika anda mengambil siklosporin.

Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 2E1 (CYP2E1))

Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Minyak bawang putih dapat menurunkan tempoh hati memecahkan ubat-ubatan tersebut. Mengambil minyak bawang putih bersama beberapa ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan ubat anda. Sebelum mengambilnya, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Antara ubat-ubatan yang diubah oleh hati termasuk asetaminofen, klorzoksazon (Parafon Forte), etanol, teofilin, dan ubat yang digunakan untuk anestesia semasa pembedahan seperti enflurane (Ethrane), halothane (Fluothane), isoflurane (Forane), dan methoxyflurane (Penthrane).

Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4))

Segelintir ubat diubah dan dipecah oleh hati. Bawang putih dapat meningkatkan masa hati memecah beberapa ubat. Mengambil bersama beberapa ubat yang dipecah oleh hati dapat mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut. Oleh itu, sebelum mengambil bawang putih, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Antara ubat-ubatan yang diubah oleh hati termasuk lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra ), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

Ubat yang melambatkan pembekuan darah (ubat antikoagulan / antiplatelet)

Bawang putih mungkin melambatkan pembekuan darah. Mengambil bersama ubat-ubatan yang juga melambatkan pembekuan darah dapat meningkatkan kemungkinan kejadian lebam dan pendarahan. Antara ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin , lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Warfarin (Coumadin)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk melambatkan pembekuan darah. Bawang putih boleh meningkatkan keberkesanan warfarin (Coumadin). Jadi, mengambil bawang putih bersama warfarin (Coumadin) boleh meningkatkan kemungkinan lebam dan pendarahan. Pastikan darah anda diperiksa secara berkala oleh doktor. Malah, dos warfarin anda (Coumadin) juga mungkin perlu diubah.

Dos Bawang Putih

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Secara oral:

  • Untuk pengerasan arteri (aterosklerosis): Tablet serbuk300 mg (Kwai, Lichtwer Pharma) diambil dalam satu dos atau sebanyak tiga kali sehari selama 4 tahun. Selain itu, 150 mg suplemen tertentu (Allicor, INAT-Farma) dua kali sehari selama 24 bulan juga boleh digunakan. Suplemen ekstrak bawang putih diperam tertentu (Kyolic, Total Heart Health, Formula 108, Wakunga) yang mengandungi 250 mg ekstrak yang diperam diambil setiap hari selama 12 bulan. Produk gabungan yang mengandungi 300 mg ekstrak yang diperam, diambil dalam dos empat tablet setiap hari selama satu tahun.

  • Untuk kencing manis: Serbuk dalam dos 600-1500 mg setiap hari telah digunakan sekurang-kurangnya selama 12 minggu. Tablet 300 mg (Allicor, INAT-Farma) diambil dua hingga tiga kali sehari dengan ubat-ubatan yang dipanggil metformin atau sulfonylurea, selama 4 hingga 24 minggu.

  • Untuk paras kolesterol tinggi atau lemak lain (lipid) dalam darah (hiperlipidemia): Dos 1000-7200 mg ekstrak bawang putih diperam tertentu (Kyolic, Wakanuga) telah digunakan setiap hari dalam dos yang dibahagikan selama 4-6 bulan. Dos 600-900 mg tablet serbuk tertentu (Kwai, Lichtwer Pharma) telah diambil setiap hari dalam dua dos atau lebih dan dibahagi selama 6-16 minggu. Selain itu, 300 mg produk serbuk khusus (Garlex, Bosch Pharmaceuticals) diambil sebanyak dua kali sehari selama 12 minggu. 1,200 mg serbuk ditambah 3 gram minyak ikan setiap hari selama 4 minggu, atau 500 mg minyak bawang putih ditambah 600 mg minyak ikan setiap hari selama 60 hari.

  • Untuk tekanan darah tinggi: 300-1500 mg tablet diambil dalam dos yang dibahagikan pada setiap hari selama 24 minggu. 2400 mg tablet serbuk tertentu (Kwai, Lichtwer Pharma) diambil sebagai dos tunggal atau sehingga 600 mg setiap hari selama 12. Kapsul yang mengandungi 960-7200 mg ekstrak bawang putih diperam, diminum setiap hari dalam tiga dos yang dibahagi sehingga 6 bulan. (produk khusus yang mengandungi ekstrak yang diperam termasuk Kyolic (Garlic High Potency Everyday Formula 112, Wakunga / Wagner)). 500 mg minyak bawang putih bersama 600 mg minyak ikan diambil setiap hari selama 60 hari.

  • Untuk kanser prostat: 1 mg / kg ekstrak larut dalam air, diambil setiap hari selama satu bulan.

  • Untuk mencegah gigitan kutu: Kapsul mengandungi 1200 mg diambil setiap hari selama 8 minggu.

Disapu pada kulit:

  • Untuk kurap badan (Tinea corporis): Kandungan bawang putih ajoene dalam bentuk gel 0.6% digunakan dua kali sehari selama satu minggu.

  • Untuk kegatalan (Tinea cruris): Kandungan bawang putih ajoene dalam bentuk gel 0.6% yang digunakan dua kali sehari selama satu minggu.

  • Untuk kulat kaki makan air (Tinea pedis): Kandungan bawang putih ajoene dalam bentuk gel 1%.digunakan dua kali sehari selama satu minggu

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Garlic

https://www.medicalnewstoday.com/articles/265853

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-health-benefits-of-garlic

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-300/garlic

Summary
Bawang Putih
Article Name
Bawang Putih
Description
Bawang putih adalah sejenis tumbuhan yang acap kali dijadikan sebagai bahan makanan dan perasa yang sering disertakan dalam masakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: