Batu Karang
Batu karang bukanlah batu yang sebenar. Ia adalah kepingan-kepingan bahan pepejal yang terbentuk di dalam pundi hempedu, iaitu organ kecil yang terletak di bawah hati. Anda mungkin tidak tahu anda mengidapi batu karang sehingga ia menghalang saluran hempedu dan menyebabkan kesakitan sehingga anda dirawat dengan segera.

Batu karang bukanlah diperbuat daripada batu sebanar. Namun, anda mungkin merasa seperti terdapat batu sebenar semasa membuang air kecil.

Selain itu, batu karang adalah bersaiz kecil – biasanya antara saiz isi jagung dan sebutir garam. Apabila tubuh anda mempunyai mineral tertentu yang terlalu banyak, serta pada masa yang sama tidak mempunyai cecair yang mencukupi, objek asing seperti batu ini boleh terbentuk.

Batu-batu ini mungkin berwarna coklat atau kuning, dengan permukaan licin atau kasar. Kedua-dua golongan lelaki dan wanita boleh mendapatkan masalah batu karang, tetapi lelaki berpeluang untuk mendapatkannya kira-kira dua kali ganda lebih berbanding dengan wanita.

 

Jenis Batu Karang

Doktor membahagikan batu karang di buah pinggang kepada beberapa jenis, dan ia adalah penting kerana jenis batu karang yang anda ada boleh menentukan rawatan yang perlu dibuat. Ini termasuklah:

  • Kalsium: Ini adalah jenis batu karang yang paling biasa. Malah hanya dengan makan makanan yang sangat tinggi dalam oksalat (oxalates), seperti rubarb, atau mengambil vitamin D yang banyak juga boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan batu karang jenis ini. Selain itu, anda boleh mendapatkan jenis ini jika anda biasanya tidak cukup minum air atau jika anda berpeluh terlalu banyak dan tidak menggantikan cecair yang hilang itu.
  • Sistin: Ia merupakan jenis yang jarang berlaku. Sebaik sahaja anda mendapat batu sistin, anda berkemungkinan untuk mempunyainya lagi. Anda juga mewarisi kemungkinan mendapatkannya daripada ibu bapa, yang mana kedua-duanya harus mempunyai jenis mutasi genetik yang sama.
  • Batu karang struvit: Jangkitan, terutamanya yang berlaku dalam saluran kencing boleh menyebabkan anda mempunyai batu karang seperti ini.
  • Asid urik: Mengambil sejumlah besar protein haiwan boleh menyebabkan peningkatan asid urik di dalam urin dan akhirnya membentuk batu karang sama ada dengan kalsium atau tanpanya. Faktor risiko jenis ini termasuklah gout, diabetes dan cirit-birit yang kronik.

 

Simptom Batu Karang

Walaupun anda mempunyai masalah tersebut, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah batu itu mula bergerak.

Ia boleh bergerak di dalam buah pinggang, atau ke dalam tiub yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing. Simptom juga boleh berubah-ubah dan boleh berada pada tahap yang berbeza. Ia termasuklah:

  • Sakit pada bahagian tepi atau belakang badan anda, di bawah tulang rusuk yang serius.
  • Sakit di pangkal paha dan bahagian abdomen bawah.
  • Sakit yang datang dan pergi serta berada dalam tahap yang berbeza.
  • Buang air kecil yang menyakitkan dan lebih kerap daripada biasanya.
  • Air kencing yang keruh, merah jambu, merah, coklat atau yang mempunyai bau yang busuk.
  • Berasa seperti anda perlu kencing sepanjang masa.
  • Demam dan menggigil sekiranya anda mempunyai jangkitan tertentu.
  • Jumlah air kencing yang sedikit apabila pergi ke tandas.

 

Punca Batu Karang

Penyebab utama penyakit ini di buah pinggang adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. Batu ini lebih biasa dijumpai pada individu yang minum air kurang daripada yang disarankan iaitu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari.

Apabila air tidak cukup untuk mencairkan asid urik iaitu satu komponen urin, air kencing anda akan menjadi lebih berasid.

Selain itu, persekitaran berasid yang berlebihan dalam urin juga boleh menyebabkan pembentukan masalah kesihatan tersebut

Keadaan perubatan seperti   Penyakit Crohn, jangkitan saluran kencing, asidosis tiub buah pinggang, hiperparatiroidisme, buah pinggang medular span dan penyakit Dent boleh meningkatkan risiko batu karang.

 

Diagnosis Batu Karang

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah tersebut, anda mungkin perlu membuat ujian dan prosedur diagnostik, seperti:

 

– Ujian darah

Ujian darah mungkin menunjukkan kalsium atau asid urik yang terlalu banyak dalam darah anda. Keputusan ujian darah ini boleh membantu memantau kesihatan buah pinggang dan menyebabkan doktor anda memeriksa keadaan perubatan yang lain.

 

– Ujian urin

Ujian pengumpulan urin selama 24 jam mungkin menunjukkan bahawa adanya pengeluaran mineral terlalu banyak yang boleh membentuk ‘kidney stone’ atau terlalu sedikit bahan yang boleh mencegah pembentukan masalah berkenaan. Bagi ujian ini, doktor mungkin meminta anda melakukan dua koleksi urin selama dua hari berturut-turut.

 

– Ujian pengimejan

Ujian pengimejan boleh menunjukkan jika adanya masalah tersebut dalam saluran kencing anda. Pilihan yang ada terdiri daripada sinar-X (x-ray) perut yang mungkin terlepas pandang batu karang kecil, kepada tomografi berkomputer (CT scan) yang berkelajuan tinggi atau tenaga berganda yang boleh mendedahkan pembentukan berkenaan.

Pilihan pengimejan lain termasuk ultrabunyi, ujian tidak invasif dan urografi intravena, yang melibatkan kemasukan pewarna ke dalam vena tangan dan pengambilan sinar-X (pielogram intravena) atau mendapatkan gambar CT (urogram CT). Ini boleh dilakukan kerana perwarna bergerak melalui buah pinggang dan pundi kencing anda.

 

– Analisis batu karang

yang dikeluarkan melalui urin. Anda mungkin diminta untuk membuang air kecil melalui penapis bagi memerangkap batu yang ada. Analisis makmal akan mendedahkan masalah kesihatan anda. Doktor juga boleh menggunakan maklumat ini untuk menentukan punca yang menyebabkan batu karang dan membuat satu perancangan untuk mencegah berlakunya lebih banyak masalah tersebut.

 

Faktor Risiko Batu Karang

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit berkenaan termasuklah:

  • Sejarah keluarga atau peribadi. Jika seseorang dalam keluarga anda mempunyai masalah itu, anda lebih cenderung untuk mendapatnya. Jika anda sudah mempunyai satu atau lebih batu karang di buah pinggang, anda juga berisiko untuk mendapatnya lagi.
  • Dehidrasi. Tidak meminum air yang mencukupi setiap hari dapat meningkatkan risiko pembentukan masalah berkenaan. Individu yang tinggal di iklim panas dan mereka yang berpeluh dengan banyak mungkin lebih berisiko tinggi berbanding orang lain
  • Makanan tertentu. Pemakanan berasaskan diet yang tinggi dalam protein, natrium (garam) dan gula boleh meningkatkan risiko beberapa jenis batu karang. Ia adalah benar terutamanya dengan diet natrium tinggi. Garam yang terlalu banyak dalam diet anda boleh meningkatkan jumlah kalsium pada buah pinggang yang mesti ditapis dan boleh meningkatkan risiko batu karang.
  • Berat badan berlebihan. Indeks jisim badan tinggi, saiz pinggang yang besar dan penambahan berat badan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit tersebut.
  • Penyakit dan pembedahan pencernaan. Pembedahan pintas gastrik, penyakit keradangan usus atau cirit-birit kronik boleh menyebabkan perubahan dalam proses pencernaan. Ini kemudian akan menjejaskan penyerapan kalsium dan air serta meningkatkan pembentukan masalah tersebut dalam urin anda.
  • Syarat perubatan lain. Penyakit dan keadaan yang boleh meningkatkan risiko buah pinggang termasuklah asidosis tiub buah pinggang, sistinuria, hiperparatiroidisme, pengambilan ubat tertentu dan beberapa jangkitan saluran kencing.

 

Rawatan Batu Karang

Rawatan batu karang terutamanya bertumpu untuk melegakan dan mengurangkan simptom. Membuang air kecil yang mengandungi batu karang boleh jadi sangat menyakitkan.

 

– Rawatan di rumah

Jika seseorang mempunyai sejarah masalah tersebut di buah pinggang, rawatan di rumah mungkin sesuai untuk dilakukan. Namun, bagi individu yang tidak pernah membuang air kecil dengan batu karang sebelum ini harus merujuk dengan doktor.

 

– Rawatan di hospital

  • Tiub intravena dan ubat antiradang. Sekiranya rawatan di hospital diperlukan, individu boleh dirawat melalui tiub intravena dan ubat anti-radang juga boleh diberikan.
  • Ubat narkotik sering digunakan sebagai usaha untuk mengurangkan kesakitan membuang air kecil dengan batu karang. Ubat anti-keradangan juga boleh digunakan pada individu yang mengalami simptom loya dan muntah.

 

– Terapi gelombang kejutan

Dalam sesetengah kes, pakar urologi boleh melakukan terapi gelombang kejutan yang dipanggil litotripsi. Ini adalah rawatan yang memecahkan batu karang kepada kepingan yang lebih kecil dan membolehkannya melepasi saluran urin anda.

 

– Pembedahan

Seterusnya, individu yang mempunyai masalah tersebut yang besar di kawasan yang tidak membenarkan rawatan litotripsi mungkin akan menerima prosedur pembedahan. Prosedur ini adalah seperti penyingkiran batu karang melalui hirisan di bahagian belakang atau dengan memasukkan tiub halus ke dalam uretra anda.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/symptoms-causes/syc-20355755

https://www.healthline.com/health/kidney-stones

https://www.webmd.com/kidney-stones/kidney-stone-causes

https://www.medicalnewstoday.com/articles/154193

Summary
Batu Karang (Kidney Stones) - Jenis, Gejala, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Batu Karang (Kidney Stones) - Jenis, Gejala, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Batu karang bukanlah batu yang sebenar. Ia adalah kepingan-kepingan bahan pepejal yang terbentuk di dalam pundi hempedu, iaitu organ kecil yang terletak di bawah hati. Anda mungkin tidak tahu anda mengidapi batu karang sehingga ia menghalang saluran hempedu dan menyebabkan kesakitan sehingga anda dirawat dengan segera.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: