bantuan warga emas

Artikel kali ini kami tulis khas buat warga emas, kerana ia adalah berkenaan berkenaan Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 di bawah pihak JKM.

Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas, sebaliknya kerajaan tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.

Sebelum ini, Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan adalah RM350 sebulan.

Namun begitu, dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa jumlah tersebut akan dinaikkan pada tahun 2021.

Ini bermakna, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau singkatannya JKM, akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

Bantuan untuk warga emas di Malaysa diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dilengkapkan untuk layak memohon bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi anda yang ingin memohon bantuan warga emas tersebut, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa.
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i) Institusi kendalian JKM
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma; atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan JKM.

CARA MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar secara atas talian. Lihat cara-cara memohon dengan hanya 5 langkah mudah seperti di bawah.

Langkah 1

Layari laman web JKM atau klik di sini.

Langkah 2

Klik pada butang ‘Daftar Permohonan’.

Langkah 3

Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.

Langkah 4

Setelah selesai, klik butang ‘Daftar

Langkah 5

Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk di sini. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500

Setelah anda membuat permohonan dan permohonan anda telah lengkap dan diterima oleh pihak JKM, anda bolehlah membuat semakan tentang status permohonan anda.

Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan permohonan:

Langkah 1

Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di eBantuan JKM

Langkah 2

Klik pada SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.

Langkah 3

Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 4

Tekan SEMAK dan status permohonan anda akan dipaparkan.

bantuan warga emas

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan warga emas anda ini, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di [email protected].

BANTUAN-BANTUAN LAIN UNTUK WARGA EMAS

Selain Bantuan Warga Emas RM500 JKM ini, ada beberapa lagi bantuan yang disediakan khas buat orang tua-tua.

1. Bantuan Perubatan & Kesihatan Warga Emas

Tujuan bantuan adalah untuk membantu warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan.swasta) mengikut jenis ketidakupayaan.

Untuk bantuan ini, anda boleh klik di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

  • Pengecualian bayaran sebagai pesakit luar

Warga Emas juga diberi pengecualian bayaran caj perkhidmatan dan kesihatan diluar hospital dan fasiliti KKM

maklumat diperolehi dari Pengecualian Caj Perubatan – Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Bantuan Perniagaan Warga Emas

  • Geran Pelancaran

Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga

Untuk maklumat lanjut: Portal JKM- Geran Pelancaran

  • Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

a) Skim Pembiayaan Kontrak – i

Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanin & GLC.

Untuk maklumat lanjut: Portal TEKUN – Skim Pembiayaan Kontrak – i

b) Skim Pembiayaan Usahawan Bekan Tentera (SPBT)

TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Untuk maklumat lanjut: Portal TEKUN – Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)

3. Diskaun Pengangkutan Warga Emas

Diskaun warga emas untuk pengangkutan awam (Bas, LRT, KTMB) seperti berikut:

Sekiranya anda layak untuk mendapat Bantuan Warga Emas RM500 dari JKM ini tetapi anda belum memohon, segeralah mohon sekarang! Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban kewangan warga tua yang memerlukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Sumber:

https://foodie.my/2021-bantuan-warga-emas-bulanan-rm500/

https://jawatanmalaysia.net/bantuan-orang-tua/

https://rakyatnews.my/bantuan-warga-emas/

Summary
Bantuan Warga Emas RM500 JKM: Mohon Sekarang!
Article Name
Bantuan Warga Emas RM500 JKM: Mohon Sekarang!
Description
Artikel kali ini kami tulis khas buat warga emas, kerana ia adalah berkenaan berkenaan Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 di bawah pihak JKM.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: