bantuan perniagaan

Program Inisiatif Belia Negara kini membantu golongan belia yang layak untuk memohon bantuan perniagaan dimana mereka boleh memohon modal sebanyak RM15,000 daripada Majlis Belia Malaysia.

Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan bantuan modal kepada mana-mana golongan belia di luar sana yang berminat untuk memulakan atau menjayakan perniagaan mereka.

Ia bertujuan untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui Inisiatif Belia Berniaga menerusi sektor perniagaan modal mampu milik yang ditawarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).

Borang Permohonan Inisiatif Belia Berniaga

Sekiranya anda berminat dengan program daripada Majilis Belia Malaysia ini, sila klik pautan ini untuk ini untuk mengisi borang atas talian https://bit.ly/InisiatifBeliaBerniaga.

Senarai Bantuan Modal Majlis Belia Malaysia MBM

Di sini adalah senarai bantuan modal niaga dan inisiatif belia berniaga untuk jadi peniaga kecil yang ditawarkan MBM bagi perniagaan seperti di bawah ini.

  • Bantuan Modal Stokis – Modal RM3,000
  • Bantuan untuk Bisnes Food Truck – Modal RM15,000
  • Bantuan Motosikal Roda 3 – RM10,000
  • Bantuan Payung / Gerai Untuk Perniaga Kecil – Modal RM3,000
  • Bantuan Kursus Asas Keusahawanan dan lain lain perniagaan kecil

Semakan Bantuan Perniagaan 2021

Selain daripada skim program daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) di atas, terdapat juga beberapa pilihan cara memohon bantuan kerajaan dan pihak bank untuk pekerja kecil dan serdahana untuk usahawan bagi tahun 2021. Antaranya ialah:

Kursus Perniagaan Untuk Usahawan Secara Percuma

Bagi menggalakkan masyarakat untuk menceburi bisnes samada secara online atau offline, terdapat pelbagai kursus perniagaan dan kursus latihan untuk usahawan belia secara percuma. Antaranya ialah:

  • Bantuan usahawan untuk kursus di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 202      https://bit.ly/3a90AXS

SUMBER:

https://mypt3.com/bantuan-perniagaan

https://ecentral.my/inisiatif-belia-berniaga/

Summary
Bantuan Perniagaan 2021 yang Anda Boleh Cuba
Article Name
Bantuan Perniagaan 2021 yang Anda Boleh Cuba
Description
Program Inisiatif Belia Negara kini membantu golongan belia yang layak untuk memohon bantuan perniagaan dimana mereka boleh memohon modal sebanyak RM15,000 daripada Majlis Belia Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: