Now Reading
Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

yayasan pahan

Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ini adalah untuk semua pelajar anak jati Pahang yang mengikuti semua program Pendidikan dari pringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Pelajar hanya perlu membuat permohon kepada Yayasan Pahang.

Sejarah Penubuhan

Pada 29 September 1983, Yayasan Pahang telah dirahsmikan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, yang DiPertuan Agong pada ketika itu. Operasi pentadbirannya adalah di Tingkat 19, Kompleks Teruntum, Kuantan.


Misi utama penubuhan Yayasan Pahang adalah meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Bantuan Pendidikan

Fokus utama bagi Bahagian Operasi adalah kuantiti dan kualiti penerima bantuan. Bagi memastikan tiada anak Pahang yang ketinggalan dalam pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan. Tetapi kini, bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi,kualiti menjadi fokus utama bagi Yayasan Pahang.

Fokus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

  • Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot umur 17-23 tahun memiliki tertiary education menjelang tahun 2020.
  • Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal
  • Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran
  • Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading
  • Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan
Graduation - The University of Nottingham - Malaysia Campus

PROGRAM-PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN

Program bantuan Pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Pinjaman Pendidikan
  • Biasiswa

Bagi program biasiswa sekolah pula, ia terbahagi kepada 2 iaitu Biasiswa Sekolah dan Biasiswa Pengajian Tinggi. Berikut merupakan pecahan program mengikut biasiswa sekolah dan pengajian tinggi.

Biasiswa Sekolah

  • Biasiswa Sekolah Menengah
  • Biasiswa Sekolah Rendah
  • Biasiswa Kecemerlangan Sukan

Biasiswa Pengajian Tinggi

  • Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
  • Biasiswa Tahfiz Profesional
  • Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran
  • Skim Pelajar Cemerlang YP

Pinjaman Pendidikan
Pinjaman pendidikan diberikan kepada anak-anak Pahang untuk melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan Disember ATAU pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.
Keutamaan diberikan kepada anak Pahang:

  • mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah,
  • anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  • murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

kadar BSM yang diberi adalah RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 6. Bayaran dibuat pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.
Proses permohonan boleh dibuat melalui atas talian, dan tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Ujian Covid-19 murid sekolah rendah dibenarkan di rumah: Radzi Jidin -  Agenda Daily

Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)

Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.
Kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,000 sebulan. Kadar BSR yang diberi adalah RM300 setahun bagi murid tahun 4 hingga 6.

Proses permohonan boleh dibuat melalui atas talian, dan tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Biasiswa Kecemerlangan Sukan


Biasiswa ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang mengikuti pengajian di sekolah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hanya 3 buah sekolah sukan yang ditaja iaitu:

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
  • Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)
  • Sekolah Sukan Gambang

Tajaan diberikan kepada pelajar-pelajar tidak menerima bantuan/biasiswa dari mana-mana pihak dengan Kadar pemberian sebanyak RM1000 setahun.

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

See Also
pelupa

Biasiswa Tahfiz Profesional Jakim/Uiam

Biasiswa ini untuk mewujudkan golongan mahir yang boleh menghafaz Al-Quran.
Ianya dibuka kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum serta berkemampuan untuk mengikuti Kursus Persijilan Tahfiz Al-Quran anjuran JAKIM disamping mendapat tempat pengajian peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam jurusan profesional.

Peluang menaja pelajar Tahfiz di Yayasan An Nabawi - Media Fastaqim

Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran Mtnp

Program ini bertempat di kampus baru di Tanjung Lumpur, Kuantan.
Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun dan program ini bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir dan berketrampilan sejajar dengan keperluan ummah dan negara.

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM). Pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar yang akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam dan bidang-bidang lain yang diluluskan oleh YP. Penajaan biasiswa akan diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA).
Program ini melahirkan golongan profesional dalam bidang perakaunan dari kalangan anak Pahang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Semoga perkongsian Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ini dapat memberi mafaat kepada semua anak-anak Pahang.

Sumber:

https://biasiswa.index.my/list/bantuan-pendidikan-yayasan-pahang/

error: Content is protected !!