yapeim

Anda pernah dengar tentang bantuan pendidikan Yapeim? Buat golongan yang terjejas, anda tidak perlu lagi susah hati Yapiem akan membantu mengurangkan bebanan anda. Jom mendaftar dengan Yapeim sekarang.

Yapeim merupakan singkatan bagi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.  Pada tanggal 13 Oktober 1976, YaPeim telah ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952.

Sekitar tahun 2020, Yapeim telah mewujudkan Dana Inspirasi Malaysia Inspirasiku untuk memberi peluang kepada 40,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah, juga kepada pelajar IPT terutama daripada golongan B40 untuk menerima bantuan kewangan persekolahan.

Sejumlah RM 1 juta, telah diperuntukkan oleh YaPeim sebagai dana awal untuk Dana Isnpirasi Malaysia ini. Usaha murni ini bertepatan dengan konsep gagasan RAHMAH yang dipelopori oleh kerajaan persekutuan yang mana menyeru orang ramai untuk sentiasa menyantuni dan sentiasa memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat.

Menariknya, orang awam juga boleh membuat sumbangan ke dana ini sekiranya berminat. Sumbangan anda amatlah digalakkan. Dengan menderma ke tabung ini anda layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan atas nama “Tabung Kebajikan & Pelajaran Yapeim”.

Dibawah kami akan terangkan beberapa perkara mengenai Dana Inspirasi Malaysia dan juga cara untuk anda membuat permohonan.

Objektif Dana Inspirasi ditubuhkan

Berikut adalah tiga (3) tujuan Dana Inpirasi ditubuhkan:

  1. Sebagai salah satu usaha untuk membantu masyarakat dari golongan B40 dalam aspek kebajikan dan aspek pendidikan anak-anak mereka. Terutama untuk yang masih menuntut di sekolah atau bakal melanjutkan pelajaran ke IPT.   
  2. Membantu untuk menggembleng usaha dari pelbagai pihak khususnya seperti agensi kerajaan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni keluarga dan pelajar dari golongan B40 ini.
  3. Bertujuan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti sekaligus meningkatkan taraf hidup yang lebih baik dan jauh kehadapan.

Peruntukkan bantuan Yapeim

Jumlah bantuan yang diperuntukkan di bawah dana ini berbeza untuk jenis pelajar yang menuntut di sekolah dan pelajar yang menuntut di IPT. Sebanyak RM 500 diperuntukkan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah manakala sebanyak RM 1000 diperuntukkan untuk pelajar IPT.

Syarat-syarat kelayakan

Sekiranya pemohon menepati syarat-syarat seperti dibawah ini, maka anda layak untuk memohon. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Permohonan dibuat atas nama penjaga atau ibu/bapa
  3. Mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT samada dalam atau luar negara atau surat pengesahan sekolah
  4. Mestilah berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara Kategori (B40)
  5. Mendapatkan pengesahan dari majikan atau pengesahan slip gaji sebagai bukti pendapatan isi rumah

Kepada pelajar IPT permohonan ini boleh diisi sendiri, manakala untuk pelajar sekolah permohonan ini harus diisi oleh penjaga atau ibu/bapa seperti syarat yang dinyatakan diatas.

Untuk makluman, anda layak untuk membuat permohonan yang kedua dan seterusnya sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Juga, jika anda memiliki anak yang lebih dari seorang.

Namun demikian, permohonan ini bergantung kepada sebanyak mana dana ini terkumpul. Semakin banyak dana dapat dikumpulkan, semakin banyak keluarga yang akan menerima bantuan pendidikan dari Yapeim ini.

Bagaimana mahu memohon Yapeim?

Permohonan ini boleh dilakukan dengan dua kaedah:

  1. Permohonan secara dalam talian (online). Disini, kami sertakan pautan permohonan secara online https://www.yapiem.my/.  
  • Permohonan secara manual. Borang permohonan ini anda boleh dapatkan di semua cawangan Ar Rahnu Yapeim yang berdekatan anda (statik atau bergerak), Pejabat Yapeim negeri atau Ibu Pejabat Yapeim.

Senarai dokumen sokongan

Dibawah adalah beberapa dokumen yang perlu anda lampirkan sekali selain borang permohonan manual:

  1. Salinan kad pengenalan (1x)
  2. kad pengenalan suami, isteri dan anak (1x)
  3. Surat akuan sumpah penjagaan sekiranya anak yang ditanggung adalah bukan anak  kandung
  4. Salinan sijil nikah atau sijil cerai atau sijil kematian (1x)
  5. Salinan pengesahan pendapatan seisi rumah atau salinan penyata gaji suami dan isteri atau pencen (1x)
  6. Salinan pendaftaran sekolah atau salinan surat tawaran (1x)
  7. Salinan surat tawaran ke IPT dan juga kad matrik pelajar (1x)
  8. Salinan senarai yuran samada sekolah atau IPT (1x)
  9. Nombor akaun bank

Untuk maklumat, anda perlulah mendapatkan cop pengesahan daripada Pegawai Kumpulan A seperti: Pegawai kerajan/penghulu/ketua kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan kampung/nazir atau mana-mana pegawai yang mengesahkan salinan dokumen anda.

Penghantaran borang Yapeim

Anda bolehlah menghantar borang yang telah siap di isi dengan lengkap bersama dokumen sokongan dengan cara-cara yang dinyatakan ini:

  • Serahan tangan ke cawangan Ar Rahnu Yapeim yang berdekatan anda
  • Serahan tangan ke Ibu Pejabat Yapeim
  • Menggunakan perkhidmatan pos laju atau ekspres ke ibu pejabat Yapeim
  • Melalui emel [email protected]
  • Pejabat Yapeim negeri (Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah Yapeim, Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang. 53000 Kuala Lumpur)

Cara menyemak status keputusan

Anda boleh membuat semakan status permohonan dana ini dengan klik pada pautan ini: http://eamal.yapeim.my/semakan. Hanya dengan layari sahaja pautan ini, kemudian ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk anda membuat semakan.

Maklumat lanjut

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih terperinci lagi mengenai dana dan status keputusan permohonan ini anda bolehlah menghubungi nombor ini +603 2717 2717 atau terus emel ke [email protected]

Penutup

Sekian sahaja perkongsian berkaitan dana yang ditawarkan oleh Yapeim ini. Diharapkan ia dapat memberi sinar baru kepada golongan yang terjejas untuk mendapatkan bantuan melalui dana ini selain untuk meringankan bebanan dan sebagai penguat semangat kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi tanpa sebarang kerisauan. Semoga bermanfaat.

SUMBER:

https://semakanonline.com/dana-inspirasi-malaysia-yapeim/

https://ecentral.my/dana-inspirasi-malaysia/

https://www.mysumber.com/dana-inspirasi-malaysia.html

Summary
Bantuan Pendidikan Yapeim
Article Name
Bantuan Pendidikan Yapeim
Description
Anda pernah dengar tentang bantuan pendidikan Yapeim? Buat golongan yang terjejas, anda tidak perlu lagi susah hati Yapiem akan membantu mengurangkan bebanan anda. Jom mendaftar dengan Yapeim sekarang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: