YES

YES telah berkerjasama dengan pihak Shopee bagi menjayakan program Jaringan Prihatin yang menawarkan pemberian smartphone  dan data percuma kepada golongan kumpulan B40. Bukan setakat itu sahaja penerima turut akan diberikan akses bagi memperolehi pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL tanpa sebarang bayaran selama setahun. Free je peluang yang sangat baik bagi mereka yang berkelayakan.

Ini merupakan inisiatif yang dilakukan pihak kerajaan menerusi Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 bagi 8.4 Juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini adalah dibawah program perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih yang sememangnya disediakan untuk anda. Jika anda merupakan penerima BPR, anda boleh mengenalpasti 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini bagi membuat pendaftaran dan menerima bantuan Jaringan Prihatin.

Setiap usaha yang dijalankan pastinya memerlukan sokongan daripada kita semua bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Oleh itu bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan baik, kami akan membantu anda untuk anda tahu berkenaan tawaran yang disediakan.

Bukan itu sahaja anda juga akan diberitahu syarat kelayakan untuk memohon dan cara-cara untuk memohon bantuan ini. Sekiranya anda bukan dalam kategori yang layak jangan risau, khidmat anda tetap diperlukan dalam menyampaikan berita baik ini kepada sesiapa yang terdekat anda yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut sila baca artikel ini sehingga habis okay?

Tawaran YES yang anda perlu tahu!

YES memberi tawaran kemudahan kepada pemohon yang layak sahaja seperti berikut:

YES

Melalui Program Belajar Dari Rumah Keluarga

  • Telefon pintar percuma
  • Data 30GB Percuma setiap bulan
  • Baucar RM50 dari Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah hanya 12 Bulan

Belajar Dari Rumah Individu

  • Telefon pintar percuma bagi setiap individu
  • Data 15GB Percuma setiap bulan
  • Baucar RM50 dari Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah hanya 12 Bulan

Tawaran yang disediakan oleh YES adalah hanya untuk rakyat Malaysia dalam golongan kumpulan B40. Ini bermaksud jumlah pendapatan isi rumah anda semestinya berpendapatan di bawah RM4,850. Jangan mencuba untu menipu tahu kerana pihak YES akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda mereka terima. Tindakan ini bagi memastikan tiada kecuaian yang berlaku yang menyebabkan golongan yang layak tidak menerima bantuan

Cara Menuntut Smartphone Dan Data Percuma

Seandainya anda ingin menuntut Smartphone dan Data Percuma daripada YES, anda perlulah pergi ke laman web berikut:

  1. https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
  2. Kemudian anda perlu klik pada “TUNTUT SEKARANG”
  3. Anda hendaklah mengisikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda. Pastikan butiran yang anda masukkan tepat dan benar bagi mengelakkan masalah dalam proses semakan pihak YES.
  4. Selepas itu, anda hendaklah menunggu status permohonan anda. Sekiranya anda berjaya, anda akan menerima satu smart fon dan data percuma dari pihak YES

Sesungguhnya, mungkin sebahagian kita masih berpeluang untuk memiliki ruang dan peluang belajar dalam suasana yang kondusif. Ada yang mudah mendapatkan pelbagai peranti smartphone mahupun komputer riba walaupun pada usia muda. Dalam keadaan teknologi maju seperti sekarang ini sememangnya alatan berikut merupakan satu kemestian dalam kehidupan normal.

Namun tahukah anda masih terdapat bilangan kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran kerana masalah ketiadaan alatan belajar yang baru iaitu alat peranti gajet. Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang tua mereka juga belum tentu memiliki alat tersebut.

Usaha ini sedikit sebanyak mampu membantu mereka yang tidak berpeluang seperti kita. Oleh itu sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk menyalurkan bantuan kepada golongan seperti ini dengan menyebarkan berita baik ini. Selain itu juga, kita sudah tentu wajib melaksanakan tanggungjawab kita dengan tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Akhir kata diharap, inisiatif kerajaan bersama-sama YES ini bukan sahaja sampai kepada golongan yang layak malahan menjadi batu loncatan kepada anak-anak ini untuk menjadi pelajar cemerlang dan individu berguna pada negara di masa akan datang. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://www.yes.my/ms/kasiupB40/

https://www.portalmalaysia.com/yes-prihatin/

https://jawatanmalaysia.net/bantuan-jaringan-prihatin-yes/

Summary
Bantuan Khas YES Prihatin Bagi Golongan B40
Article Name
Bantuan Khas YES Prihatin Bagi Golongan B40
Description
YES telah berkerjasama dengan pihak Shopee bagi menjayakan program Jaringan Prihatin yang menawarkan pemberian smartphone dan data percuma kepada golongan kumpulan B40. Bukan setakat itu sahaja penerima turut akan diberikan akses bagi memperolehi pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL tanpa sebarang bayaran selama setahun. Free je peluang yang sangat baik bagi mereka yang berkelayakan
Tagged: