Now Reading
Bantuan Kewangan: Semakan Bantuan PKP 3.0 2021

Bantuan Kewangan: Semakan Bantuan PKP 3.0 2021

bantuan kewangan

Semakan Bantuan Kewangan PKP 3.0 tahun 2021 yang terbaru dan terkini dari kerajaan Malaysia, semak cara daftar dan mohon bantuan duit kewangan tunai one off untuk B40, M40, Bujang, PKS, SME, KWSP semasa total lockdown melalui pengumuman dan perutusan khas perdana menteri pada 28 Jun 2021.

Ingatkan apabila negara melaksanakan PKP 1.0 pada Mac 2020 dan PKP 2.0 Januari 2021, wabak COVID 19 dapat kembali reda.

Tetapi tidak juga dengan kemasukan varian baru dari India, Afrika memburukkan lagi keadaan serangan Covid-19 di Malaysia.

Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera bagi mengekang kes Covid daripada terus meningkat naik yang boleh menyebabkan sistem kesihatan di Malaysia menjadi lumpuh.

Dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini, kerajaan Malaysia mahupun kerajaan negeri perlu segera menyalurkan bantuan PKP 3.0 termasuk untuk rakyat di Sabah Sarawak Labuan Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur KL Perak Terengganu Kelantan Pahang Johor bantuan Selangor Kedah dan Perlis. Ini kerana ramai rakyat Malaysia susah dan bergelut dengan desakan ekonomi sekarang ini.

Bantuan PKP 3.0 Lockdown 2021 (Pemulih One Off)

Ini butiran lengkap untuk kemaskini senarai bantuan pkp 3.0 ketika negara masih total lockdown melalui perutusan pengumuman tambahan perdana menteri malaysia Tan Sri Muhyiddin Yaasin pada 28 Jun 2021. Semak jadual di bawah:

KATEGORIBUTIRANNYA
Bantuan Pesara kerajaanTIADA
Bantuan penjawat awamTIADA
Bantuan moratorium (penangguhan bayaran bayaran balik pinjaman bank)Permohonan lulus segera tanpa syarat selama 6 bulan
Program Subsidi Upah PSU 4.0RM600 sebulan untuk setiap pekerja selama 4 bulan
Bantuan one off untuk M40RM250 one off
Bantuan one off miskin tegarRM1300 one off
Bantuan one off untuk B40 (keluarga & isi rumah)RM800 one
Bantuan pelajar sekolah
Bantuan one off untuk bujangRM500 (bujang miskin tegar)
RM200 (bujang B40)
RM100 (bujang m40)
Bantuan untuk pelajar IPT / universiti awamTIADA
Bantuan pekerja dan kakitangan swastaTIADA
Bantuan syarikat PKS & usahawan SMEBantuan GKP Tambahan 4.0 RM500 (September) & RM500 (November 2021)
Bantuan OKURM500 sebulan selama 3 bulan
Bantuan diskaun bil elektrik tnbRebat antara 5 hingga 40 peratus
Bantuan i sinar 2.0 / i citra (pengeluaran kwsp semasa pkp 3.0)RM1000 sebulan (5 bulan maksimum)
Bantuan pengusaha kantin sekolahRM1000 one off
Bantuan untuk pengawal keselamatanTIADA
Bantuan peniaga dan penjaja kecil tepi jalanTIADA
Bantuan warga emas & orang tuaboleh rujuk bantuan one off di atas
Bantuan ibu tunggal & janda ada tanggunganboleh rujuk bantuan one off di atas
bantuan untuk penganggur dan tidak bekerja (berdasar data perkeso & kwsp)RM500 one off bulan oktober
Bantuan khas Tadika dan Taska KPWKMRM3000 one off
Bantuan pengusaha futsal, dewan sukanRM3000 one off

Di bawah ini dikongsikan senarai intipati pengumuman bantuan semasa pkp 3.0 dibawah program pemerkasa plus melalui perutusan perdana menteri termasuk kepada bujang, b40, peniaga, penjual gerai, pemandu teksi, bas, e-hailing.

  1. Bantuan Program Subsidi Upah Perkeso disambung semula selama tempoh 1 Bulan supaya majikan tidak terjejas dan pekerja tidak hilang kerja
  2. Bantuan moratorium selama 3 bulan untuk b40 yang hilang pendapatan ataupun anda boleh juga pilih pengurangan bayaran pinjaman bank sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan
  3. Bantuan BPR tambahan dari serendah RM100 hingga RM500 dari jumlah bayaran yang diumum sebelumnya. Anda boleh dapatkan tambahan bayaran ini pada bulan Jun dan September kelak.
  4. Bantuan kepada pemandu teksi, pemandu bas sekolah, rider e-hailing, pemandu kereta sewa secara one off Rm500 semasa pkp 3.0 ini
  5. Bantuan tambahan Geran Khas Prihatin GKP untuk usahawan dan peniaga kecil sudah daftar dengan ssm tetapi terjejas semasa pkp 3.0
  6. Yang tidak mampu sediakan makanan untuk keluarga boleh mohon bakul makanan jkm bernilai Rm100.

Cadangan Najib Razak

Ramai yang memberikan cadangan termasuk Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan Malaysia menyalurkan batuan segera kepada rakyat Malaysia yang sedang terhimpit sekarang semasa pkp 3.0. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan pkp 3.0 sekarang ini. Antara cadangan mereka ialah:

  • Permohonan moratorium dilulus secara automatik kepada semua peminjam selama tempoh 3 bulan tanpa sebarang faedah
  • Bantuan semasa pkp 3.0 sebanyak RM500 & RM1000 secara tunai kepada yang terjejas termasuk usahawan, penjaja peniaga gerai kecil
  • Bantuan Geran Perniagaan Kecil GKP sebanyak RM1,000 termasuk kepada pemandu teksi dan Grab yang terjejas sekarang ini
  • Bantuan i Sinar 2.0 dan i Lestari 2.0 pada kadar yang lebih kecil berbanding versi i Sinar 1.0 dan i Lestari 1.0 dahulu. Ini pun sudah cukup membantu ramai diluar sana

Sebenarnya kerajaan Malaysia boleh buat semua seperti di atas untuk diberikan kepada anda semua rakyat Malaysia berdasarkan pengalaman dan perkiraan Datuk Seri Najib Razak.

Walaubagaimanapun, semua cadangan ini hanya dapat dilakukan DENGAN SYARAT jika kerajaan Malaysia sekarang ada iltizam untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas terus sekarang ini tanpa perlu terlalu lama untuk bertindak.

Selain dari kerajaan Malaysia, ada beberapa kerajaan turut tidak mahu terlepas peluang memberikan bantuan.

Semak butiran dan cara memohon bantuan PKP 3.0 terkini dan terbaru semasa total lockdown MCO mengikut termasuk negeri Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL, Labuan, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak.

Bantuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan

Melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (MAIWP) telah mengumumkan banyak bantuan kewangan 500 untuk pkp 3.0 kali dengan jumlah wang tunai sebanyak kepada kategori yang ditetapkan seperti di bawah ini:

  • Bantuan kewangan Rm500 untuk pemandu teksi, kereta sewa, limosin
  • Bantuan Rm500 untuk pengawal keselamatan
  • Bantuan pkp Rm500 untuk peniaga pasar malam
  • Bantuan kewangan kecemasan Rm500 untuk b40 m40 yang hilang kerja & pendapatan
  • Bantuan tambahan RM300 secara one off untuk penerima Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan minyak petrol percuma untuk rider Foodpanda dan Grabfood rider di stesen Petronas yang terpilih
  • Bantuan komputer riba & laptop percuma untuk pelajar dari keluarga asnaf
  • Bantuan Rm500 untuk pekerja dan pengusaha kantin sekolah dan
  • Bantuan RM500 untuk pengusaha van dan bas sekolah
  • Bantuan Rm500 untuk pemandu teksi
  • Bantuan Rm500 untuk oku

Bantuan Kerajaan Melaka

  • Bantuan one off kerajaan negeri untuk golongan B40 sebanyak RM350 seorang untuk rakyat Melaka yang layak
  • Bantuan kit Makanan Nutrisi Sejahtera RM100 untuk b40 di Melaka
  • Bantuan penangguhan bayaran balik pinjaman wang pengajian tinggi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM
  • Bantuan Hari Raya Korban Aidiladha sebanyak RM200 (ketua asnaf yang layak Majlis Agama Islam Melaka)
  • Diskaun bil air Melaka sebanyak pengurangan 10 peratus

Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan

  • Dibuka sekarang borang Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus yang merupakan pinjaman mudah tanpa faedah disediakan sehingga RM15,000
  • Bantuan one off Rm100 kepada rakyat Negeri Sembilan NS yang terdiri B40 dan M40 yang terjas semasa PKp dan lockdown 3.0 kali ini

Bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2021

  • Pusat zakat Pulau Pinang Penang, akan berikan bantuan makanan bernilai RM150 kepada penduduk rakyat pulau pianng penang yang memerlukan sepanjang tempoh lockdown. Hubungi Pusat Zakat ZPP sekarang. Dalam tempoh 24 jam akan terima bantuan

Bantuan PKP 3.0 Kelantan

  • Melalui MAIK kelantan, diagihkan Bantuan kepada orang miskin di Kelantan, bantuan orang Asli Kelantan

Semakan Bantuan PKP 3.0 Terengganu

  • Bantuan air percuma di terengganu selama tempoh 3 bulan semasa tempoh lockdown Jun 2021 ini
  • Bantuan peniaga kecil, tukang rumah, penjaja kecil, peniaga pasar malam dan pasar tani terengganu, anda mohon melalui JPKK

Pakej Bantuan PKP 3.0 Sabah

Bantuan Kewangan PKP 3.0 Sarawak

Kerajaan negeri Sarawak baru sahaja melancarkan bantuan Khas Sarawak ku Sayang bernilai RM1.4 bilion

See Also
rfid malaysia

  • Bantuan Ketua isi rumah dapat RM250 sebulan
  • Bantuan Bujang dalam RM600 one off
  • Bantuan Diskaun bil air
  • Bantuan diskaun bil elektrik
  • Dan banyak lagi

Sumber: BKKS 7.0 Semakan Bantuan Sarawak Ku Sayang Tahun 2021

Bantuan Lockdown Perlis 2021

  • Kepada rakyat Perlis yang memerlukan bantuan pkp, boleh terus minta bantuan keperluan asas harian bernilai sebanyak RM50 di pusat wakil rakyat DUN masing-masing

Bantuan Lockdown Kedah 2021

  • Bantuan moritorium sebulan kepada penyewa premis kerajaan negeri Kedah

Bantuan Kerajaan Perak

  • Kerajaan negeri Perak baru sahaja hari ini bersetuju untuk menyalurkan beberapa semakan bantuan tambahan kepada penduduk di negeri Perak semasa perintah kawalan pergerakan terutamanya peniaga- kecil, penjaja tepi jalan, peniaga pasar malam
  • Nantikan kemaskini dari kami

Bantuan Prihatin Pahang BPP

  • TERKINI, Bantuan Prihatin Pahang BPP berupa wang tunai kepada frontliner, penjaja, pemandu teksi, mangsa covid, yang kena kuarantin, golongan b40, miskin tegar, orang kurang upaya OKU dan juga warga emas / orang tua serta gelandangan di negeri Pahang

Semoga anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda terkesan dengan pandemik ini. Harap artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber:

1) https://mypt3.com/bantuan-pkp

2) https://mypt3.com/bsh

3) https://therohani.com/bpn-2-bujang/

error: Content is protected !!