JKM

JKM ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan sejak tahun 1946. Pada asalnya ia merupakan badan yang menangani pelbagai masalah yang timbul akibat perang dunia kedua, namun jabatan ini kian berkembang dengan menyediakan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Kini sudah hampir 73 tahun jabatan ini berkhidmat dalam membantu negara membangunkan masyarakat.

Kini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kerajaan telah melancarkan satu skim melalui mekanisme yang telah ditetapkan untuk membantu golongan yang mengalami masalah kewangan. Hal ini demikian kerana, kesedaran tentang kesusahan yang dialami sebahagian pihak dalam meneruskan kehidupan terutamanya di musim pandemik ini.

Skim yang disediakan pastinya bertujuan untuk menyediakan ruang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan dan meringankan tanggungan beban yang dialami. Buat masa ini sahaja 500 ribu penerima telah dikenalpasti menerima manfaat bantuan ini. Permohonan yang disediakan adalah bantuan oku malaysia, bantuan elaun warga emas, ibu tunggal, anak luar nikah, bantuan kanak kanak dan keluarga miskin.

Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin sedang mengusahakan untuk menaikkan kadar bantuan kepada RM1000. Untuk pengetahuan lanjut sila baca sampai habis.

Cara Permohonan Online

Untuk memohon permohonan online pertama sekali anda perlu layari: http://jkm.gov.my

Ingat! selepas sahaja siap pendaftaran secara online dalam tempoh 14 hari anda juga perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran anda bagi tindakan susulan permohonan anda beserta dokumen yang diperlukan. Sekiranya anda gagal hadir dalam tempoh tersebut permohonan akan dibatalkan.

Untuk lebih senang anda boleh sahaja terus hantar borang permohonan bantuan kebajikan ke pejabat, samada anda layak atau tidak semuanya boleh tahu di sana.

Semakan Bantuan JKM 2021

Senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

Bantuan kewangan orang tua – RM350 sebulan
Bantuan kewangan Elaun Pekerja Cacat OKU – RM450 sebulan
Bantuan OKU yang tidak boleh kerja lagi – RM300 sebulan

Bantuan kanak kanak dan keluarga miskin 2021 

(i) RM150 sebulan untuk setiap seorang yang umur antara 7 hingga 18 tahun

(ii)RM200 sebulan untuk yang berumur 6 tahun dan ke bawah

(iii) Untuk setiap keluarga boleh claim & tuntut duit bantuan ini hanya RM1,000 untuk setiap keluarga

Elaun Bantuan Kewangan Jaga Orang OKU  – RM500 sebulan
Bantuan kewangan elaun jaga warga emas –  RM500 sebulan
Elaun Bantuan Jaga Pesakit Kronik  –  RM500 sebulan
Bantuan AM Kebajikan Masyarakat –  RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
Bantuan kewangan jaga anak angkat @ pelihara anak yatim atau yatim piatu  – RM200 sebulan hingga maksimum RM500 sebulan
Bantuan kewangan elaun sambung belajar kemahiran  – RM200 sebulan

Semua bantuan di atas boleh dipohon di pejabat cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di setiap negeri di Malaysia

Semakan Untuk Bantuan kanak-kanak dan keluarga 2021

Dokumen yang perlu anda sediakan bagi memohon permohonan bantuan kanak kanak serta keluarga 2021 dengan jumlah maksimum sebanyak rm1000 sebulan adalah seperti berikut:

  • salinan kad pengenalan atau mykad anda sebagai pemohon
  • salinan kad pengenalan atau mykad ahli keluarga yang tinggal serumah dengan anda
  • salinan bil utiliti termasuklah bil elektrik tnb ataupun bil air juga bil astro sekiranya ada
  • salinan penyata gaji dan pendapatan bulanan anda surat akuan yang telah disahkan perlu disediakan jika anda bekerja sendiri
  • salinan kad oku juga diperlukan sekiranya anda merupakan pemohon untuk bantuan oku
  • salinan laporan perubatan diperlukan bagi pemohon oku yang tidak dapat bekerja

Semakan bantuan bkk keluarga rm1000 sebulan 2021

Sekiranya anda ingin hantar semakan status borang permohonan ebantuan jkm warga emas, oku, ibu tunggal, bantuan kanak kanak dan keluarga anda boleh gunakan pautan memohon melalui link yang akan disediakan dibawah. Turut di ingatkan selepas membuat permohonan iaitu secara online anda kemudian perlu pergi ke mana-mana pejabat cawangan yang berdekatan dengan anda dalam tempoh 14 hari.

Permohonan bantuan Ibu Tunggal

(i) Login Portal ebantuan JKM Ibu Tunggal

  • Anda perlu layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Kemudian klik pada pilihan butang  ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang dipaparkan. Anda perlu mengisi butiran di tempat kosong.
  • Terdapat dua bahagian yang disediakan untuk anda penuhkan iaitu A dan B
  • Setelah selesai memenuhkan butiran pada kedua-dua bahagian berikut sila klik pada pilihan butang ‘Keputusan’ dan selesai.

Semakan ebantuan JKM 2021 semakan

(ii) Semak Borang Bantuan Kebajikan Masyarakat secara manual

(iii) Borang Kemaskini Maklumat JKM

jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/JKM20_2016.pdf

(iv) Cara Check dan Semak Status Bantuan JKM 2021

Semakan kelulusan bantuan OKU boleh dibuat pada ebantuanjkm.jkm.gov.my

Tarikh Pembayaran Bantuan JKM 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Januari 2021             10 Januari 2021 & 11 Januari 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Februari 2021           9 Februari 2021 & 10 Februari 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Mac 2021    9 Mac 2021 & 10 Mac 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan April 2021   11 April 2021 & 12 April 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Mei 2021     9 Mei 2021 & 10 Mei 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Jun 2021      9 Jun 2021 & 10 Jun 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Julai 2021    11 Julai 2021 & 12 Julai 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Ogos 2021   8 Ogos 2021 & 9 Ogos 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan September 2021      8 September 2021 & 9 November 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Oktober 2021           10 Oktober 2021 & 11 Oktober 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan November 2021       9 November 2021 & 10 November 2021

Bayaran Bulanan JKM bulan Disember 2021         8 Disember 2021 & 9 Disember 2021

Semoga usaha kerajaan ini dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan. Anda juga boleh menyampaikan berita baik ini kepada teman terdekat anda yang berkelayakan untuk memohon. Kemungkinan mereka tidak tahu tentang maklumat ini jasa anda menyampaikan maklumat ini sangat besar. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=THRLQlRSem13c1I1cEcvaGRoT2R1dz09

https://mypt3.com/bantuan-jkm-duit-masuk

Summary
Bantuan Kerajaan Melalui JKM!
Article Name
Bantuan Kerajaan Melalui JKM!
Description
JKM ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan sejak tahun 1946. JKM pada asalnya merupakan badan yang menangani pelbagai masalah yang timbul akibat perang dunia kedua, namun jabatan ini kian berkembang dengan menyediakan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: