batal busuk

Pengenalan Bantal Busuk

Bantal busuk kebiasaannya wujud sejak seseorang itu kecil lagi dan ianya akan kekal setia yang boleh mencecah sehingga berpuluh tahun lamanya. Bantal busuk ini biasanya dijadikan sebagai bantal peluk sewaktu tidur.

Tabiat Simpan Bantal Busuk Bawa Padah 

  1. Mencetuskan alahan

Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan yang berdebu dan berhabuk, tak kurang jugaklah pada kelengkapan tidur yang tidak dicuci atau dibersihkan dengan baik. 

  1. Menyebabkan gangguan tidur

Keselesaan tidur ini boleh diganggu sekiranya seseorang tersebut tiada bantal busuk untuk menemani mereka tetapi kalau bantal busuk ini disimpan ianya juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tidur. Sebabnya kulat yang banyak berada pada bantal busuk boleh sebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif.

  1. Menyebabkan penyakit akut

Terdapat sejenis kulat pada bantal busuk iaitu Aspergillus fumigatus dan ianya boleh menyebabkan kondisi aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena kepada individu yang menderita penyakit leukemia dan HIV/AIDS. 

  1. Mengakibatkan jangkitan

Terdapat satu lagi jenis jangkitan bakteria yang diberi nama Staphylococcus aureus. Dan jangkitan bakteria Staph ni mungkin agak jarang berlaku tapi yang pasti ianya turut boleh membawa maut. 

  1. Menimbulkan isu kulit

Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik pasti mempunyai tinggalan habuk atau debu. Dan keadaan berkenaan boleh memudaratkan keadaan kulit badan anda sehingga menimbulkan masalah jerawat dan juga jeragat. 

  1. Padah Kepada Kanak-Kanak

Tabiat tidur dengan banyak bantal sangat berbahaya kepada kanak-kanak kecil terutamanya bayi. Mereka berisiko untuk mendapat Sudden Infant Death Syndrome yang boleh membawa kepada kematian. Kejadian berkenaan berlaku apabila bayi tersebut bahagian muka tertindih atau pun terhempap dengan bantal. Keadaan berkenaan menyebabkan mereka sukar bernafas atau pun menangis meminta tolong. 

Oleh itu, ianya amat penting untuk menjaga kebersihan bantal anda untuk mengelakkan kesihatan anda daripada terancam.

Anda juga boleh tonton video dibawah ini untuk ketahui lebih

Summary
Description
Bantal busuk kebiasaannya wujud sejak seseorang itu kecil lagi dan ianya akan kekal setia yang boleh mencecah sehingga berpuluh tahun lamanya. Bantal busuk ini biasanya dijadikan sebagai bantal peluk sewaktu tidur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: