Bahayanya selimut bayi kepada anak anda
Sebagai ibu bapa, kehadiran bayi dalam keluarga pastinya satu berita yang menggembirakan. Pasti banyak yang dilakukan untuk memastikan bayi sentiasa gembira, cukup makan serta selamat dalam penjagaan sendiri.

Sebagai ibu bapa, kehadiran bayi dalam keluarga pastinya satu berita yang menggembirakan. Pasti banyak yang dilakukan untuk memastikan bayi sentiasa gembira, cukup makan serta selamat dalam penjagaan sendiri.

Namun, kadangkala ada perkara yang kita terlepas pandang hingga boleh menyebabkan kecelakaan mahupun kematian. Antaranya termasuklah penggunaan selimut bayi di dalam tempat tidur bayi.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes kematian bayi yang berlaku disebabkan lemas kerana tertutup dengan selimut? Jika anda kurang sedar akan hal ini, jom kita baca lebih lanjut tentang bagaimana selimut boleh membahayakan bayi anda.

Bahayanya selimut bayi

Biasanya, kelahiran individu baru dalam keluarga pastinya membuatkan ibu bapa berasa teruja dan mula membeli barangan keperluan sebaik yang boleh. Antaranya termasuklah selimut yang kadangkala disulam dengan nama bayi, selimut yang diperbuat dengan bahan dan corak yang ekslusif mahupun selimut buatan sendiri sebagai hadiah kelahirannya.

Namun, dengan semua jenis selimut bayi, ia ternyata membahayakan kerana bayi ketika usia ini masih mempunyai pergerakan yang terbatas serta tidak mengawal cara mereka tidur.

Jadi, walaupun anda melihat mereka begitu suka bermain dengan selimut, namun jika bayi tidak diawasi dengan tetap, mereka boleh sahaja terbelit atau lemas dengan selimut itu sendiri.

Kadangkala, kita mungkin terlepas pandang akan bahayanya selimut kerana ia dilihat sangat lembut dan menyelesakan, tapi kadangkala objek sebeginilah yang perlu dititik beratkan kerana ia lebih suka dimasukkan dalam mulut atau terperangkap di dalamnya.

Jika bayi segera menangis selepas terperangkap dalam selimut, anda mungkin boleh menyelamatkannya dengan cepat. Namun, jika sebaliknya berlaku, bayi mungkin mengalami kesesakan nafas dan menyebabkan sindrom kematian bayi secara mengejut atau SIDS.

Barangan lain yang perlu dielakkan di tempat tidur bayi

Selain penggunaan selimut, jika boleh, elakkan barangan seperti:

  • Bantal kecil
  • Mainan kecil
  • Buku cerita
  • Objek-objek lain yang boleh dimasukkan dalam mulut

Bilakah bayi anda dibolehkan untuk tidur dengan selimut?

Akademi Pediatrik Amerika (AAP) mengesyorkan ibu bapa untuk membiarkan tempat tidur bayi kosong daripada sebarang objek sekurang-kurangnya bagi tempoh 12 bulan pertama.

Apabila bayi anda sudah cukup tua, beberapa faktor yang perlu dititik beratkan sebelum meletakkan selimut di tempat tidur mereka termasuklah:

  • Saiz selimut (saiz besar lebih berisiko menyebabkan bayi tercekik atau lemas)
  • Fabrik selimut (jenis kain seperti ‘muslin’ yang membolehkan pengaliran udara adalah lebih baik jika dibandingkan dengan selimut jenis kapas yang berat).
  • Hiasan pada selimut seperti benang atau riben (bayi suka bermain dengan hiasan sebegini serta memasukannya ke dalam mulut yang boleh menyebabkannya tercekik).

Petua tempat tidur bayi yang selamat

Selain memastikan tempat tidur bayi bebas daripada apa-apa objek, terdapat juga perkara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan persekitaran tidur yang selamat bagi bayi anda seperti:

  • Dengan atau tanpa selimut, ianya tidak selamat untuk membiarkan bayi anda tidur di bangku atau sofa. Ini adalah sangat penting terutama jika bayi anda tidak diawasi oleh anda atau orang lain sepanjang ia tidur. Kemalangan mungkin berlaku tanpa anda sedari kerana bayi mungkin terjatuh walaupun sudah terdapat penghadang.
  • Kurangkan objek atau hiasan di sekitar tempat tidur bayi. Walaupun mereka kelihatan cantik dan sesuai untuk perkembangan bayi, namun ada yang mungkin membahayakan keselamatan bayi pada suatu ketika.
  • Pastikan bayi tidur dalam suasana serta suhu yang sesuai agar ia tidak memerlukan selimut atau pelindung lain untuk mengekalkan suhu badannya.
  • Jangan kongsi katil anda bersama bayi terutama jika anda atau pasangan merokok. Ada individu yang merokok di dalam rumah atau bilik dan asap rokok tersebut boleh membayakan bayi dengan keadaan paru-paru mereka yang masih berkembang.

JADI,

Walaupun anda menitik beratkan keselamatan bayi, namun kadangkala ada perkara yang kita terlepas pandang kerana dilihat tidak membahayakan. Justeru itu, sebelum membeli barangan bayi, pastikan anda membuat pembacaan mengenainya terlebih dahulu dan ketahui risiko-risiko yang boleh berlaku dalam penjagaan bayi.

Keselamatan bayi anda adalah tanggungjawab anda dan seharusnya diberi perhatian. Walaupun anda teruja akan kehadiran individu baru dalam keluarga, namun pastikan kesejahteraan mereka terjaga sepanjang masa.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/baby/when-can-baby-sleep-with-blanket#tips

https://www.nih.gov/news-events/nih-research-matters/unsafe-infant-bedding-use-still-common

https://my.theasianparent.com/bayi-meninggal-lemas-dalam-selimut

Summary
Bahayanya selimut bayi kepada anak anda
Article Name
Bahayanya selimut bayi kepada anak anda
Description
Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes kematian bayi yang berlaku disebabkan lemas kerana tertutup dengan selimut bayi? Jom baca lebih lanjut tentangnya dalam artikel ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: