Bahaya Jangkitan Cacing Parasit
Parasit adalah organisme yang tinggal dalam dan menjejaskan tubuh badan perumah bernyawa.

Apakah itu cacing parasit?

Parasit adalah organisme yang tinggal dalam dan mendatangkan bahaya pada tubuh badan perumah bernyawa. Terdapat pelbagai jenis cacing parasit yang boleh tinggal dalam badan manusia. Antaranya adalah, cacing pipih (flatworm), cacing berkepala duri (thorny-headed worm), dan cacing gelang.

Risiko jangkitan cancing parasit adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar dan yang seang membangun. Malah, ia lebih teruk di tempat-tempat yang mempunyai bekalan air dan makanan yang tercemar serta kurang bersih.

Apakah penyebab jangkitan cacing parasit?

Apabila berbicara mengenai jangkitan parasit, cacing pipih dan cacing gelang adalah punca utamanya. Dua jenis cacing parasite ini boleh dijumpai dalam pelbagai habitat hidup. Namun ia jarang dapat dilihat oleh mata kasar.

Cacing pita

Cacing pita (tapeworm) adalah sejenis cacing pipih. Anda boleh mendapatnya dengan meminum air yang dijangkiti telur atau larva cacing pita. Daging yang mentah atau tidak dimasak juga merupakan cara lain bagi cacing pita untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia/

Cacing pita memasukkan kepalanya ke dalam dinding usus dan tinggal di situ. Dari situ, sesetengah jenis cacing pita menghasilkan telur dan kemudiannya matang menjadi larva yang berpindah ke bahagian lain badan. Cacing pita mempunyai badan yang panjang dan berbentuk seperti reben putih. Ia boleh membesar sehingga 80 kaki dan tinggal dalam manusia selama 30 tahun.

Fluke

Fluke adalah sejenis cacing pipih. Manusia jarang mendapatnya berbanding haiwan. Tumbuh-tumbuhan yang hidup di paya tawar adalah sumber utama fluke dalam manusia. Anda juga boleh mendapatkannya apabila meminum air yang tercemar.

Ia bersarang dalam usus, darah atau tisu anda. Terdapat pelbagai jenis fluke. Saiznya hanyalah beberapa inci.

Cacing cangkuk

Cacing cangkuk (hookworm) merebak melalui najis dan tanah tercemar. Kedua-dua medium ini adalah kaedah umum untuk dijangkiti jenis cacing gelang ini, sekiranya anda tidak memakai kasut sewaktu berjalan di atas tanah yang tercemar dengan larva cacing kerawit. Ia boleh masuk ke dalam kulit anda.

Cacing cangkuk tinggal dalam usus kecil di mana ia melekat pada dinding usus menggunakan ‘cangkuknya’.

Cacing benang

Cacing benang adalah kecil dan tidak begitu bahaya. Ia cenderung didapati pada kanak-kanak. Jenis cacing gelang ini apabila telah matang, tinggal dalam kolon dan rektum. Cacing benang betina bertelur di sekeliling dubur ada waktu malam.

Telurnya boleh hidup di atas katil, pakaian, dan bahan-bahan lain. Seseorang boleh dijangkitinya apabila mereka menyentuh telur dan meletakkannya ke dalam mulut. Telurnya adalah sangat kecil sehinggakan anda boleh menghidunya sekiranya ia berada di udara. Ia mudah disebarkan antara kanak-kanak dan penjaga atau institusi tertentu.

Walaupun cacing benang selalunya tidak berbahaya dan mudah dirawat, terdapat kes yang jarang berlaku melibatkan cacing ini hidup dalam usus. Satu kajian telah menjumpai bahawa cacing benang merupakan punca jarang bagi penyakit apendiks akut.

Cacing trikinosis

Cacing gelang trikinosis (trichinosis worm) disebarkan di antara hawan. Kaedah utama manusia mendapatkannya adalah dengan memakan daging yang tidak dimasak secara betul yang mengandungi larvanya. Larvanya menjadi matang dalam usus. Apabila ia berkembang biak, larva tersebut boleh mengembara di luar usus ke dalam otot dan tisu-tisu lain.

Apakah simptom jangkitan cacing parasit?

Ia mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi anda selalunya tidak akan tahu bila diri anda dijangkiti cacing parasite. Anda mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom atau simptomnya adalah sangat ringan.

Simptom-simptom jangkitan cacing parasit termasuklah:

  • Loya atau mual
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit
  • Kehilangan berat badan
  • Kelemahan umum

Sebagai tambahan, cacing pita boleh menyebabkan:

  • Benjolan
  • Reaksi alahan
  • Demam
  • Masalah neurologi seperti sawan

Jangkitan cacing fluke pula mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk menunjukkan simptomnya:

  • Demam
  • Keletihan

Simptom tambahan cacing cangkuk pula:

  • Ruam gatal
  • Anemia
  • Keletihan

Cacing trikinosis mengembara melalui pembuluh darah dan masuk ke dalam tisu atau otot lain dan menyebabkan:

  • Demam
  • Muka membengkak
  • Kesakitan otot
  • Sakit kepala
  • Peningkatan sensitivity terhadap cahaya
  • Konjunktivitis

Sekiranya anda mengesyaki diri anda atau anak anda mempunyai jangkitan cacing parasit, berjumpalah dengan doktor anda. Beliau akan memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu yang boleh membantu membasmi cacing parasit tersebut.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/worms-in-humans

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324042

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/tapeworms-vs-pinworms#1

https://en.wikipedia.org/wiki/Parasitic_worm

Summary
Bahaya Jangkitan Cacing Parasit
Article Name
Bahaya Jangkitan Cacing Parasit
Description
Jangkitan cacing parasit boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan perumah bernyawa. Terdapat pelbagai jenis cacing parasit yang boleh tinggal dalam badan manusia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: