cakaran kucing

Untuk individu atau sesiapa yang memiliki atau membela kucing pasti dah terbiasa sangat dengan cakaran si comel ini. Namun ramai yang tak tahu, cakaran dari binatang ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang di cakar. Kuku si kecil ni lagi tajam sebenarnya dari binatang lain seperti anjing. Dan ianya boleh sebabkan trauma. Makin besar ruang luka tu, makin tinggi risiko infeksi.

Cakaran kucing ni boleh mendatangkan penyakit yang dinamakan cat-scratch disease (CSD). Selain melalui luka oleh cakaran dari kucing, ia turut boleh dijangkiti jika kucing menjilat kawasan luka tersebut. 

Luka berkenaan akan bertukar:

  • kemerahan
  • membengkak
  • memberi kesakitan 

Antara simptomnya ialah demam, pening kepala, hilang selera makan dan juga keletihan. Walaupun jarang, namun ianya turut boleh menjejaskan otak, mata, jantung dan juga pelbagai organ dalaman yang lain. Terutamanya kepada kanak-kanak dan mereka yang mempunyai imunisasi yang rendah. 

Cara Untuk Rawat dan Cegah Jangkitan 

  1. Perkara yang paling utama adalah basuh tempat luka cakaran kucing tersebut dengan air dan juga sabun.
  2. Sekiranya anda mengalami pendarahan akibat luka tersebut, segera tekan kawasan luka tu dengan kain atau kapas yang bersih.
  3. Kalau darah tak berhenti, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan pergi klinik atau hospital yang berdekatan secepat mungkin. 

Sumber:

https://www.cdc.gov/healthypets/diseases/cat-scratch.html

Summary
Bahaya Cakaran Si Comel! Pemilik Boleh Dapat Jangkitan Cakaran Kucing
Article Name
Bahaya Cakaran Si Comel! Pemilik Boleh Dapat Jangkitan Cakaran Kucing
Description
Untuk individu atau sesiapa yang memiliki atau membela kucing pasti dah terbiasa sangat dengan cakaran si comel ini. Namun ramai yang tak tahu, cakaran dari binatang ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang di cakar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: