kelakuan coronavirus dalam tubuh
Sekiranya anda salah satu daripada individu yang sudah menjangkiti, apakah kelakuan Coronavirus dalam tubuh anda?

Sekiranya anda salah satu daripada individu yang sudah menjangkiti, apakah kelakuan Coronavirus dalam tubuh anda?

Memandangkan ilmu pengetahuan tentang wabak ini adalah terhad, menurut Ketua Jabatan Biologi di Universiti-Texarkana Texas A&M iaitu Ben Neuman, beliau telah meringkaskan proses kompleks bagaimana tubuh seseorang cuba melawan virus ini dan apa yang berlaku seterusnya. Dengan kepakarannya mengkaji coronavirus ini selama 24 tahun, anda pastinya tidak mahu terlepas untuk mendapatkan maklumat ini.

Jom baca dengan lebih lanjut seperti di bawah.

Tahukah anda, badan anda sentiasa terancam dengan penceroboh?

Setiap sel sentiasa perlu melaporkan fungsinya kepada sistem imun tubuh. Menurut Neuman, terdapat molekul khas yang seperti mengambil sedikit sampel daripada apa sahaja yang kita lakukan dan menahannya sebentar. Kemudian, ia akan bertanyakan pendapat sistem lain tentang maklumat yang diperoleh.

Apabila badan anda mengesan penceroboh seperti coronavirus, ia akan mengambil tindakan.

Biasanya apabila badan anda mengesan penceroboh, ia akan mula mengaktifkan tindak balas imun secara semula jadi untuk melawan virus secara am. Ini berterusan sehingga ia dapat memberikan tindak balas imun yang lebih bijak, lebih spesifik ke dalam tindakan yang dibuat. Barisan kedua pertahanan ini memulakan pengeluaran menyeluruh yang meliputi penghasilan sel T pembunuh.

Sistem pertahanan ini berfungsi dengan memasuki dan menebuk pada mana-mana sel yang telah dijangkiti virus bagi membuatkan ia menjadi lemah. Menurut Neuman lagi, sistem ini akan mengenali, mengesan, dan memusnahkan sel-sel yang berbahaya. Bagi mereka yang terselamat dariapda jangkitan coronavirus dan hidup dengan baik selepas itu, anda boleh mengetahui bahawa mereka mempunyai tindak balas sel T yang benar-benar baik jika anda memeriksa darah mereka selepas itu. Keadaa ini juga sama seperti apa yang mereka telah dapati dengan pesakit SARS. Sebaliknya, hal yang berlawanan berlaku bagi mereka yang tidak sembuh daripada jangkitan ini memandangkan tubuh mereka tidak mempunyai respon sel T pembunuh yang baik.

Namun, coronavirus sukar untuk dikesan kerana ia akan bersembunyi.

Seperti virus lain, penyakit coronavirus baru ini yang menyebabkan COVID-19 adalah penceroboh dan narsisistik – ia mahu membuat salinan replikasi sendiri sebanyak mungkin. Ia tidak berniat untuk membunuh orang, walaupun kadangkala ia akhirnya berbuat demikian. Virus ini biasanya mahu mengekalkan dirinya, jadi ia melekat pada sel anda, menyuntikkan RNAnya di situ dan memprogram semula sel untuk menjadi seperti dirinya. Ia kemudian membiak sekali lagi dalam bentuk virus.

Badan anda mempunyai sistem yang dipanggil laluan interferon, yang mana diterangkan sebagai “jeritan untuk meminta bantuan daripada sistem imun kepada sel ataupun yang dihantar oleh sel ke sistem imun. Secara amnya, Neuman mengatakan bahawa ia adalah molekul komunikasi. Coronavirus berusaha keras untuk melintar pintas laluan tersebut dengan cuba mendiamkan ia dengan segala cara. Ini dilakukan agar ia, sebagai virus boleh tumbuh dengan tenang. Jika anda berjaya mendapatkan signal dalam masa yang singkat, anda boleh menghalang coronavirus dan membuat tindak balas imun yang sangat baik. Namun, jika sebaliknya berlaku, anda telah kalah kepada coronavirus.

Coronavirus boleh hidup di pelbagai bahagian badan.

Coronavirus dan virus selesema biasanya suka memasuki permukaan paru-paru-bahagian di mana udara menyentuh sel-sel dan kemudian kembali ke tempat asal supaya dapat menjangkiti orang lain. Ini adalah satu kepakaran virus walaupun mereka tidak mempunyai otak ataupun tidak sempurna. Sekali-sekala, salah seorang daripada sel virus ini akan berada dalam jalan yang salah dan seterusnya berakhir di aliran darah.

Biasanya, sistem imun kita akan menunggu di aliran darah bagi menghancurkan virus-virus ini menjadi kotoran supaya mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Jika tidak, virus itu boleh berada di dalam aliran darah dan mencipta semua jenis malapetaka lain. Seterusnya, virus tumbuh dengan baik di dalam hati, tetapi ia tidak sepatutnya sampai ke situ kerana hati anda tidak disambungkan ke paru-paru. Perkara yang sama juga diaplikasi bagi limpa dan usus. Anda mungkin akan melihat sesuatu seperti 5% individu yang mengalami cirit-birit akibat SARS, dan dalam kes-kes yang serius, ia mungkin boleh sampai ke sistem otak anda. Ini adalah sangat berbahaya memandangkan sistem inilah yang mengawal pernafasan dan degupan jantung. Malah, terdapat beberapa bukti dari wabak SARS yang lama bahawa virus boleh sampai di sana, tetapi hanya selepas segala-galanya telah rosak.

Sekiranya sistem imun anda mengalami kompromi, badan anda dapat menangani virus ini dengan baik.

Secara idealnya, badan anda haruslah menghasilkan tindak balas imun yang seimbang kepada penceroboh. Tetapi, jika sistem imun anda terkompromi disebabkan faktor yang berkemungkinan seperti mendapatkan rawatan kanser, mempunyai pemindahan organ, HIV positif, atau sememangnya mempunyai sistem kekebalan yang ditindas – ini bermakna tindak balas seimbang mungkin tidak akan berlaku. Malangnya, pilihan terbaik yang ada adalah dengan mengambil langkah-langkah untuk tidak mencegah virus itu.

Virus ini masih boleh mengambil kesempatan walaupun anda tidak mengalami sistem imun yang terkompromi.

Simptom pernafasan disebabkan penyakit ini, terutamanya dalam kes-kes yang serius, berlaku akibat tubuh anda cuba melindungi dirinya sendiri. Apabila virus menjangkiti bahagian tengah hingga ke bahagian bawah paru-paru yang digemari oleh coronavirus ini, badan anda akan menghantar sel untuk menghentikannya. Secara amnya, beberapa sel akan memasuki paru-paru dan menghancurkan lokasi virus itu tetapi pada masa yang sama membunuh tisu yang sihat. Sekiranya tiada sel hidup di situ, maka virus itu tidak dapat masuk ke dalamnya dan tidak dapat berbuat apa-apa kepada anda. Ini menggunakan teknik dasar hangus-bumi atau scorched-earth policy.

Kapasiti paru-paru anda semakin mengecil dalam kes-kes yang teruk.

Walaupun dasar ini dilihat melindungi anda daripada serangan yang lebih maju, ia juga dapat mengurangkan kapasiti paru-paru anda. Badan anda cuba untuk mengembalikan kapasiti itu, tetapi ia biasanya bukanlah satu proses yang menyenangkan. Dalam proses ini, terdapat risiko bahawa kawasan di mana aliran udara sepatutnya berada di dalam alveoli (kantung udara daam paru-paru anda) menjadi penuh. Namun akhirnya, semuanya akan hilang dan anda akan dapat bernafas semula.

Walaupun proses ini boleh berjaya, tetapi ia mengambil masa selama beberapa bulan. Dan, anda masih perlu bernafas dalam ketika itu. Jadi, kebanyakan individu yang mempunyai kes yang serius memerlukan sokongan tambahan dengan mendapatkan oksigen tambahan ke paru-paru. Terdapat juga mereka yang mengalami imunisasi terkompromi dan berada dalam keadaan yang teruk disebabkan SARS dan MERS berjaya kekal hidup selama berbulan-bulan. Tetapi, sekali lagi, rawatan ini memerlukan banyak sumber dari hospital.

Memastikan sistem imun anda berjalan dengan lancar adalah penting.

Idea bahawa anda boleh “meningkatkan” sistem kekebalan tubuh adalah satu idea yang salah, kerana terlalu sistem imun yang terlalu bertenaga boleh menyebabkan tubuh menyerang dirinya sendiri. Inilah yang berlaku kepada penyakit autoimun di mana anda seperti tidak mempunyai kawalan ke atas sistem imun sendiri menyebabkan ia menjadi rosak.

Namun, anda sekurang-kurangnya boleh memastikan bahawa sistem imun anda berjalan secara optimum dengan memberinya waktu untuk memperbaiki diri dan berehat. Inilah yang biasanya dilakukan di hospital di mana pakar perubatan di sana akan memberikan anda rehat serta cecair untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Kemudian, ia hanya memerlukan masa sebelum virus itu keluar sendiri.

Jadi, adakah membasuh tangan dapat membantu anda mengelak daripada dijangkiti coronavirus ini? Ketahuilah bahawa penggunaan sabun adalah sangat baik dalam menyahaktifkan virus. Malah, pembersih tangan atau hand sanitizer dengan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 60% juga boleh membantu, tetapi tidak secara terus. Alkohol membunuh sedikit salutan virus, tetapi ia hanya dapat membunuhnya apabila alkohol menyejat dan membuat lubang pada virus tersebut. Disebabkan itulah, anda perlu membiarkan hand sanitizer kering dengan sendirinya dan elakkan mengelap lebihannya sebelum ia kering.

SUMBER

https://www.bbc.com/news/health-51214864

https://www.nationalgeographic.com/science/2020/02/here-is-what-coronavirus-does-to-the-body/

https://www.webmd.com/lung/coronavirus-covid-19-affects-body

Tagged: