rumi ke jawi

Menukar tulisan rumi ke jawi telah menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat di Malaysia. Malahan kita juga boleh lihat kegunaan tulisan jawi  dalam papan tanda perniagaan serata negeri terutamanya Kedah. Kerajaan juga telah mewartakan kegunaan tulisan jawi dalam undang-undang negeri Kedah. Bukan itu sahaja kerajaan negeri turut menerima permintaan yang sangat tinggi untuk menyediakan sebarang pengiklanan di dalam tulisan jawi.

Di samping itu juga Pada 1 Ogos 2019, atas titah cadangan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Kota Kuantan telah menetapkan kewajiban penggunaan tulisan Jawi disamping tulisan lain seperti Rumi dan Cina. Perlaksanaan ini kemudiannya diluaskan ke seluruh negeri Pahang bermula pada 1 Januari 2020 secara berperingkat.

rumi ke jawi

Alang-alang berbicara berkenaan tulisan jawi ayuh kita imbau sejarah tulisan jawi ini. Ramai antara kita yang tidak begitu tahu latar belakang tulisan jawi bukan? Untuk pengetahuan anda tulisan jawi ini telah pun wujud di Kepulauan Melayu sejak tahun 1300M. Wah dah lamakan? Patutla kita tidak asing dengan tulisan jawi ini.

Perkembangan tulisan jawi sering dikaitkan dengan sejarah ketibaan Islam yang dibawakan oleh orang Parsi. Walaubagaimapun abjad arab asal telah di ubah suaikan mengikut kesesuaian lisan Bahasa Melayu klasik. Tulisan Jawi ditulis dari sebelah kanan ke kiri, dengan tambahan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ﭺ, ڨ, ڬ, ڠ, ۏ dan ڽ.

Menurut pandangan ilmuwan asal perkataan “Jawi” berasal daripada perkataan Jawa. Namun, walaupun tulisan ini pernah digunakan ditanah Jawa ianya tidak banyak ditemui untuk dijadikan bukti. Oleh itu ramai bersepakat perkataan Jawi hanya merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa. Nama Jawi itu juga mungkin datang daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu bagi kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan para saudagar dan mubaligh Arab.

Penyebarluasan Dan Penggunaan Tulisan Jawi

Kepesatan penyebaran Islam adalah seiring dengan perkembangan tulisan Jawi yang pesat. Orang Melayu sehingga kini masih memandang tinggi tulisan Jawi dan sering mengaitkan tulisan jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab suci al-Qur’an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.

Tulisan Jawi ini pada seawal abad ke-15, telah digunakan secara meluas di negeri-negeri Kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate bagi tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.

Selain itu juga, ikhtisar-ikhtisar perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuklah juga Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.

Bahasa Melayu lisan yang ditulis dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat seperti raja, bangsawan, para ilmuwan agama dan keramaian sehingga menjadi lambang tradisi dalam kebudayaan dan tamadun Melayu itu sendiri. Abjad jawi ini juga merpakan system penulisan yang berkuasa dalam proses pengislaman rantau Melayu.

Ketika tanah melayu dijajah, tulisan Jawi masih menguasai masyarakat terutama dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan Islam, perdagangan, dan juga dalam tulisan perundangan negeri. Ketika naungan British Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia juga masih tertulis dalam abjad Jawi.

Kini tulisan Jawi dipelihara terutamanya untuk ritual keagamaan dan kebudayaan. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam.

Pada 10 Julai 2020 berdasarkan petikan artikel dalam Sinar Harian Senator menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata kerajaan telah memutuskan untuk menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi. Hal ini adalah merupakan usaha dalam memartabatkan tulisan jawi.

Sememangnya kalau anda pernah belajar ataupun masih mengamalkan tulisan dan membaca jawi bukanlah perkara yang susah untuk anda tukarkan perkataan atau tulisan rumi ke jawi. Jika anda tidak tahu itu bukanlah masalah kerana sekarang teknologi internet turut menyediakan perkhidmatan menukar perkataan melalui perisian secara percuma. Sambil-sambil tu bolehlah anda belajar tulisan jawi. Bestkan?

Cara Tukar Rumi Ke Jawi

Bagi tujuan menukar tulisan rumi ke jawi atau sebaliknya anda mempunyai 3 pilihan atau perisian yang anda boleh gunakan:

  • Melalui Aplikasi Android Rumi Ke Jawi

Sudah pasti ramai di kalangan anda mempunyai smartphone, maka penggunaan aplikasi android Rumi-to-Jawi adalah amat bersesuaian. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya unlock phone anda dan klik pada butang Google Store untuk muat turun aplikasi tersebut. Laju internet cepatlah masa yang anda perlukan untuk menggunakannya. Jangan risau sebab kapasiti aplikasi Rumi-to-Jawi ini juga tidaklah besar dan ianya boleh dimuat turun dengan pantas. Banyak sebenarnya aplikasi android di Google Play Store yang  anda boleh pilih dan gunakan.

  • Perisian Rumi Ke Jawi

Penggunaan Perisian Rumi ke Jawi ini memerlukan penggunanya memiliki sebuah laptop untuk pasangkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan. Perisian ini sesuai bagi mereka yang memang menggunakan atas sebab bekerja untuk menulis dalam bilangan perkataan yang Panjang dan penulisa yang banyak.

Perisian yang boleh anda gunakan adalah Jawi UKM Keyboard, anda boleh memuat turun perisian ini seperti cara-cara yang dikongsikan di bawah

1. Langkah pertama anda perlu klik pada https://drive.google.com/drive/folders/1YYSyVZmqkH6rw9zfI49CnjzgawuJs9Qa dan muat turun perisian Jawi UKM Keyboard di dalam google drive tersebut.

2. Setelah anda selesai memuat turun perisian tersebut, anda perlu ekstrak fail tersebut. Pastikan laptop anda ada perisian Winrar / Winzip untuk Ekstrak fail tersebut. Selalunya tiap computer sudah ada tapi kalau tiada anda boleh la download aplikasi tersebut.

3. Setelah Berjaya ekstrak anda dikehendaki buka fail dan klik pada ‘Setup’, kemudian anda akan dapat lihat satu paparan Welcome to Jawi UKM 2017 Setup Wizard akan dipaparkan.

4. Selepas itu anda boleh Pasang/Install fail tersebut setelah selesai tekan pilihan butang finish.

5. Untuk pastikan ianya sudah Berjaya anda boleh semak di taskbar (bawah sebelah jam), anda akan dapati keyboard Jawi UKM.

6. Kemudian anda perlu masukkan juga Arabic Keyboard 101 (untuk penulisan arab) caranya dengan pergi ke Control Panel -> Clock, Language, and Region -> Change keyboards and other input methods – Tick pada Arabic 101)

7. Apabila selesai anda kini telah berjaya memasukkan Keyboard Jawi pada komputer / laptop anda.

  • E-JAWI CONVERTER

Untuk lebih mudah anda boleh gunakan E-Jawi converter. Ia merupakan perisian atas talian yang mudah dan senang digunakan. Apa yang anda perlukan hanyalah layari laman web khas yang menyediakan perkhidmatan perisian penukaran Rumi ke Jawi dan anda terus boleh gunakannya melalui laman web tersebut. Contohnya http://www.ejawi.net/converterV2.php

Berikut adalah sedikit sebanyak perkongsian berkenaan tulisan jawi dan cara menukar tulisan rumi ke jawi.

SUMBER:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

https://www.sinarharian.com.my/article/91530/BERITA/Nasional/Hari-Jumaat-Hari-Jawi

https://www.afiffuddin.com/rumi-ke-jawi/

http://deqyah.blogspot.com/2011/04/belajar-jawi-part-1.html

Summary
Bagaimana Untuk Tukar Rumi Ke Jawi?
Article Name
Bagaimana Untuk Tukar Rumi Ke Jawi?
Description
Menukar tulisan rumi ke jawi telah menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat di Malaysia. Malahan kita juga boleh lihat kegunaan tulisan jawi dalam papan tanda perniagaan serata negeri terutamanya Kedah. Kerajaan juga telah mewartakan kegunaan tulisan jawi dalam undang-undang negeri Kedah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: