kesakitan gigi
Anda mengalami sakit gigi tetapi doktor gigi tidak dapat berjumpa anda sehingga hari Isnin. Apa yang anda buat?

Anda mengalami sakit gigi tetapi doktor gigi tidak dapat berjumpa anda sehingga hari Isnin. Apa yang anda harus buat untuk tahan sakit gigi?

Untuk kesakitan yang bukan disebabkan oleh kecederaan

Cara anda menangani masalah gigi bergantung kepada sebab kesakitan gigi tersebut. Dengan mengandaikan kesakitan gigi bermula sendiri (tanpa sebarang trauma lain), berikut adalah beberapa perkara yang disyorkan untuk mengurangkan kesakitan gigi sehingga anda berjumpa doktor gigi. 

  • Bilas dengan air garam suam. Jangan minum air garam tersebut; ludahkannya.
  • Flos dengan lembut untuk mengeluarkan sebarang sisa makanan di celah-celah gigi.

Kesakitan gigi yang mungkin disebabkan oleh bertih jagung yang dimakan ketika menonton wayang.

  • Mengambil ubat pelega kesakitan bebas seperti aspirin, Motrin atau Tylenol untuk melegakan kesakitan. Jika anak anda mengalami sakit gigi, gunakan Tylenol (jangan beri aspirin kepada kanak-kanak). Jangan letakkan ubat secara terus pada gusi berhampiran gigi yang sakit; ia mungkin melecurkan gusi anda (hanya telan ubat tersebut).
  • Letakkan gel atau salap dengan benzokain bebas secara terus pada gigi dan gusi yang sakit. Menyapu minyak cengkih (eugenol) juga berguna untuk mengebaskan gusi. Minyak itu boleh disapu secara terus pada kawasan yang sakit atau dicelup pada kapas dan diletakkan pada gigi.

Untuk kesakitan kerana kecederaan

Sekiranya anda mendapat hentakan di kepala (atau penumbuk, atau kemalangan kereta… anda boleh bayangkan) dan itulah penyebab gigi anda sakit, anda mungkin tidak perlu berjumpa doktor gigi tetapi terus pergi ke bahagian kecemasan. Sekiranya gigi tercabut sepenuhnya atau jika terdapat pendarahan yang tidak dapat dihentikan, pergi ke bahagian kecemasan. Sekiranya gigi anda longgar, pecah, atau terkeluar dari kedudukan, hubungi doktor gigi.

Untuk tahan sakit gigi akibat kecederaan, letakkan pek ais di luar mulut berhampiran gigi yang sakit. Anda harus ingat apabila menggunakan ais, jangan letakkan ais secara terus pada kulit dan pegang pek ais pada kulit dengan tidak melebihi 20 minit.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Bagaimana menahan kesakitan gigi sehingga klinik pergigian dental dibuka
Article Name
Bagaimana menahan kesakitan gigi sehingga klinik pergigian dental dibuka
Description
Jika anda tidak dapat berjumpa dengan doktor gigi semasa kesakitan gigi, anda boleh menahan kesakitan denga cara-cara berikut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *