Bagaimana memilih baby walker untuk anak anda?
Baby walker boleh digunakan untuk menghiburkan bayi dan menolong mereka mengembangkan otot dan kemahiran koordinasi, tapi bagaimana untuk memilih yang sesuai untuk anak anda?

Baby walker boleh digunakan untuk menghiburkan bayi dan menolong mereka mengembangkan otot dan kemahiran koordinasi tertentu, walaupun ia mungkin tidak dapat mengembangkan otot yang diperlukan untuk menolong mereka berjalan sendiri.

Sebelum anda hendak membeli baby walker, anda mesti memilih jenis yang direka  mampu untuk menjaga keselamatan bayi anda daripada sebarang bahaya. Walaupun anda harus sentiasa mengawasi bayi ketika bayi menggunakan walker, kebanyakan jenis baby walker yang ada direka untuk menjaga keselamatan bayi anda.

Bilakah bayi boleh mula menggunakan walker?

Apabila bayi anda semakin hampir dengan ulang tahun pertama mereka, mereka mungkin mula berdiri atau meneroka di kawasan perabot. Beberapa bayi malah boleh berjalan sebelum mereka berusia 1. Namun, setiap bayi adalah berbeza jadi ianya penting untuk memahami bahawa bayi akan mencapai tonggak perkembangan mereka mengikut rentaknya sendiri.

Julat umur yang sesuai bagi bayi menggunakan walker adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun, dengan 9 hingga 12 bulan ke atas biasanya disyorkan oleh pengeluar baby walker.

Walau apa pun keadaannya, bayi anda mungkin mendapat manfaat daripada latihan berjalan kaki yang disokong dengan menggunakan push walker mahupun walker biasa.

Apa yang perlu dicari dalam baby walker yang bagus?

Anda pasti akan melihat pelbagai pilihan untuk baby walker yang ada di pasaran. Jadi, bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?

  • Seberapa baguskah pergerakan bayi anda? Beberapa jenis baby walker mungkin lebih sesuai untuk bayi yang hanya duduk dan berhenti berdiri. Malah, ada juga jenis yang direka khas bagi bayi yang mungkin lebih suka bergerak bebas dan meneroka keadaan sekelilingnya.
  • Apakah jenis lantai yang terdapat di rumah anda? Berat dan bahan bagi baby walker yang anda pilih mungkin berfungsi lebih baik di permaidani, lantai kayu keras, jubin atau jika anda mempunyai campuran lantai ini di rumah anda. Jadi, pastikan anda memilih jenis yang sesuai dengan keadaan di rumah.
  • Adakah anda selalu pergi bercuti? Beberapa walker boleh dilipat rata untuk memudahkan pengangkutan apabila anda pulang ke kampung, menghantar bayi ke rumah pengasuh atau pergi bercuti. Malah, ada juga yang lebih senang untuk disimpan di ruang permainan.
  • Berapakah bajet anda? Pastikan anda membeli baby walker yang sesuai dengan bajet tetapi masih mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan walaupun tidaklah begitu sempurna atau menarik seperti jenama-jenama yang lebih mahal.
  • Apakah ciri tambahan yang anda mahukan? Beberapa baby walker sudah mempunyai ciri yang cukup sederhana, sementara yang lain pula menawarkan pilihan keselamatan tambahan, seperti getah dan roda pengunci. Ada juga yang mempunyai banyak cahaya dan muzik yang terang, sementara yang lain pula lebih senyap dan diperbuat dari kayu.
  • Bolehkah anda menggunakan walker yang terpakai? Sekiranya walker tersebut baru digunakan selama beberapa tahun, mungkin ia masih boleh berfungsi dengan baik. Jika tidak, ianya adalah idea yang baik untuk membeli baby walker yang baru, kerana model lama mungkin mempunyai masalah keselamatan yang lain, seperti bahagian yang rosak dan itu tidak diingini buat bayi kita.
  • Adakah ulasan produk bagi baby walker itu bagus? Baca ulasan produk. Ini akan membantu anda menentukan baby walker terbaik untuk bayi dan keadaan rumah anda berdasarkan maklum balas oleh ibu bapa lain.

Petua keselamatan baby walker

Kadangkala, ada ibu bapa yang beranggapan bahawa baby walker jenis duduk seperti tidak selamat buat bayi mereka. Ini adalah kerana jenis walker duduk boleh memberikan bayi mobiliti pergerakan dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan yang lebih tinggi seperti jatuh di tangga.

Tambahan lagi, bayi anda tidak boleh menggunakan walker tanpa bimbingan anda. Mereka mungkin boleh mencecah tempat yang tidak dapat diakses sebelum ini setiap kali menggunakan walker. Oleh itu, bayi anda mungkin dapat menarik pelapik meja bersama barang di atasnya, atau berjalan terlalu dekat dengan tangga. Sekali lagi, jangan biarkan bayi anda menggunakan baby walker sendirian.

Seterusnya, jika anda masih ingin membeli baby walker, pastikan ia betul-betul selesa kerana jika tidak, ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan lebam pada bayi anda. Pilih satu dengan bantal tempat duduk empuk bersama sokongan belakang tinggi.

Memandangkan bayi kecil masih belum mengembangkan kekuatan otot yang mencukupi untuk menyokong badan mereka, sokongan punggung yang cukup tinggi diperlukan untuk memastikan keselesaan jangka panjang. Sama seperti tempat duduk itu sendiri, sokongan belakang juga harus dilapisi dengan kusyen dan boleh dicuci dengan mudah.

Oleh itu,

Sebelum anda mengetahuinya, bayi anda akan mula mengambil langkah pertama mereka. Penggunaan walker dapat menjadikan proses ini lebih menarik bagi semua orang yang terlibat. Tidak kira apa jenis walker yang anda pilih, anda haruslah sentiasa mengawasi bayi anda ketika mereka menggunakannya.

Seperti setiap subjek, keputusan untuk membeli baby walker sangatlah bergantung pada kebaikan dan keburukan yang ada. Pastikan anda membuat kajian sebelum  benar-benar ingin membeli baby walker. Periksa kualiti, ketahanan, kebolehaturan dan keselesaan dengan betul agar anda tidak membuang wang anda begitu sahaja.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/parenting/best-baby-walkers#what-to-look-for

https://www.wikihow.com/Buy-Baby-Walkers

https://walkandjump.com/how-to-choose-the-right-baby-walker/

Summary
Bagaimana memilih baby walker untuk anak anda?
Article Name
Bagaimana memilih baby walker untuk anak anda?
Description
Baby walker boleh digunakan untuk menghiburkan bayi dan menolong mereka mengembangkan otot dan kemahiran koordinasi, tapi bagaimana untuk memilih yang sesuai untuk anak anda?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: