penyakit pneumonia
Kaedah ini boleh mengira dan menentukan bagaimana kadar pernafasan ini berkaitan dengan titik pernafasan.

Untuk diagnosis penyakit pneumonia, golongan pekerja kesihatan telah dilatih untuk mengira kadar pernafasan kanak-kanak yang batuk dan/ atau mengalami kesukaran bernafas. Selain itu, mereka juga boleh menentukan sama ada kanak-kanak itu bernafas dengan cepat atau tidak berdasarkan kiraan nafas yang dikaitkan dengan titik pernafasan tertentu.

Latihan organisasi antarabangsa yang melatih golongan ini sedar bahawa mereka menghadapi cabaran untuk mengira dan menentukan bagaimana kadar pernafasan ini berkaitan dengan titik pernafasan tersebut. Jadi, mereka telah mencipta proses kiraan manik untuk menangani masalah ini.

Inilah kaedah yang digunakan oleh seorang ‘doktor kampung’ di Kenya yang dikenali sebagai Beatrice Lokwawi. Dia menggunakan kaedah ini untuk merawat mereka di sekitar bahagian utara Kenya yang berkemungkinan menghidapi penyakit pneumonia.

Sementara itu, kaedah ini boleh digunakan untuk mendiagnosis petanda awal pneumonia berdasarkan kadar pernafasan individu serta simptom-simptom lain seperti batuk, tiada selera makan, sakit dada dan demam.

Memandangkan penyakit pneumonia kini merupakan penyakit paling berbahaya yang banyak menjejaskan golongan kanak-kanak di Kenya, kaedah kiraan manik ini membantu pekerja kesihatan seperti Beatrice untuk mengesan penyakit tersebut lebih awal di kawasan-kawasan terpencil sebegini. Ini juga membolehkan kanak-kanak yang dijangkiti mendapatkan rawatan dengan segera sebelum ianya menjadi lebih serius.

Walaupun kaedah ini tidaklah begitu tepat untuk mendiagnosis penyakit berbahaya seperti pneumonia, namun ini adalah permulaan baik agar adanya kaedah lain yang boleh dilakukan selain berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik.

Untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berbahaya seperti pneumonia, pekerja kesihatan masyarakat di seluruh dunia telah dilatih bagi menilai, mengklasifikasi dan merawat kanak-kanak yang terjejas.

Anda boleh lihat video pada pautan di bawah untuk mengetahui berkenaan kaedah ini dengan lebih lanjut.

SUMBER

https://www.bbc.com/news/av/world-africa-50503511/pneumonia-how-a-bead-necklace-is-tackling-the-disease-in-kenya

https://www.scidev.net/sub-saharan-africa/disease/news/scientists-aid-pneumonia-diagnosis.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4451166

Summary
Bagaimana manik boleh membantu mengesan penyakit pneumonia?
Article Name
Bagaimana manik boleh membantu mengesan penyakit pneumonia?
Description
Bagi diagnosis penyakit pneumonia, proses kiraan manik telah mula digunakan untuk mengira dan menentukan bagaimana kadar pernafasan ini berkaitan dengan titik pernafasan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: