korset
Korset adalah pakaian yang dipakai untuk mengekang dan melatih torso agar mencapai bentuk yang diinginkan, iaitu pinggang kecil atau punggung yang besar.

Korset adalah pakaian yang dipakai untuk mengekang dan melatih torso agar mencapai bentuk yang diinginkan, iaitu pinggang kecil atau punggung yang besar.

Ia dilakukan untuk tujuan estetik atau perubatan (sama ada kesannya diinginkan semasa memakainya sahaja atau untuk kesan berpanjangan), atau untuk menyokong buah dada.

Lelaki dan perempuan, kedua – duanya dikatakan telah memakai korset. Sejak bertahun lamanya ia merupakan antara bahagian penting di dalam almari wanita.

Perbezaan korset dan bengkung

Korset dan bengkung mempunyai konsep yang sama. Tetapi korset adalah daripada Barat manakala bengkung dikenali di dalam tradisi Melayu. Pemakaian korset dilihat lebih agresif dan menyakitkan kerana di bahagian tepi abdomen terdapat besi sehingga ke bahagian dada.

Korset tidak mengikut bentuk badan secara semulajadi tetapi mempunyai bentuk yang membuatkan pemakainya kelihatan langsing.

Manakala bengkung diperbuat daripada kain semata-mata dan digunakan bersama bahan-bahan semulajadi untuk bertungku dan sebagainya. Kain bengkung mengikut bentuk badan si pemakai berbanding korset.

Bagaimana korset berfungsi dalam pengurusan berat badan?

– Membantu menurunkan berat

Memakai korset menghalang perut anda daripada mengembang dan ini membantu anda mengawal pemakanan anda. Ia juga boleh membantu mengurangkan bahagian makanan yang diperlukan untuk menurunkan berat.

Wanita yang memilih untuk memakai korset selalunya memakainya untuk menurunkan berat. Selain itu, untuk mengawal selera makan, anda juga akan membentuk pinggang anda menjadi lebih langsing dan menarik.

Lengkapkan usaha membentuk pinggang anda dengan senaman dan diet yang sihat untuk menampakkan hasil yang luar biasa dalam masa yang singkat.

Sebarang penurunan berat disebabkan pemakaian korset atau waist trainer dilihat berlaku disebabkan oleh berpeluh terlalu banyak bukannya kehilangan lemak badan.

Lemak hanya akan dibakar apabila tenaga anda digunakan melebihi pengambilan tenaga yang anda ambil daripada makanan. Jadi pengambilan kalori anda lebih sedikit daripada yang dibakar.

Apabila badan anda mengenalpasti kekurangan tersebut, ia akan merembeskan trigliserida yang disimpan di sel lemak dimana badan anda menukarkannya menjadi tenaga yang boleh digunakan.

Hasilnya, menurunkan berat badan anda. Korset tidak melakukan apa-apa sebagai penyumbang kepada pengurangan kalori, jadi ia tidak mempunyai kesan terhadap penggunaan tenaga atau pengambilan kalori.

Semasa memakai korset, seseorang akan berasa kurang berselera. Walau bagaimanapun, perubahan ini berlaku disebabkan korset menekan perut anda. Ia sangat penting untuk mengamalkan diet yang sihat dan makan jumlah makanan bernutrisi yang betul.

Sesetengah individu mengalakkan pemakaian waist trainer ketika bersenam. Namun begitu, ia mungkin berbahaya kerana memakai waist trainer bukan sahaja mengehadkan pergerakan tetapi boleh membuatkan anda sukar untuk bernafas.

Satu kajian lama yang bersaiz kecil menunjukkan bahawa sama ada waist trainer memberi kesan terhadap penurunan berat badan adalah tidak membawa apa-apa kebaikan. Pengkaji mengatakan sedemikian kerana kebanyakan peserta kajian tidak mahu memakai korset disebabkan rasa ketidakselesaan.

– Mengatasi masalah gangguan pemakanan

Gangguan makan berlaku seperti gangguan kesihatan lain. Tetapi tahukah anda korset boleh membantu anda mengatasi masalah ini? Apabila anda menekan bahagian abdomen anda dengan bantuan korset, anda boleh mengawal kelaparan dan melatih badan anda untuk makan bila perlu.

Makan makanan berkhasiat dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kekal sihat dan mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan. Dengan mengehadkan berapa banyak yang anda makan, pemakanan anda mungkin tidak cukup untuk kekal sihat.

Risiko penggunaan korset

Penggunaan jangka panjang waist trainer atau korset mungkin menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan seseorang secara keseluruhannya kerana ia boleh membahayakan seseorang dengan:

  • Membuatkan anda sukar bernafas
  • Memaksa organ dalaman berada dalam posisi yang sempit yang boleh menyebabkan kerosakan berpanjangan lama-kelamaan
  • Keretakan rusuk
  • Menyebabkan asid refluks dan masalah penghadaman lain

– Masalah pernafasan

Laporan pada 2018 menyatakan bahawa penggunaan korset semasa bersenam boleh menyebabkan kesukaran pernafasan. Peserta kajian menunjukkan keadaan sesak nafas, berpeluh dan rasa sangat sakit ketika memakainya sambil melakukan teknik pernafasan ketika melakukan senaman.

Berdasarkan ABCS, memakai korset boleh menurunkan kapasiti paru-paru sehingga 30 – 60 peratus. Ia sangat tidak selesa dan melemahkan tenaga anda. Pemakaian yang sangat ketat boleh menyebabkan anda pengsan.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan atau meningkatkan cecair di dalam paru-paru. Lama-kelamaan masalah pernafasan boleh mempengaruhi sistem limfa, yang membantu membuang toksin dalam badan.

– Kerosakan dalaman

Menekan midseksi (potongan yang melalui bahagian tengah sebarang organ) dengan daya berterusan boleh menyebabkan organ dalaman seperti hati, buah pinggang berubah posisi yang tidak sepatutnya.

Pergerakan organ dalaman boleh mempengaruhi pergerakan darah dan boleh mengubah bagaimana organ berfungsi. Kemudian ia boleh menyebabkan kerosakan organ kekal, mengurangkan kekuatan otot dan juga keretakan rusuk.

– Masalah sistem penghadaman

Apabila anda memakai korset, anda bukan sahaja menekan kulit dan lemak, malah anda menekan organ dalaman seperti yang dinyatakan di atas.

Pergerakan organ disebabkan korset juga boleh mempengaruhi organ penghadaman, seperti esofagus (saluran pemakanan), perut dan usus.

Menganggu penghadaman, tekanan berterusan boleh menyebabkan asid dalam perut naik ke esofagus dan membuatkan anda mengalami pedih hulu hati.

Jika seseorang mengalami refluks gastroesofagus (GERD), memakai korset boleh memburukkan simptom individu tersebut.

Adakah cara lain untuk membentuk pinggang yang langsing?

Terdapat cara yang selamat untuk membentuk garis pinggang anda.

  • Diet yang seimbang. Tumpukan pada makanan yang segar, lengkap dan bahagian makanan yang terkawal. Kurangkan snek dan minuman bergula serta makanan yang terlalu diproses.
  • Bersenam secara berkala. Menggabungkan senaman aerobik dengan latihan kekuatan, boleh menguatkan otot anda dan membantu membakar kalori. Jurulatih peribadi boleh membantu anda merangka rutin senaman yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Pemakaian yang kurang ketat. Dapatkan pakaian dalam yang membantu anda mendapatkan susuk tubuh yang unggul tanpa menyukarkan pernafasan anda. Sesetengah pelindung pinggang diperbuat daripada bon plastik yang fleksible untuk anda bebas bergerak.
  • Berjumpa doktor. Berbincanglah dengan doktor anda tentang kaedah yang efektif dan selamat untuk menurunkan berat badan tanpa perlu mempengaruhi kesihatan anda.
  • Berbincang dengan pakar. Jika anda berminat untuk mengubah sesetengah bahagian tubuh anda, bertanyalah pada doktor untuk rujukan kepada barisan doktor bedah kosmetik yang bertauliah.

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Corset

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/sihat-bergaya/memakai-korset-untuk-tampil-cantik/#gref

https://www.corsetdeal.com/blogs/corsetdeal-blog/benefits-of-wearing-a-corset?usource=lc&lctid=69274&lcid=1596995764_3_4013799

https://www.medicalnewstoday.com/articles/do-waist-trainers-work#benefits

https://www.livestrong.com/article/562019-can-you-wear-a-corset-to-lose-your-belly

https://www.healthline.com/health/do-waist-trainers-work#risks

https://www.mymed.com/health-wellness/body-modifications/the-practice-of-waist-training-and-corsetry/the-dangers-and-benefits-of-aesthetic-waist-training

Summary
Bagaimana Korset Berfungsi Menurunkan Berat Badan dan Bahaya Penggunaannya yang Tidak Betul
Article Name
Bagaimana Korset Berfungsi Menurunkan Berat Badan dan Bahaya Penggunaannya yang Tidak Betul
Description
Korset adalah pakaian yang dipakai untuk mengekang dan melatih torso agar mencapai bentuk yang diinginkan, iaitu pinggang kecil atau punggung yang besar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: