Bagaimana Ingin Menentukan Tempoh Kesuburan Anda?
Tahukah anda, terdapat 6 hari dalam setiap bulan di mana anda lebih berkemungkinan untuk hamil?

Tahukah anda, terdapat 6 hari dalam setiap bulan di mana anda lebih berkemungkinan untuk hamil? Inilah cara untuk mengira bagi menentukan tempoh kesuburan anda.

Seperti yang diketahui oleh pasangan yang sedang berusaha untuk mendapat bayi, seorang wanita mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil sewaktu tempoh subur mereka yang termasuk hari ovulasi dan 5 hari sebelumnya.

Apakah itu tempoh kesuburan?

Sewaktu proses ovulasi, telur dilepaskan daripada ovari seorang wanita dan bergerak ke tiub fallopian. Ia akan hidup dalam saluran reproduktif selama 12-24 jam. Kehamilan boleh berlaku jika sperma membenihkan telur tersebut pada waktu ini, jika tidak, telur akan dikeluarkan bersama lapisan rahim sewaktu menstruasi.

Peluang untuk hamil adalah sangat tinggi dalam masa 24 jam ovulasi dan sehari sebelumnya. Namun, kehamilan juga tidak mustahil apabila anda melakukan hubungan seksual 5 hari sebelum ovulasi. Hal ini dijelaskan kerana, sperma boleh hidup selama 5 hari dalam saluran reproduktif.

Cara mengira tempoh kesuburan anda

Sekiranya anda mencari cara untuk mengira kesuburan anda, kalkulator ovulasi yang disediakan atas talian boleh memberikan jawapan yang cepat. Namun, memandangkan sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang tidak menentu, ia tidak semestinya betul.

– Mengesan kitaran haid anda

Apabila mengagak tempoh kesuburan dan ovulasi, adalah penting untuk memastikan panjang kitaran dengan cara mencipta diari menstruasi. Mula  dengan mengira tempoh menstruasi anda selama beberapa bulan dengan menggunakan jurnal di atas kertas atau aplikasi telefon pintar. Seterusnya, telit maklumat diperolehi untuk menentukan kitaran purata anda.

Hari pertama haid anda dianggap sebagai hari pertama kitaran tersebut, ovulasi selalunya akan berlaku sleama 14 hari sebelum haid anda yang seterusnya. Sebagai contoh, sekiranya jarak antara haid adalah selama 28 hari, ovulasi mungkin akan berlaku pada hari ke-14. Secara alternative, sekiranya tempoh kitaran mengambil masa selama 30 hari, tempoh ovulasi mungkin jatuh pada hari ke-16 dalam kitaran tersebut. Memandangkan seseorang wanita berkemungkinan untuk hamil pada hari ovulasi dan 5 hari sebelumnya, tempoh kesuburan bagi contoh-contoh tersebut adalah selama 9-14 dan 11-16 hari.

– Menggunakan kit penentu ovulasi (OPK – Ovulation Predictor Kits)

Kit ini tersedia di mana-mana farmasi. Ia digunakan untuk menguji air kencing bagi tujuan mengenalpasti tempoh subur. Ia bekerja dengan cara memantau hormone (LH – Luteneizing Hormone) yang keluar 36 jam sebelum ovulasi. Pasangan yang sedang mencuba untuk hamil perlu merancang hubungan seksual mereka dalam masa yang singkat selepas mengesan pengeluaran hormone tersebut.

Memantau lendir serviks

Sewaktu subur, jumlah lendir serviks akan meningkat dan ia cenderung menjadi lebih jelas dan licin berbanding waktu lain dalam kitaran haid. Sekiranya anda perasan lendir anda kelihatan pekat seolah-olah putih telur, ia merupakan tanda yang baik menunjukkan anda sedang mengalami ovulasi.

Membuat carta suhu badan basal

Suhu badan wanita yang sedang berehat meningkat sewaktu ovulasi sekurang-kurangnya 2/10 darjah. Mengambil suhu badan basal yang pertama pada waktu pagi dengan menggunakan termometer suhu badan basal boleh membantu memantau ovulasi. Namun, kaedah ini hanya mengesan ovulasi setelah ia berlangsung, jadi, anda disyorkan menggunakannya untuk memberi kepastian mengenai purata hari ovulasi anda.

Menggunakan pemantau kesuburan

Selain cara-cara yang dijelaskan di atas, anda juga boleh memantau kesuburan dengan menggunakan kalkulator khas yang boleh didapati di farmasi. Ia berkesan namun agak mahal berbanding kit penentu ovulasi.

Melawat doktor

Sekiranya anda mengalami masalah kesuburan, doktor anda boleh mengambil sampel darah untuk melihat tahap hormone progesterone yang boleh memuktamadkan ovulasi. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan ultrabunyi pelvik bagi memantau ovulasi.

Bilakah saya akan hamil?

Cara terbaik untuk hamil sudah tentu melalui hubungan seksual yang berkala. Tumpukan untuk melakukan hubungan seksual selama 1-2 hari sewaktu tempoh kesuburan. Namun perlu diingat, walau bagaimanapun, kehamilan mungkin tidak akan berlaku secara serta-merta. Walaupun masanya adalah sesuai, peluang kehamilan pada setiap bulan adalah sebanyak 25 peratus bagi wanita muda yang berumur di bawah 30 tahun, dan kadar tersebut berkurang sebanyak 5 peratus apabila wanita telah mencecah usia 40 tahun.

Sekiranya kitaran menstruasi anda tidak sampai 21-35 hari, anda mungkin tidak berovulasi dalam tempoh yang tetap. Manakala, pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan mungkin tidak akan hamil selepas setahun mencuba (atau 6 bulan mencuba selepas berumur lebih 35 tahun). Dalam kes ini, anda perlu melawat pakar endokrin dan kesuburan. Terdapat banyak faktor yang berkaitan, sesetengahnya berkait dengan gaya hidup yang mungkin boleh diubah tetapi dalam kes yang lain, ubat-ubatan diperlukan untuk merangsang ovulasi.

Sumber

https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing

https://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/fertility-tests-for-women1#1

https://www.healthline.com/health/pregnancy/signs-of-infertility

https://www.parents.com/getting-pregnant/ovulation/fertile-days/finding-your-most-fertile-days-a-3-step-guide/

Summary
Bagaimana Ingin Menentukan Tempoh Kesuburan Anda?
Article Name
Bagaimana Ingin Menentukan Tempoh Kesuburan Anda?
Description
Tahukah anda, terdapat 6 hari dalam setiap bulan di mana anda berkemungkinan untuk hamil? Inilah cara untuk mengira hari kesuburan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: