Daun durian belanda
Buah durian belanda, atau juga dikenal sebagai graviola adalah buah ‘Annona muricata’, sejenis pohon yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Ia biasanya dimakan secara mentah dengan memotong buah menjadi separuh dan mengeluarkan isinya.

Buah durian belanda, atau juga dikenal sebagai graviola adalah buah ‘Annona muricata’, sejenis pohon yang berasal dari kawasan tropika di Amerika. Ia biasanya dimakan secara mentah dengan memotong buah menjadi separuh dan mengeluarkan isinya. Buahnya berukuran besar dan boleh jadi cukup besar untuk dimakan, jadi ianya adalah lebih baik untuk membahaginya menjadi beberapa bahagian.

Selain itu, buah dan daunnya terkenal dapat memberi manfaat yang kuat. Ada yang mengatakan bahawa daunnya adalah 10,000 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan rawatan kemoterapi.

Malah, daun durian belanda mempunyai nilai pemakanan yang hebat. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Jadi, mari kita lihat manfaat kesihatan daun durian belanda yang anda boleh dapat.

Manfaat kesihatan daun durian belanda

Daun durian belanda adalah agen anti-radang yang terkenal. Ia juga mempunyai sifat antipiretik, antimikroba, antidiabetik, kardioprotektif dan anti-parasit. Ekstrak durian belanda secara positif dapat mempengaruhi sistem vital dalam badan anda.

Jom lihat manfaatnya yang lain.

1. Boleh membantu dalam rawatan kanser

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar dari Universiti Purdue di Amerika Syarikat, mereka menyatakan bahawa kandungan daun durian belanda ini sangat baik untuk rawatan pelbagai penyakit, terutama kanser. Beberapa jenis kanser yang boleh dirawat adalah kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan 12 jenis kanser lain. Bahan-bahan bio aktif yang mungkin bermanfaat dipanggil ‘annonaceous acetogenins’ (AGEs). Bahan ini mempunyai sifat anti-kanser seperti yang terdapat dalam durian belanda.

2. Merawat asid urik

Daun durian belanda juga dapat digunakan sebagai penawar gout. Banyak ubat alternatif menggunakan daun durian belanda untuk merawat masalah gout. Ia mudah disediakan di mana anda hanya perlu ambil daun durian belanda sebanyak 6 hingga 10 keping yang sedikit tua tetapi masih hijau kemudian cuci bersih. Selanjutnya, potong daun ini dengan tujuan memastikan kandungan daunnya dikeluarkan dengan baik. Rebus daun dengan 2 cawan air. Didihkan sehingga tinggal 1 cawan air. Minum ramuan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

3. Boleh mengawal keradangan

Kajian telah mengenal pasti bahawa lebih daripada 117 sebatian dalam daun durian belanda mempunyai sifat anti-radang. Ekstrak daun daun belanda menunjukkan sifat anti-radang, antioksida dan penyembuhan luka pada kajian tikus. Malah, ekstrak daripada daun durian belanda juga dapat melegakan keadaan keradangan seperti ‘cystitis’, ‘rheumatism’, sakit artritis, demam, cirit-birit, ‘dysentry’, malaria, parasit dan ruam pada kulit.

4. Boleh membantu mengawal gejala diabetes

Pemberian 100 mg / kg ekstrak daun durian belanda berair setiap hari kepada tikus menunjukkan kawalan glisemik yang kuat. Daun ini dapat membantu meningkatkan metabolisme glukosa. Rawatan menggunakan durian belanda yang berpanjangan (selama 28 hari) pada tikus dilihat dapat mengurangkan kadar glukosa darah dan tahap kreatinin serum. Ia juga mengimbangkan aktiviti enzim hati (AST, ALT, dan lain-lain). Tahap kolesterol keseluruhan dan trigliserida juga dipulihkan.

5. Boleh membantu merawat insomnia

Secara tradisional, daun ini telah digunakan untuk merawat insomnia. Ia mempunyai aktiviti merehatkan otot yang baik dan bertindak sebagai ubat penenang. Mengambil segelas teh daun durian belanda juga dapat membantu mengurangkan tekanan.

6. Boleh melindungi kesihatan mulut

Daun ini didapati boleh melawan bakteria dan kulat. Ia menghalang pertumbuhan ‘Streptococcus mutans’, ‘Streptococcus mitis’, ‘Porphyromonas gingivalis’ dan ‘Candida albicans’. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun durian belanda dapat digunakan terhadap mikroba oral. Ekstraknya mempunyai sifat ‘antimicrobal’ dan boleh melawan kulat.

Adakah terdapat cara lain untuk mengambil daun durian belanda?

Seseorang boleh mengambil durian belanda secara mentah ketika sudah masak. Ia sudah masak apabila buahnya sedikit lembut apabila disentuh. Apabila tidak masak, ia mungkin terasa masam.

Bagi memakan isinya, individu harus memotongnya menjadi separuh dan mengambil isinya. Biji durian belanda harus dibuang kerana ia boleh jadi beracun.

Bergantung pada saiz buah, seseorang mungkin ingin memotong lebihan buah dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Malah, buah durian belanda juga boleh ditambahkan ke dalam smoothie mengikut pilihan anda.

Ketahui juga bahawa penjual sering memasarkan buah durian belanda dengan nama “graviola”. Ia biasanya terdapat dalam bentuk berikut:

  • buah-buahan segar
  • isi buah yang dibungkus
  • serbuk daun
  • ‘bitters’
  • kapsul dan tablet
  • daun kering secara keseluruhan
  • uncang teh

Langkah berjaga-jaga sebelum mengambil daun durian belanda

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) tidak membenarkan atau bersetuju dengan sebarang tuntutan bahawa durian belanda boleh merawat keadaan seperti kanser.

Terdapat juga laporan mengenai masalah keselamatan yang berkaitan dengan ubat ‘cytotoxic’, seperti keguguran rambut dan penindasan sistem imun. Ujian makmal bahkan menunjukkan bahawa asetogenin yang paling banyak adalah bersifat neurotoksik.

Para penyelidik mengatakan bahawa kesan beracun durian belanda adalah berbeza-beza mengikut bahagian tanaman, kaedah pengekstrakan, lokasi tanaman dan waktu penuaian.

Pakar menasihatkan agar anda tidak mengambil durian belanda atau daunnya jika anda:

SUMBER

https://www.stylecraze.com/articles/benefits-of-soursop-leaves-for-skin-hair-and-health

https://www.healthline.com/nutrition/soursop-benefits#section1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/soursop#how-to-eat

https://www.verywellfit.com/soursop-tea-benefits-and-side-effects-4163737

Summary
Bagaimana daun durian belanda bermanfaat buat anda
Article Name
Bagaimana daun durian belanda bermanfaat buat anda
Description
Buah dan daun durian belanda memang terkenal dapat memberi manfaat yang kuat. Ada yang mengatakan bahawa daunnya adalah 10,000 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan rawatan kemoterapi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: