Bagaimana BPFK memastikan produk kesihatan anda selamat digunakan?
Setiap produk yang kita gunakan haruslah mempunyai pengesahan daripada pihak yang sepatutnya seperti BPFK. Ini termasuklah produk makanan, produk kecantikan, produk kesihatan serta produk-produk lain.

Setiap produk yang kita gunakan haruslah mempunyai pengesahan daripada pihak yang sepatutnya seperti BPFK. Ini termasuklah produk makanan, produk kecantikan, produk kesihatan serta produk-produk lain.

Dengan pengesahan ini, barulah pengguna lebih yakin untuk menggunakannya. Malah, produk yang mendapat pengesahan ini juga pastinya lebih dikenali berbanding dengan produk yang tidak sah.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan produk kesihatan di pasaran. Sebagai pengguna yang bijak, bagaimana anda boleh memastikan produk kesihatan yang anda ambil itu selamat untuk digunakan?

Jom baca lebih lanjut di bawah.

Semak produk anda melalui laman sesawang BPFK

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan atau lebih mudah dikenali sebagai BPFK ditubuhkan di bawah aktiviti Kawalan Kualiti Program Farmasi dan Bekalan. Ia ditubuhkan dengan tujuan menjalankan ujian kawalan kualiti bagi produk farmaseutikal.

Setiap produk farmaseutikal perlu melalui proses penilaian kualiti, keberkesanan dan keselamatan sebelum ia boleh dipasarkan. Jadi, produk yang sudah mendapat pengesahannya bukanlah produk yang sewenang-wenangnya dijual dan dipasarkan pada pengguna.

Seterusnya, selepas sesuatu produk melepasi proses penilaian tersebut, ia akan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di mana satu nombor pendaftaran produk akan diberi pada setiap produk dan nombor ini bersifat unik.

Secara mudahnya, setiap produk yang berdaftar akan mempunyai tempoh sah pendapaftaran selama 5 tahun. Tetapi, bagi produk kosmetik, ia hanya sah selama 2 tahun sahaja.

Jadi, bagaimana anda mahu memeriksa produk tertentu? Berikut adalah beberapa cara bagi membuat semakan melalui laman sesawang BPFK.

  1. Buka pautan URL https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php untuk masuk ke laman sesawang khas BPFK. (letak screenshot basic)
  1. Terdapat dua kategori produk yang anda boleh pilih iaitu:
  • Produk farmaseutikal
  • Produk kosmetik

  1. Setelah memilih kategori produk yang anda mahukan, anda boleh cari maklumat lebih lanjut tentang produk itu berdasarkan kriteria produk seperti:
  • Nama produk
  • Nombor pendaftaran produk
  • Nama pemegang
  • Nama pengilang
  • Pengimport
  • Bahan aktif
  1. Letakkan informasi tambahan berkenaan produk tersebut dalam kotak ‘Search’ yang disediakan.
  1. Kemudian, tekan butang ‘Search’ berwarna biru di bawah dan informasi produk anda akan keluar.
  1. No pendaftaran, nama produk serta nama pemegang akan keluar seperti dalam gambar.
  1. Anda boleh tekan nombor pendaftaran produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat produk tersebut berserta nama dan alamat syarikat yang bertanggungjawab dalam penghasilan produk tersebut.
  1. Jika anda tekan pada nama pemegang, anda boleh melihat maklumat pemegang seperti nombor pendaftaran syarikat, nombor telefon syarikat, alamat dan emel yang tertera.

Mengapakah ia penting untuk menyemak produk anda?

Sebelum anda membeli sesuatu produk, ia amatlah penting untuk mengetahui bahan di dalamnya, tarikh luput, proses yang terlibat serta maklumat-maklumat berkaitan syarikat pengeluar bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif setelah digunakan.

Malah, produk berlesen juga memberi anda kepercayaan untuk menggunakan produk itu dengan lebih selamat. Jika ia berlesen, ini bermakna produk tersebut telah diuji untuk faktor-faktor penting seperti kualiti, keselamatan, faedah dan keburukannya terlebih dahulu sebelum ia dibenarkan dipasarkan kepada pengguna.

Jadi, sebelum membeli sebarang produk, pastikan anda ambil langkah penting dengan memeriksa tentang maklumat produk itu terlebih dahulu.

SUMBER

https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php

http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-laman-sesawang-bpfk/

Summary
Bagaimana BPFK memastikan produk kesihatan anda selamat digunakan?
Article Name
Bagaimana BPFK memastikan produk kesihatan anda selamat digunakan?
Description
Setiap produk farmaseutikal perlu melalui proses penilaian kualiti, keberkesanan dan keselamatan oleh BPFK sebelum ia boleh dipasarkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: