Badan lemah: Punca, Tanda dan Rawatan

Apabila seseorang individu mula menampakkan symptom-simptom seperti kurang bertenaga serta cepat merasa letih, itu bermaksud individu tersebut mempunyai symptom-simptom badan merasa lemah. Jika anda berasa mengantuk atau sering mengalami pening kepala, itu bukan simptom-simptom badan lemah. Jika and amula berasa badan mula menjadi lemah, anda akan mula mengalami simptom-simptom seperti kurang bertenaga untuk membuat kerja-kerja yang normal atau mula mengalami motivasi yang kurang atau tiada.

Simptom badan lemah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai simptom-simptom yang boleh disebabkan oleh masalah-masalah kesihatan. Simptom ini boleh melarat dari menjadi sesuatu yang biasa sampailah menjadi sesuatu yang lebih serius.

Punca Badan menjadi Lemah

Punca-punca badan mula menjadi lebih lemah boleh dikategorikan dalam 3 jenis, seperti:

  • Pelbagai masalah mental
  • Cara gaya hidup seseorang individu.
  • Pelbagai masalah kesihatan

1. Pelbagai Masalah Mental

Simptom ini boleh menyebabkan masalah mental seperti tertekan, kebimbangan yang boleh melarat dan banyak lagi.

Jika anda mnegalami symptom-simptom ini, anda mesti pergi berjumpa doktor:

  • Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan.
  • Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
  • Mengalami masalah untuk tidur
  • Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk

2. Gaya Hidup Seseorang Menyebabkan Badan Lemah

Cara gaya hidup seseorang individu serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut boleh menyebabkan atau menjadi punca kepada pengalaman anda dalam merasai masalah badan yang lemah. Perkara ini boleh berlaku kerana:

  • Tidak mengamalkan gaya hidup diet yang sihat
  • Berat badan yang berlebihan
  • Kekerapan dalam mengambil alkohol
  • Tidur yang kurang
  • Individu tersebut sedang atau mula mengalami kehilangan sesuatu atau seseorang individu yang lain
  • Terlebih bersenam
  • Kekerapan dalam mengambil kafein
  • Kurang bersenam
  • Individu tersebut sedang atau mula mengalami keadaan stress
  • Kekerapan atau mula dalam pengambilan dadah

3. Pelbagai Masalah Kesihatan

Simptom badan lemah boleh disebabkan oleh banyak masalah-masalah kesihatan. Antaranya ialah:

  • Pelbagai jangkitan kuman yang boleh didapati jika mengalami demam atau selsema.
  • Hati mula gagal berfungsi.
  • Penyakit kanser
  • Mula merasa atau mengalami sakit sendi
  • Buah pinggang mula gagal berfungsi
  • Mengalami masalah tidur atau masalah insomnia
  • Jantung mulai lemah
  • Pelbagai penyakit-penyakit autoimmune
  • Penyakit sel darah merah yang kurang atau dikenali sebagai Anemia
  • Hipotiroid

Simptom badan yang lemah juga boleh mennunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius. Jika anda mengalami simptom-simptom di bawah, anda perlu segera melawati hospital-hospital yang berdekatan:

  • Kerap berasa hendak pengsan
  • Mula berfikir perkara seperti membunuh orang
  • Pengsan
  • Mengalami berak berdarah
  • Mengalami muntah darah
  • Mula berfikir perkara seperti mencuba membunuh diri
  • Mengalami akit kepala yang lebih teruk dan melarat dari yang biasa
  • Mengalami sakit dada
  • Mengalami sesak nafas
  • Mengalami muka pucat

Rawatan Badan lemah

Apabila and amula mengalami simptom-simptom ini, anda harus melawat doktor:

  • Mula berasa amat sensitif terhadap persekitaran atau kawasan sejuk
  • Mula mengalami keadaan yang tertekan.
  • Mula mengalami masalah untuk tidur dengan kerap
  • Mula mengalami kekurangan berat badan drastik
  • Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu

Masalah-masalah kesihatan yang menjadi punca simptom badan yang lemah mempunyai kaitan dengan rawatannya.

Untuk menolak dalam peluang mengalami badan yang lemah sekaligus cuba mengalami gaya hidup yang lebih elok dengan mengubahnya, terdapat beberapa perkara yang boleh cuba dilakukan.

Pelbagai para doktor akan cuba untuk cuba ketahui punca simptom ini dalam seseorang individu dengan memulakan pemeriksaan terhadap mereka. Individu tersebut akan mula untuk membuat pelbagai jenis sampel-sampel darah bagi para doktor untuk menjalani penyelidikan dalam usaha untuk ketahui punca untuk masalah-masalah yang dialami individu tersebut.

Antara masalah-masalah kesihatan yang boleh dialami individu tersebut adalah seperti:

1. Individu tersebut mengalami penyakit kencing manis.

Badan boleh merasai lebih cepat keletihan jika badan individu tersebut mempunyai kandugan gula yang lebih tinggi dari paras normal. Perkara ini boleh merujuk kepada insulin yang bertempat di dalam individu tersebut tidak dihasilkan dengan cukup atau tidak cukup.

2. Penyakit Hipotiroid.

Masalah kesihatan atau penyakit ini berpunca daripada kurangnya hormone tiroid. Boleh dimulakan dengan rawatan thyroxine, rawatan ini akan mula beri hormon tiroid kepada individu tersebut.

3. Terdapat jangkitan-jangkitan kuman.

Terdapat pelbagai jenis-jenis jangkitan kuman dan rawatannya bergantung terhadap jenis jangkitan tersebut. Jika jangkitan kuman ini adalah jangkitan kuman oleh bakteria, antibiotik akan mula diberi kepada individu tersebut.

Jika jangkitan kuman ini adalah jangkitan kuman oleh virus, individu tersebut selalunya akan Kembali pulih semula. Tetapi, jangkitan-jangkitan kuman oleh virus seperti chicken pox dan influenza boleh dipulihkan dengan ubatan anti-viral.

4. Penyakit anemia.

Individu yang mempunyai masalah sel darah merah ataupun masalah anemia akan diselidik oleh para doktor untuk mengetahui punca kepada masalah kesihatan ini. Antara punca-punca yang boleh diketahui dari penyelidikan para doktor tersebut adalah seperti penyaikit autoimun dan kurang nutrient-nutrien seperti vitamin, zat dan besi, ataupun pendarahan.

Untuk menolak dalam peluang mengalami rasa badan yang lemah sekaligus cuba mengalami gaya hidup yang lebih elok dengan mengubahnya, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:

  • Cuba untuk mendapatkan cukup tidur
  • Cuba untuk mengelak perkara yang boleh sebabkan stress
  • Bersenam dengan lebih kerap dan sesuai untuk ketahanan tubuh badan, tapi tidak terlalu kerap
  • Cuba untuk minum air dengan secukupnya
  • Cuba untuk mengelak pengambilan bahan-bahan seperti dadah, alkohol dan rokok
  • Cuba untuk mengelak dalam mengambil pekerjaan-pekerjaan yang boleh menyebabkan anda mengalami beban yang terlalu berat atau banyak.

Sumber

https://www.webmd.com/sleep-disorders/ss/slideshow-fatigue-causes-and-remedies

https://www.mayoclinic.org/symptoms/fatigue/basics/definition/sym-20050894

Summary
Badan lemah: Punca, Tanda dan Rawatan
Article Name
Badan lemah: Punca, Tanda dan Rawatan
Description
Apabila seseorang individu mula menampakkan symptom-simptom seperti kurang bertenaga serta cepat merasa letih, itu bermaksud individu tersebut mempunyai symptom-simptom badan merasa lemah. Jika anda berasa mengantuk atau sering mengalami pening kepala, itu bukan simptom-simptom badan lemah. Jika and amula berasa badan mula menjadi lemah, anda akan mula mengalami simptom-simptom seperti kurang bertenaga untuk membuat kerja-kerja yang normal atau mula mengalami motivasi yang kurang atau tiada.
Author
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: