IPU
IPU atau Indeks Pencemaran Udara merupakan petunjuk atau ukuran yang digunakan untuk mengenal pasti tahap pencemaran udara di sesebuah negara.

IPU atau Indeks Pencemaran Udara merupakan petunjuk atau ukuran yang digunakan untuk mengenal pasti tahap pencemaran udara di sesebuah negara.

Bagi memudahkan orang awam memahami keadaan atau tahap pencemaran udara, sebuah sistem ukuran menjadi panduan dalam julat nilai yang mudah difahami.

Ukuran kualiti udara di Malaysia dapat dilihat melalui bacaan IPU atau Indeks Pencemaran Udara. IPU diwujudkan bagi memudahkan pembacaan nilai dan memahami kualiti udara ketika itu berbanding menggunakan konstentrasi pencemaran udara sebenar.

Indeks ini mengambarkan kesan terhadap kesihatan daripada baik kepada berbahaya dan dikategorikan berdasarkan kriteria tindakan yang dinyatakan oleh Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Panduan Bacaan IPU untuk mengetahui status kualiti udara adalah seperti berikut:

NILAI IPUSTATUS
0 – 50Baik
51 – 100Sederhana
101 – 200Tidak Sihat
201 – 300Sangat Tidak Sihat
301 – 500Berbahaya

Bagaimana IPU dikira?

Mengikut keperluan Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia dari sudut kesan terhadap kesihatan manusia, gas pencemaran diukur pada anggaran masa berbeza-beza mengikut standard WHO.

Untuk menentukan IPU pada masa-masa tertentu, nilai sub-indeks dikira berdasarkan anggaran kepekatan untuk kelima-lima bahan pencemar udara yang termasuk dalam sistem IPU. Prosedur tertentu dijalankan melibatkan kelima-lima bahan pencemar ini untuk mengira nilai IPU

Kemudian, IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus iaitu 10 mikron ke bawah. Purata kepekatan bahan pencemar terlibat seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Namun begitu, ukuran zarah 2.5 mikron ke bawah tidak diambil kira di dalam bacaan IPU di Malaysia.

52 stesen pengawasan kualiti udara automatik di seluruh Malaysia bertanggungjawab mencerap kepekatan setiap pencemar udara. Rangkaian Stesen Pengawasan Kualiti Udara Kebangsaan melibatkan 52 stesen automatik dan 14 stesen manual. Ia diletak di beberapa tempat strategik seperti kawasan industri, bandar, sub bandar dan kawasan luar bandar.

Kesan Terhadap Kesihatan Berdasarkan Nilai IPU

IPUSTATUSKESAN TERHADAP KESIHATANPANDUAN KESIHATAN
0 – 50BaikKualiti udara yang baik dengan tahap pencemaran yang rendah tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan.Pada tahap ini, tiada sekatan untuk melakukan sebarang aktiviti luar di kalangan orang awam.
51 – 100SederhanaPada tahap ini, pencemaran adalah pada tahap sederhana dan tidak menyebabkan berlakunya sebarang kesan buruk terhadap kesihatan.Orang awam masih dibenarkan untuk melakukan aktiviti luar dan tiada sekatan dilakukan.
101 – 200Tidak SihatPencemaran udara dilihat boleh membahayakan kesihatan.
Boleh memberi risiko pada individu yang mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Arahan sekatan aktiviti luar dikeluarkan bagi individu yang berisiko tinggi. Orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar.
201 – 300Sangat Tidak SihatPada tahap ini boleh membahayakan dan memburukkan tahap kesihatan individu dengan komplikasi jantung, paru-paru serta orang awam yang sihat.Aktiviti fizikal dikurangkan, warga emas dan individu berisiko dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan. Bagi yang mula mengalami komplikasi kesihatan perlulah mendapat rawatan lanjut dan berjumpa doktor.
> 300BerbahayaBerbahaya kepada individu yang berisiko tinggi dan kesihatan awamAktiviti luar dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti luar. Warga emas dan golongan berisiko dilarang untuk melakukan aktiviti luar.
> 500DaruratSangat berbahaya kepada individu berisiko tinggi dan orang awamOrang ramai adalah dinasihatkan untuk mengikuti arahan daripada Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti pengumuman di media massa

Punca Pencemaran Udara

IPU meletakkan aras pencemaran udara yang sedang berlaku di Malaysia. Antara penyumbang utama pencemaran udara berlaku di Malaysia :

  • Perindustrian
  • Aktiviti yang melibatkan pembangunan
  • Kenderaan bermotor serta kesesakan trafik
  • Penjanaan kuasa
  • Pembersihan tanah
  • Pembakaran terbuka
  • Pembakaran hutan

Nasihat Kesihatan Secara Umum – Pencegahan Penyakit Ketika Jerebu

Melalui IPU anda dapat mengenalpasti tahap udara sama ada ia sihat atau tidak kepada anda. Pelbagai penyakit boleh berlaku disebabkan oleh jerebu atau pencemaran udara.

Justeru, semua individu bertanggungjawab terhadap kesihatan masing-masing bagi mengelakkan masalah kesihatan yang menyebabkan penyakit daripada berlaku.

i. Orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan walau di mana mereka berada.

ii. Sebarang aktiviti luar rumah perlulah dikurangkan.

iii. Kerap membasuh muka dan bahagian yang mungkin terdedah kepada jerebu agar anda kekal bersih dan jauh daripada sebarang kemungkinan simptom disebabkan jerebu.

iv. Banyakkan pengambilan air masak bagi memastikan anda kekal hidrat.

v. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin perlulah menutup semua tingkap dan mengunakan mod kitaran dalam ketika menghidupkan penyaman udara.

vi. Gunakan penutup hidung dan mulut apabila perlu keluar daripada rumah atau melakukan aktiviti luar terutama mereka yang berisiko tinggi.

vii. Bagi individu yang mengalami simptom seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru kronik perlulah segera berjumpa doktor bagi mengelakkan ia menjadi lebih parah.

viii. Individu yang merokok dinasihatkan untuk berhenti merokok.

ix. Pastikan anda sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui media massa dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa.

SUMBER

https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/191

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/5-fakta-penting-bagaimana-bacaan-ipu-dikira-74739

https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/51

https://www.doe.gov.my/portalv1/en/info-umum/english-air-pollutant-index-api/100

Summary
Bacaan IPU : Panduan Bacaan, Perbezaan Tahap dan Kesan terhadap Kesihatan
Article Name
Bacaan IPU : Panduan Bacaan, Perbezaan Tahap dan Kesan terhadap Kesihatan
Description
IPU atau Indeks Pencemaran Udara merupakan petunjuk atau ukuran yang digunakan untuk mengenal pasti tahap pencemaran udara di sesebuah negara.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: