bacaan dalam solat

Bacaan Dalam Solat: Panduan Lengkap Solat Bermula Dari Lafaz Niat ~ Solat merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan wajib diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seawal usia 7 tahun. Sebagai muslim, kita perlu belajar memperbaiki kualiti bacaan dalam solat kita agar mendapat kekhusyukkan, nikmat dan dapat menyempurnakan solat. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan lengkap solat dalam rumi termasuklah bacaan dalam solat. 

Mari baca!

Bacaan Dalam Solat: Panduan Lengkap Solat 5 Waktu

1. NIAT (5 waktu)

Baiklah, kita akan mulakan dengan bacaan lafaz niat solat untuk 5 waktu solat. Berikut ialah niat-niat solat fardhu untuk lima waktu.

  1. SUBUH

Rumi:      Usolli Fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala 

Maksud: Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala

  1. ZOHOR
Bacaan Dalam Solat

Rumi:     Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

  1. ASAR
Bacaan Dalam Solat

Rumi:     Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

  1. MAGHRIB
Bacaan Dalam Solat

Rumi:     Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala

  1. ISYAK
Bacaan Dalam Solat

Rumi:     Usolli Fardol Isya’e Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala

2. TAKBIRATUL IHRAM

Bacaan Dalam Solat

Rumi: Allahu akbar

Maksud: Allah Maha Besar

2. DOA IFTITAH

Bacaan Dalam Solat

Rumi:  Allaahu Akbar Kabiiraa Walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina. Inna Shalaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Anaa Minal Muslimiin.

Maksud: Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin.

3. AL FATIHAH

Rumi:  

  1. Bismillah hir-rohmaa nir rahim.
  2. Alhamdulillaahi robbil ‘alamin.
  3. Ar rohmaanir-rohim.
  4. Maliki yaumiddin.
  5. Iyyaaka na’budu wa-‘iyyaaka nasta ‘iin.
  6. Ihdinas sirothol mustaqim.
  7. Siraatal-laziina ‘an-‘amta ‘alay-him Ghoyril-maghdhubi ‘alay-him walad dholliin.

Maksud:

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

4. BACAAN RUKUK

Rumi: Subhaa Na Rabbiyal A’zimi Wabihamdih

Maksud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.

5. IKTIDAL 

Rumi: Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh.

Maksud:  Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

6. SUJUD

Rumi: Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujianNya.

7. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Rumi: Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa A’fini Wa’fu Anni 

Rumi: Attahiyyatul Mubarakaatush Sholawaatuth Thayyibatu Lillaah, Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullaahi Wabarakaatuh, Assalaamu’alaina Wa’alaa ‘ibaadillaahish Shoolihiin. Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah, Waasyhadu Anna Muhammadan Rasuulullaah. Allahhumma Sholli ‘alaa Saidina Muhammad, Wa ‘ala Aalihi Saidina Muhammad.

Maksud: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku 

Maksud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

8. Duduk Tahiyat Awal (Mengucap Syahadah)

Rumi:  Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Taiyibatu Lillah. Assalamu Alaika Aiyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh. Assalamu’alaina Wa’la ‘ibadillahis Salihin. Asyahadu Alla Illaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Ali Muhammad.

Maksud: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

9. TAHIYAT AKHIR

Rumi:  Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Taiyibatu Lillah. Assalamu Alaika Aiyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh. Assalamu’alaina Wa’la ‘ibadillahis Salihin. Asyahadu Alla Illaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Ali Muhammad. Kama Sollaita’ala Ibrahim Wa’ala Ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad Wa’ala Ali Muhammad. Kama Barakta ‘ala Ibrahim Wa’ala Aliibrahim. Fil ‘alamina Innaka Hamidun Majid.

Maksud: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

10. DOA QUNUT (DI BACA PADA WAKTU SUBUH, RAKAAT KEDUA).

Rumi: Allahhumma dinii fiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Maksud: Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Penutup

Sebagai muslim kita wajib mempelajari bacaan dalam solat untuk menunaikan solat setiap hari. Semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu memudahkan anda  untuk mengerjakan ibadah solat serta menghafal bacaan dalam solat dengan mudah. 

Marilah kita bersama-sama berusaha menjadi golongan orang yang sentiasa memperbaiki diri dan menjaga solat.

Sekian.

Sumber:

https://nadz.my/bacaan-dalam-solat

NIAT SOLAT & BACAAN DALAM SOLAT (Panduan Rumi)

https://www.ilmualam.com/2020/03/surah-al-fatihah-rumi-dan-jawi-maksud.html

Tagged: