Now Reading
Ayer Keroh Melaka Tempat Masyhur Untuk Percutian 2021.

Ayer Keroh Melaka Tempat Masyhur Untuk Percutian 2021.

Ayer Keroh Melaka

Ayer Keroh Melaka tempat masyhur untuk percutian. Ia mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk anda lawati sebelum menuju ke timur iaitu Bandaraya Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO).

Ia terkenal sebagai “Green Belt” Melaka kerana terdapat pokok-pokok berusia lebih dari ratusan tahun masih tumbuh subur di kawasan hutan rekreasi di negeri bersejarah ini.

Ia merupakan rumah untuk pelbagai daya tarikan pelancong dan ia juga pusat peranginan, yang dibina di tengah-tengah kehijauan yang rimbun, sesuai untuk pengunjung yang ingin meneroka pemandangan dan suara alam yang indah.

Cara untuk sampai ke destinasi di Ayer Keroh sangat mudah. Jika anda datang dari bandar Melaka, anda boleh menaiki  bas atau teksi untuk langsung ke Ayer Keroh.

Antara tempat -tempat yang menarik di Ayer Keroh Melaka dan anda wajib untuk kunjungi adalah:

1.  Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Ia merupakan bagi kumpulan binatang, mulai dari rama-rama yang indah hingga ular, cicak, buaya, ikan koi dan juga sepasang harimau bintang yang menarik.

Taman ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Lembah Sungai Koi, Taman Rama-rama, Burung Reptilia, Lorong Foto bersama haiwan Liar dan Pusat Seni Alam. Kesemua haiwan-haiwan Reptilia diletakkan di dalam kandang untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Taman ini juga mempunyai muzium perhutanan dan jalan hutan berturap dan kawasan berkelah.

  • Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
  • No telefon : 06-232 0033
  • Laman sesawang : butterflyreptile.com
  • Harga tiket : bermula RM 7
  • Waktu Operasi : setiap hari bermula 8.30 pagi -5.30 petang.
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia  bebas

2.  Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN

Taman budaya yang menyimpan replika kediaman tradisional Malaysia dan ASEAN bagi 13 buah negeri di negara kecuali rumah Borneo.

Pada setiap kediaman, terdapat patung lilin yang mengenakan pakaian tradisional dan kraf tangan tempatan. Terdapat juga model dan patung lilin di kampung Orang Asli.

Tempat percutian terbaik untuk keluarga anda. Anak-anak anda boleh belajar cara bermain permainan tradisional Melayu seperti congkak serta boleh mengasah kemahiran mereka pada tiang pancing Iban di Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN.

Pada hujung minggu pula, taman ini mengadakan pertunjukan tarian budaya Malaysia sebagai hiburan kepada pengunjung.

  • Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.
  • [email protected]
  • No telefon : +60133138686 / +606 232 1331
  • Minimalaysiaasean.com
  • Harga : bermula RM 10
  • Waktu Operasi :  setiap hari  bermula jam 9.00 pagi – 5.30 petang, Sabtu & ahad jam 9.00 pagi – 6.00 petang
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park Melaka - Review - Tripadvisor

3.  Zoo melaka

Zoo Melaka adalah merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Ia mempunyai lebih dari 1.200 haiwan dari 200 spesies yang berbeza. Keistimewaan zoo ini adalah safari untuk tontonan malam disediakan untuk melihat pameran hidupan liar pada waktu malam.

Ia juga pusat kajian pemeliharaan dan pemeliharaan hidupan liar . Antara spesies yang berjaya dibiakkan adalah harimau, harimau kumbang, tapir, kambing gurun, dan rusa. Selain itu, ini adalah tempat pertama yang mempamerkan haiwan terancam seperti badak dan seladang Sumatera .

Selain melihat haiwan, terdapat aktiviti sesi memberi makanan dan menunggang kuda untuk pengunjung.  Aktiviti sukarelawan juga ditawarkan bagi membersihkan kandang dan membantu menjayakan aktiviti pendidikan.

  • Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
  • No telefon : +606 232 4053
  • Zoomelaka.gov.my
  • Harga tiket : bermula RM 26
  • Waktu Operasi : setiap hari  bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang.
Public donating generously to Zoo Melaka

4.  Muzium Lebah Sedunia

Muzium ini mempamerkan kira-kira 250 spesimen sarang lebah. Di sini adalah tempat pengenalan mengenai lebah, madu dan di sini juga menjual produk berkaitan lebah untuk dibawa pulang oleh pengunjung. Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai jus madu segar tanpa bayaran .

  • DT 427, Taman Rama-Rama, Air Keroh, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka
  • No telefon :  06-233 0887
  • Waktu Operasi : 9.00am – 6.00pm (Setiap Hari)
  • Masuk adalah percuma.
Mohd Faiz bin Abdul Manan: Muzium Lebah Sedunia

5.  Taman buaya melaka

Taman ini menyimpan koleksi berbagai jenis buaya termasuk buaya Amerika yang sangat besar, buaya Caiman dan buaya paling ganas di paya India.

Taman ini akan mengadakan pertunjukan buaya pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah pada pukul 11:30 dan 14:30. Sesi fotografi bersama anak buaya dan sesi memberi makan pada setiap hujung minggu pada pukul 11.00 pagi.

  • Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
  • No telefon : +606 232 2349
  • Waktu Operasi : 9.00am – 6.00pm (Setiap Hari)
  • Harga tiket : bermula RM 11
Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah -  SoyaCincau.com

6.  Taman Burung Melaka

Taman burung terbesar di dunia yang menempatkan pelbagai 700 spesies burung termasuk daripada Asia, Amerika Selatan, Afrika dan Australia.

Anak-anak anda pasti suka melihat burung unta, flamingo dan burung merak dari dekat. Sambil-sambil anda memberi makanan burung yang di bawa daripada rumah atau yang beli di taman, Anda juga berpeluang berinteraksi dengan burung kakak tua dan burung makaw biru.

  • Taman Botani , 75450 Durian Tunggal, Melaka.
  • No telefon : +606 233 0333
  • Waktu Operasi : 9.00am – 6.00pm (Setiap Hari)
  • Harga tiket : bermula RM11.85
Harga Tiket Taman Burung Melaka 2022 + Info Lanjut

7. Hutan Rekreasi Ayer Keroh

Taman botani ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Galeri Perhutanan, Taman Dinosaur dan Canopy Walk.

Disini juga terdapat Skytrex adventure, yang mana menyediakan aktiviti riadah seperti trekking di hutan, mendaki, berlari dan berkhemah hingga berperahu. Jika anda seorang ulat buku, anda boleh singgah ke Book Village Malaysia Melaka yang berada berdekatan dengan taman botani.

  • Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  • No telefon : 06-231 4343 / 06-231 6095 .
  • Waktu operasi : 24 jam
  • Harga tiket: percuma
  • Skytrex adventur
  • Harga tiket : bermula RM 60
  • Skytrex-adventure.org/melaka
Ayer Keroh Melaka
  • Book Village Malaysia Melaka

Waktu operasi : setiap hari (8.00 pagi -5.00 petang), Sabtu & Ahad (9.00 pagi -5.00 petang)

8. Taman Tema & Resort Melaka Wonderland

Taman tema air ini terkenal dengan gelongsor air berkelajuan tinggi (Tornado Chaser) dan trek perjalanan mendebarkan (the Kamikaze).

See Also
PERBANDARAN

Ia mempunyai 16 daya tarikan termasuk ‘Lazy Cum Crazy River’, ‘1 kolam Big Wave’ ,’ Pulau Adventure’, ‘Anaconda Twist’, dan ‘The Pendulum’.

  • Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh
  • No telefon : +606 231 3333
  • Melakawonderland.com.my
  • Facebook : Melaka Wonderland
  • Waktu Operasi : 11.00 pagi  – 7.00 petang (selasa- jumaat) , 9.00 pagi – 7.00 petang  
  • Harga tiket : bermula RM22
Diari Cikgu Badri: Melaka Wonderland Theme Park & Resort

9. Planetarium Melaka

Planetarium Melaka adalah pusat pembelajaran yang menarik khusus untuk anak-anak anda untuk menerokai dunia astronomi dan sains .

Anda juga akan dapat melihat gambaran mengenai Bima Sakti seperti lorong sistem suria, dan lorong kosmik . Anda boleh melihat keajaiban sains melalui Skrin unjuran 2-D dan filem 3D. Perpustakaan juga ada disediakan jika anda ingin mencari maklumat lebih terperinci berkaitan dunia astronomi dan sains.

Sebelum anda pulang, anda boleh singgah di kios cenderamata aero-angkasa untuk membeli barang hadiah astronomi seperti teleskop.

  • Alamat: Kompleks, Hang Tuah Jaya, 75450, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  • No telefon : 06-232 2122
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (9.15 pagi – 6.00 petang)
  • Harga tiket : bermula RM 5
Malacca to rebrand planetarium building after upgrade

10. Muzium Orang Asli

Muzium ini memaparkan peralatan dan bahan harian yang digunakan oleh penduduk asli, iaitu suku Senoi, Jah Huat dan Mah Meri. Secara tidak langsung, anda akan belajar cara hidup Orang Asli serta tradisi dan kepercayaan.

Selain itu, kaedah memancing orang asli, alat pertanian, reka bentuk rumah dalaman dan persenjataan juga dipamerkan di sini. Tarikan utama Muzium Orang Asli adalah adat perkahwinan dan upacara pengebumian suku-suku asli ini.

  • Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
  • No telefon : 06-282 1303 / 06-2317932
  • Waktu Operasi : 9.00 am – 5.30 pm (di buka Setiap Hari)
  • Harga tiket : bermula RM2
Harga Tiket Muzium Orang Asli Melaka 2022 + Tips

Kesimpulannya, anda harus memilih Ayer Keroh sebagai destinasi percutian bersama keluarga anda. Destinasi yang penuh dengan pembelajaran secara realiti dan pengalaman yang indah untuk dikongsi. Anak-anak anda pasti berasa teruja dan bahagia apabila pulang ke rumah nanti.

Sumber:

Http://www.malacca.ws/malacca-top-10s/top10-ayer-keroh-attractions.htm

Https://www.klook.com/en-MY/activity/12625-melaka-bird-park-ticket-kuala-lumpur/

Https://itc.gov.my/listings/malacca-botanical-garden/

error: Content is protected !!