Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah ayat 2-3 surah At-Talaq. Surah ini mengajarkan kita kepentingan takwa terhadap Allah swt.

Takwa menurut Sayidina Ali r.a ialah ketakutan kepada Allah yang maha mulia, beramal dengan al-Quran serta redha dengan sedikit dan bersedia untuk hari pengakhiran. Manakala menurut Abu Bakar Muhammad al Rauzabari Rahimullah, takwa adalah menghindari perkara yang menjauhkan diri kita daripada Allah swt.

Oleh itu, tawakkal bermaksud melakukan amar makruf nahi mungkar ataupun mengamalkan yang baik dan menjauhi yang buruk di samping mendekatkan diri kepada Allah swt. Di sini, kita belajar bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi takwanya.

Keutamaan Ayat Seribu Dinar

Mengajarkan Pentingnya Tawakkal Kepada Allah

Ayat seribu dinar mengingatkan kita agar sentiasa bertawakal kepada Allah dengan cara amar makruf nahi mungkar.

Melakukan solat fardhu juga dikira sebagai tawakal kerana melakukan perkara yang disukai Allah. Bukan itu sahaja, untuk bertawakal kita perlu menjauhi segala perkara yang tidak disenangi oleh Allah swt.

Allah Memberikan Jalan Keluar Untuk Setiap Masalah

Bagi orang yang bertakwa, Allah akan memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Nabi Muhammad saw turut menyokong perkara ini melalui hadith dengan kepentingan beristigfar seperti berikut.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barang siapa banya beristighfar untuk memohon keampunan, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi mudah, setiap kesempitan menjadi lapang dan akan Dia kurniakan rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka.”

Dengan beristigfar, kita dapat mengurangkan dosa sebagai salah satu cara untuk bertaubat. Kita perlu bertawakal setelah bertaubat.

Rezeki Daripada Punca Tanpa Disangka-Sangka

Untuk orang bertakwa, Allah swt akan memberikan rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Maksud jalan yang tidak disangka-sangka adalah sumber rezeki yang tidak terfikirkan oleh seseorang hamba itu.

Ini juga membawa maksud, orang yang bertakwa, rezekinya tidak akan kekurangan kerana ada Allah untuk mencukupkannya.

Perlu Tahu: Dosa Menghalang Rezeki

Seperti yang telah disebutkan diatas, orang yang bertakwa sentiasa berusaha menjauhi dosa. Maka, untuk orang bertakwa, rezeki mereka sentiasa ada tetapi sebaliknya untuk orang yang melakukan dosa.

Perlu Tahu: Allah Pengatur Segalanya

Nabi Muhammad saw berpesan agar kita sentiasa menjaga ketakwaan kepada Allah melalui ayat “jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, Niscaya engkau akan mendapatkanNya dihadapanmu”.

Tiada sesiapa dapat mencelakakan kita melainkan dengaan izin Allah kerana Allah lah yang menetapkan segalanya termasuklah rezeki kita dan pertolongan untuk segala masalah.

Pemahaman Salah Mengenai Ayat Seribu Dinar

Berikut adalah dua contoh pemahaman yan salah mengenai ayat 1000 dinar

  • Doa ini hanya untuk dibaca selepas solat fardhu atau Ketika berdepan masalah sahaja,
  • Gantungkan ayat 1000 dinar di dinding kedai perniagaan dengan harapan perniagaan maju

Ayat 1000 dinar mengutamakan tentang kepentingan bertaqwa dan bertawakal kepada Allah swt. Tujuan meletakkan ayat 1000 dinar ke dinding adalah untuk kita sentiasa beringat untuk sentiasa menjaga takwa dan tawakal kepada Allah.

Selain itu, membaca ayat 1000 dinar tanpa takwa dan tawakal juga bukanlah cara yang betul dalam mengamalkan ayat ini.

SUMBER

https://manado.tribunnews.com/2020/06/03/ayat-seribu-dinar-jika-dibaca-akan-permudah-kita-cari-rezeki-rezekinya-datang-dari-arah-tak-terduga?page=all

https://www.merdeka.com/jateng/bacaan-ayat-seribu-dinar-dan-keutamaannya-perlu-diketahui-kln.html?page=3

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1968-apakah-itu-takwa

https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/keutamaan-ayat-seribu-dinar

Summary
Ayat Seribu Dinar: Keutamaan Yang Perlu Diambil Tahu
Article Name
Ayat Seribu Dinar: Keutamaan Yang Perlu Diambil Tahu
Description
Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah ayat 2-3 surah At-Talaq. Surah ini mengajarkan kita kepentingan takwa terhadap Allah swt.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: