Ayam Goreng Halia
Resepi ayam goreng halia dengan rasa yang popular dari restoran Cina tempatan ini boleh disediakan dengan sangat mudah

Halia  merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.

Resepi Ayam Goreng Halia dengan rasa yang popular dari restoran Cina tempatan ini boleh disediakan dengan sangat mudah untuk mendapatkan rasa enak dan manis daripada bahan-bahan yang digunakan!

  • Masa penyediaan – 15 minit
  • Masa memasak – 10 minit
  • Tahap – Mudah
  • Pengukuran: Metrik
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali dalam (Wok)
  • Kuali leper (Skillet)

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

  • 450 g paha ayam tanpa kulit dan tulang, potong menjadi ketulan 1 inci (2.5 cm)
  • 1 sudu air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil kicap 
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bagi penyediaan sos:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1/2 sudu kecil kicap soya pekat
  • 1/2 sudu kecil cuka beras 
  • 1 sudu kecil lakanto (pengganti gula)
  • 1/8 sudu kecil lada putih

Bahan tumisan:

  • 1 sudu minyak kacang tanah (atau minyak sayuran)
  • 2 inci (5 cm) halia, dihiris nipis, dibahagikan
  • 1 biji lada besar, dihiris
  • 1 cili api, dihiris (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam dan bahan perap ke dalam mangkuk bersaiz sederhana. Campurkan kesemuanya sehingga setiap satu potongan ayam disaluti sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan ia perap selama 10 hingga 15 minit.
  2. Gaulkan bahan kisar dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak di atas api sederhana tinggi dalam kuali tidak melekat yang besar. Masukkan ayam perapan ke dalam kuali yang telah dipanaskan. Pisahkan sebarang kepingan yang mungkin melekat antara satu sama lain. Masak sehingga bahagian bawah ayam menjadi keperangan dan terbalikkan ayam. Masukkan separuh daripada halia dihiris nipis ke dalam loyang dan goreng bersama ayam, hingga bahagian bawah ayam berwarna keperangan.
  4. Masukkan sos ke dalam kuali dan kacau selama kira-kira 30 saat sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
  5. Masukkan baki halia, lada besar, dan cili (jika ada digunakan). Tumis dan kacau sebentar untuk menyalutkan semuanya, iaitu kira-kira 30 saat.
  6. Hidangkan lauk ini bersama nasi kukus yang masih panas atau mi rebus sebagai hidangan utama.

Selamat mencuba!

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Tefal Cookware Natura Frypan 20cm

RM54.00

Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.

Summary
Recipe Name
Ayam Goreng Halia
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: