avamys
Avamys adalah semburan hidung yang mengandungi bahan aktif fluticasone furoate.

Pendahuluan Avamys

Avamys adalah semburan hidung yang mengandungi bahan aktif fluticasone furoate. Avamys digunakan untuk merawat gejala rhinitis alahan.

Kegunaan Avamys

Ia adalah keradangan saluran hidung yang terjadi disebabkan alahan, menyebabkan hidung berair, hidung tersumbat, kegatalan dan bersin. Malah, keadaan ini sering disertai dengan gejala yang memberi kesan kepada mata, seperti kerengsaan, berair atau kemerahan. Di samping itu, Avamys digunakan bagi pesakit berumur 6 tahun ke atas.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Avamys

Sebelum mula menggunakan ubat ini, pastikan anda memaklumkan kepada doktor tentang sebarang keadaan atau alahan perubatan yang anda mungkin ada, apa-apa ubat yang diambil, serta sama ada anda hamil atau menyusu. Maklumkan juga sebarang fakta penting lain mengenai kesihatan anda. Ini adalah sangat penting kerana faktor-faktor ini boleh mempengaruhi cara penggunaan ubat ini.

  • Pertumbuhan pada kanak-kanak dan remaja: Kortikosteroid seperti semburan hidung fluticasone furoate boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak dan remaja. Jadi, hal ini akan dipantau oleh doktor anda. Bercakap dengan doktor jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.
  • Jangkitan: Kortikosteroid seperti semburan hidung fluticasone boleh memburukkan lagi jangkitan sedia ada, mengkaburi tanda-tanda jangkitan, dan menyebabkan jangkitan baru. Jika anda menggunakan ubat ini selama beberapa bulan atau lebih lama dari tempoh itu, doktor akan memantau anda secara berkala untuk mengesan tanda-tanda jangkitan. Individu yang tidak mempunyai cacar air atau campak mahupun yang tidak diberi vaksin terhadap jangkitan ini perlu mengambil perhatian khusus untuk mengelakkan pendedahan kepada penyakit-penyakit tersebut.
  • Fungsi hati: Penyakit hati atau fungsi hati yang berkurangan boleh menyebabkan ubat ini terbina dalam badan, serta mengakibatkan kesan sampingan. Sekiranya anda mempunyai masalah hati, bincangkan dengan doktor bagaimana ubat ini boleh menjejaskan keadaan perubatan anda, serta bagaimana keadaan perubatan anda boleh menjejaskan dos dan keberkesanan ubat ini. Ambil tahu tentang pemantauan khusus apa yang diperlukan. Selain itu, doktor anda juga mungkin ingin menguji fungsi hati anda secara teratur dengan ujian darah sementara anda mengambil ubat ini.
  • Ubat kortikosteroid lain: Individu yang telah mengambil kortikosteroid oral dan memulakan fluticasone furoate perlu dipantau dengan teliti oleh doktor mereka. Mengubah bentuk pengambilan ubat daripada jenis oral ke semburan hidung boleh menyebabkan gejala seperti keletihan, kesakitan dan kemurungan. Beritahu doktor anda jika anda telah menggunakan atau sedang menggunakan ubat kortikosteroid lain. Doktor anda akan memantau anda semasa anda mengambil ubat ini.
  • Masalah penglihatan: Kortikosteroid seperti semburan hidung fluticasone boleh menyebabkan glaukoma atau katarak. Laporkan sebarang perubahan penglihatan kepada doktor anda dengan serta-merta. Sekiranya anda mempunyai glaukoma atau katarak, bincangkan dengan doktor sbagaimana ubat ini boleh menjejaskan keadaan perubatan anda, serta bagaimana keadaan perubatan anda boleh menjejaskan dos dan keberkesanan ubat ini. Selain itu, doktor juga akan menentukan jika sebarang pemantauan khusus diperlukan.
  • Penyembuhan luka: Kortikosteroid seperti semburan hidung fluticasone furoate dapat menjejaskan keupayaan luka untuk sembuh. Sekiranya anda mempunyai ulser di dalam hidung anda, menjalani pembedahan hidung, atau mengalami trauma hidung, bercakap dengan doktor anda tentang bagaimana ubat ini akan menjejaskan keadaan ini. Doktor mungkin mengesyorkan anda menunggu sehingga luka sembuh sepenuhnya.
  • Kehamilan: Keselamatan fluticasone jenis semburan hidung semasa tempoh kehamilan masih belum ditentukan. Ubat ini tidak boleh digunakan semasa kehamilan melainkan manfaatnya melebihi risiko yang boleh berlaku kerananya. Jika anda hamil semasa mengambil ubat ini, hubungi doktor anda dengan serta-merta.
  • Penyusuan susu: Ianya tidak diketahui jika fluticasone jenis semburan hidung masuk ke dalam susu ibu. Jika anda menyusukan bayi dan mengambil ubat ini, ia mungkin boleh menjejaskan bayi anda. Bercakap dengan doktor anda sama ada anda perlu meneruskan penyusuan susu ibu atau tidak.
  • Kanak-kanak: Keselamatan dan keberkesanan ubat ini tidak ditentukan lagi untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Kesan Sampingan Avamys

Kesan-kesan sampingan biasa dan serius untuk penggunaan ‘Avamys Nasal Spray Suspension’:

  • Tompok putih di dalam mulut atau pada lidah
  • Kesakitan tulang
  • Cirit-birit
  • Demam
  • Sakit perut
  • Pening dan muntah
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Keletihan dan kelemahan yang luar biasa
  • Penglihatan kabur
  • Hidung berdarah
  • Rasa terbakar

Kontraindikasi Avamys

Hipersensitiviti adalah kontraindikasi kepada penggunaan Avamys. Di samping itu, ia tidak boleh digunakan jika anda mempunyai syarat seperti berikut:

  • Hipersensitiviti
  • Status asthmaticus

Interaksi Avamys

Semua ubat boleh berinteraksi secara berbeza bagi setiap individu. Anda harus menyemak semua interaksi Avamys dengan doktor anda sebelum memulakan pengambilan apa-apa ubat.

– Interaksi dengan alkohol

Interaksi dengan alkohol tidak diketahui. Adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor anda sebelum ia digunakan.

– Interaksi dengan ubat-ubatan

  • Mifepristone
  • Clarithromycin
  • Ketoconazole
  • Omacetaxine
  • Interaksi penyakit
  • Hyperadrenocorticism

– Interaksi dengan penyakit

  1. Hyperadrenocorticism

Ubat ini harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit yang mempunyai tahap hormon adrenal yang tinggi di dalam tubuh kerana peningkatan risiko boleh memburukkan lagi keadaan pesakit. Pelarasan atau penggantian dos dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

  1. Jangkitan

Ubat ini harus digunakan dengan sangat berhati-hati pada pesakit dengan jangkitan  aktif atau tidak aktif kerana ubat ini dapat menekan sistem imun dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Risiko ini lebih tinggi pada pesakit yang mengambil dos yang tinggi untuk tempoh masa yang lama. Pelarasan atau penggantian dos dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

  1. Jangkitan herpes okular

Ubat ini harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit dengan jangkitan herpes okular kerana peningkatan risiko boleh memburukkan lagi keadaan pesakit. Pelarasan atau penggantian dos dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

  1. Toksikiti okular

Ubat ini harus digunakan dengan sangat berhati-hati dengan pesakit yang mengalami sejarah bagi keadaan katarak, glaukoma, atau peningkatan tekanan intraokular kerana peningkatan risiko boleh memburukkan lagi keadaan pesakit. Pelarasan atau penggantian dos dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

  1. Osteoporosis

Ubat ini harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit osteoporosis kerana ubat ini boleh menyebabkan kehilangan ketumpatan tulang dan memburukkan lagi keadaan sedia ada. Pengawasan rapat bagi kepadatan tulang, langkah-langkah pembetulan yang sesuai, pelarasan dos, atau penggantian dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

  1. Kerosakan hepatik

Ubat ini harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit yang mengalami kerosakan hati akibat peningkatan risiko bagi kesan yang teruk. Pemantauan rapat bagi fungsi hati mungkin diperlukan semasa rawatan bersama ubat ini dilakukan. Pelarasan atau penggantian dos dengan alternatif yang sesuai mungkin diperlukan berdasarkan keadaan klinikal pesakit.

Ini bukanlah senarai penuh interaksi dadah yang berkemungkinan berlaku. Anda harus berjumpa dengan doktor tentang semua kemungkinan interaksi dadah yang berdasarkan ubat yang anda ambil.

Dos Avamys

– Dos yang dilangkau

Ambil dos yang terlepas sebaik sahaja anda ingat akannya. Sekiranya sudah hampir masa untuk dos seterusnya, langkau sahaja dos yang tidak diambil itu. Jangan gandakan dos anda untuk memenuhi dos yang dilangkau itu.

– Dos yang berlebihan

Dapatkan rawatan perubatan kecemasan atau hubungi doktor dalam kes dos yang berlebihan.

Sumber:

https://www.drugs.com/uk/avamys.html

https://www.healthdirect.gov.au/medicines/brand/amt,927576011000036105/avamys

https://www.mydr.com.au/medicines/avamys-nasal-spray

https://chealth.canoe.com/drug/getdrug/avamys

Summary
Avamys
Article Name
Avamys
Description
Avamys adalah semburan hidung yang mengandungi bahan aktif fluticasone furoate. Ia digunakan untuk merawat gejala rhinitis alahan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: