autisme
Autism atau dikenali sebagai autism spectrum disorder (ASD), adalah komplikasi keadaan yang melibatkan masalah tingkah laku dan kemampuan untuk berkomunikasi.

Autisme atau dikenali sebagai autisme spectrum disorder (ASD), adalah komplikasi keadaan yang melibatkan masalah tingkah laku dan kemampuan untuk berkomunikasi.

Ia boleh melibatkan pelbagai simptom dan sikap. ASD boleh menjadi masalah atau kekurangan yang memerlukan penjagaan sepenuh masa di dalam fasiliti khas.

Individu yang mengalami autisme mempunyai masalah untuk berkomunikasi. Mereka juga mengalami masalah untuk memahami apa yang difikirkan atau dirasai orang lain.

Ia membuatkan mereka sukar untuk mengekspresikan diri mereka dengan perkataan atau tindakan, ekspresi muka serta sentuhan. Individu autisme mungkin mengalami masalah untuk belajar.

Sikap mereka tidak sepenuhnya terbentuk. Contohnya, mereka mungkin mengalami masalah berkomunikasi tetapi sangat bagus dalam seni, matematik, muzik atau memori.

Disebabkan itu, mereka buat dengan baik dalam ujian analisis atau penyelesaian masalah. Lebih banyak kanak-kanak yang didiagnosis sebagai autisme kebelakangan ini berbanding dahulu.

Namun, jumlah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan bagaimana mereka didiagnosis, bukan disebabkan semakin ramai kanak-kanak yang mengalami masalah ini.

Simptom Autisme

Simptom ini selalunya muncul selepas kanak-kanak berusia 3 tahun. Sesetengah daripadanya menunjukkan tanda selepas dilahirkan.

Simptom umum autisme termasuklah:

  • Tidak memandang mata seseorang atau kurang hubungan mata
  • Kurang berminat atau tidak berminat pada sesuatu topik
  • Melakukan sesuatu secara berlebihan seperti mengulang perkataan atau frasa beberapa kali, berjalan ke sana ke sini, atau menepuk sesuatu beberapa kali
  • Sangat sensitif terhadap bunyi, sentuhan, bau atau pandangan yang kelihatan normal bagi orang lain
  • Tidak melihat atau mendengar apa yang dikatakan orang lain
  • Tidak melihat sesuatu perkara yang ditunjuk oleh orang lain
  • Tidak mahu dipegang atau dipeluk
  • Bermasalah dalam memahami sesuatu atau menggunakan ucapan, tindakan, ekspresi muka atau nada suara
  • Bercakap dalam nada berirama, rata atau suara seperti robot
  • Mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dalam perubahan rutin

Sesetengah kanak-kanak autisme mungkin mengalami sawan. Mereka mungkin tidak mempunyai simptom tersebut sehingga meningkat dewasa.

Punca dan Faktor Risiko Autisme

Punca sebenar ASD tidak diketahui. Kajian terkini kebanyakannya menunjukkan tiada punca yang boleh didapati.

Sesetengah faktor risiko autisme termasuklah:

  • Mempunyai keluarga terdekat yang mengalami autisme
  • Mutasi genetik
  • Sindrom fragile X atau gangguan genetik lain
  • Dilahirkan oleh ibu bapa yang lebih tua
  • Berat ketika dilahirkan rendah
  • Metabolisme yang tidak setabil
  • Terdedah pada logam berat dan toksin persekitaran
  • Sejarah jangkitan virus
  • Janin terdedah pada ubat asid valproat (Depakene) atau thalidomide (Thalomid)

Berdasarkan National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS), genetik dan persekitaran mungkin menentukan sama ada seseorang mengalami autisme.

Pelbagai sumber, baharu dan lama, menyimpulkan bahawa gangguan ini tidak disebabkan oleh vaksin.

Kajian kontroversi pada tahun 1998 mengaitkan autisme dengan vaksin measle, mump dan rubella. Namun begitu, kajian tersebut telah dipatahkan oleh kajian lain dan membuatkan kajian tersebut ditarik balik pada tahun 2010.

Jenis Autisme

Terdapat jenis autisme yang membezakan sesetengah keadaan. Terdapat beberapa jenis ASD dan ia termasuklah:

– Sindrom Asperger

Kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah bahasa, mereka memperolehi markah purata atau lebih tinggi dalam ujian kecerdasan. Tetapi mereka mempunyai masalah sosial dan tidak mempunyai minat.

– Gangguan Autistik

Ini yang sering difikirkan orang apabila mendengar perkataan autisme. Ia merujuk kepada masalah interaksi sosial, komunikasi dan bermain di kalangan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.

– Gangguan Disintegratif Kanak-Kanak

Kanak-kanak ini mempunyai masalah perkembangan untuk 2 tahun dan kemudian kehilangan sesetengah atau hampir semua kemahiran sosial dan komunikasi mereka.

– Gangguan Pembentukan yang Meluas (PDD)

Doktor mungkin menggunakan istilah ini jika anak anda mempunyai tingkah laku autistik, seperti lambat dalam kemahiran komunikasi dan sosial, tetapi tidak sesuai di dalam kategori yang lain.

Diagnosis Autisme

Ia pastinya sukar untuk mendiagnosiskan autisme. Doktor anda akan fokus pada tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak. Untuk kanak-kanak, diagnosis tersebut selalunya melibatkan 2 langkah.

  • Pemeriksaan perkembangan akan membantu doktor untuk mengetahui sama ada anak anda pada tahap perkembangan yang betul melibatkan kemahiran asas seperti belajar, bercakap, tingkah laku serta bergerak. Pakar akan menyaran anda agar memeriksa anak-anak yang lambat dalam pembelajaran seawal usia 9 bulan, 18 bulan dan 24 atau 30 bulan. Kanak-kanak diperiksa secara rutin untuk memeriksa keadaan autisme pada pemeriksaan 18 bulan dan 24 bulan.
  • Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ketika pemeriksaan, mereka perlu menjalani penilaian lengkap. Ini termasuklah ujian pendengaran dan penglihatan atau ujian genetik. Doktor pakar pediatrik dalam perkembangan atau psikologi mungkin diperlukan bagi membantu ujian ini. Ujian Autisme Diagnostic Observation Schedule (ADOS) akan dilakukan oleh beberapa pakar psikologi.

Rawatan Autisme

Tiada rawatan bagi autisme, tetapi terapi dan beberapa rawatan lain boleh dipertimbangkan untuk membantu individu tersebut mengatasi simptom mereka dan menjadikan mereka lebih baik.

Pelbagai rawatan melibatkan terapi boleh dilakukan seperti terapi:

  • tingkah laku
  • permainan
  • cara kerja (Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan permainan)
  • fizikal
  • pengucapan

Urutan dan balutan kain atau selimut dan teknik meditasi juga boleh memberikan kesan menenangkan. Namun begitu hasil rawatan akan berubah-ubah.

Sesetengah individu dengan spektrum ini mungkin memberikan tindak balas yang baik terhadap terapi ini namun tidak bagi yang lain.

– Rawatan alternatif

Rawatan alternatif mungkin termasuklah:

  • Vitamin dos tinggi
  • Terapi pengkelatan, melibatkan pembilasan logam daripada badan
  • Terapi oksigen hiperbarik
  • Melanotin untuk mengatasi masalah tidur

Kajian terhadap rawatan alternatif ini bercampur, sesetengah rawatan ini mungkin berbahaya. Sebelum melakukan, ibu bapa dan penjaga perlu mengambil kira kajian dan kos kewangan terhadap kemungkinan kebaikannya.

Bolehkah diet mempengaruhi autisme?

Tiada diet khusus dirangka untuk individu autisme. Namun begitu, sesetengah individu mencari perubahan diet yang membantu mengurangkan masalah tingkah laku dan meningkatkan kualiti hidup individu autisme.

Asas diet autisme adalah perlu mengelakkan mereka daripada makan makanan yang mempunyai penambah rasa tiruan. Ini termasuklah pengawet, pewarna dan pemanis.

Diet autisme mungkin difokuskan pada makanan berkhasiat penuh, seperti:

  • Buah – buahan dan sayur – sayuran segar
  • Ayam itik tanpa lemak
  • Ikan
  • Lemak tidak tepu

Digalakkan juga mengambil diet tanpa gluten. Protein gluten boleh ditemui di dalam gandum, barli dan bijian lain.

Dipercayai juga gluten boleh menyebabkan keradangan dan reaksi tubuh berbeza pada sesetengah individu dengan ASD. Namun begitu, penyelidikan saintifik tidak dapat mencapai kata putus bahawa terdapat kaitan di antara autisme, gluten dan protein lain yang dikenali sebagai kasein.

Beberapa kajian dan bukti anekdot menunjukkan bahawa diet dapat membantu memperbaiki simptom gangguan attention-deficit hyperactivity (ADHD), iaitu keadaan yang serupa dengan autisme.

SUMBER

https://www.webmd.com/brain/autisme/understanding-autisme-basics

https://www.healthline.com/health/autisme#autisme-and-diet

Summary
Article Name
Autisme : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis dan Rawatan
Description
Autism atau dikenali sebagai autism spectrum disorder (ASD), adalah komplikasi keadaan yang melibatkan masalah tingkah laku dan kemampuan untuk berkomunikasi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: